Lima, ialah ibu negari Provinsi Lima, ialah ibu negara dan bandaraya terbesar di Peru. Bandaraya ini ialah pusat kebudayaan dan ekonomi bagi negara ini. Lima terletak di Lembah-lembah Sungai Chillón, Rímac dan Lurín. Ia terletak di pesisir pantai yang menghadap Teluk Lima di Lautan Pasifik iaitu tempat di mana pelabuhan bandaraya ini dibina dan diberi nama Callao.
Lima diasaskan oleh orang Sepanyol yang bernama Francisco Pizarro pada 18 Januari1535, sebagai Bandar Raja-Raja. Ia menjadi bandar terpenting dalam Pentadbiran Sepanyol Peru, sebuah kawasan pentadbiran yang meliputi kebanyakan tanah jajahan Sepanyol di Amerika Selatan sewaktu penjajahan Sepanyol ke atas benua Amerika (pertengahan tahun 1500-an sehingga awal 1800-an). Buat lebih daripada tiga abad, Lima ialah metropolis terbesar di Amerika Selatan. Sekarang hampir satu pertiga daripada populasi negara Peru tinggal di bandaraya ini.