Laman ini mendokumenkan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu. Ia merupakan piawai yang umumnya dipersetujui dan hendaklah diikuti oleh para penyunting, namun gunakan akal budi dan mungkin terdapat pengecualian. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan; apabila ragu, bincangkan idea anda di laman perbincangan. |
Penggabungan dan pemindahan ialah dua aspek asas dalam pengembangan, penstrukturan dan pengubahan bentuk rencana di Wikipedia. Penggabungan ialah suatu proses menggabungkan dua halaman yang serupa atau membazir menjadi satu secara insani. Pemindahan pula ialah penamaan semua suatu halaman dengan nama baru.
Tujuan penggabungan
Tujuan utama penggabungan ialah mendapatkan konteks yang tepat. Kalau isi kandungan dua rencana sedia ada dirasakan lebih baik digabungkan ke dalam satu konteks perbincangan, maka isi-isi tersebut boleh digabungkan dalam satu rencana.
Jika anda melakukannya kerana suatu rencana terlalu pendek sehingga mungkin tidak terlalu bermaklumat, maka adalah lebih baik untuk menggabungkannya dengan rencana lain daripada menghapuskannya. Sudah tentu, lebih baik untuk mengembangkan rencana itu, tetapi bukan semua rencana boleh dikembangkan dengan mudah.
Tindakan menggabungkan rencana harus sentiasa meninggalkan tanda lencongan (redirect) di tempat asalnya. Bahkan apabila anda merasa hal tersebut tidak perlu, tetaplah lakukannya—sudah berulangkali diterangkan bahawa tindakan melencongkan tidak akan mendatangkan kerugian apapun.
Saat melakukan penggabungan menjadi satu konteks, anda mungkin akan menyedari bahawa maklumat yang akan digabungkan telah ada di rencana tujuan. Dengan demikian anda boleh langsung memberikan lencongan sahaja, sila lihat keterangan di bawah.
Kaedah penggabungan
- Buka rencana-rencana sumber dan sasaran di dua tetingkap/tab pelayar yang berasingan sekaligus.
- Potong dan tampal isi rencana sumber ke rencana susunan seelok-eloknya. Buat olahan lanjutan jika perlu, contohnya membuang isi yang sedia ada dalam rencana sasaran.
- Kosongkan rencana sumber kemudian isikan
#LENCONGAN [[destination page]] {{R from merge}}
dalam ruangan rencana sumber. - Perbaiki tataletak rencana tujuan sehingga kelihatan kemas, kemudian lihat Pratontonnya.
- Simpan kedua-duanya, dan jangan lupa membuat penjelasan penyuntingan.
Jika penggabungan gagal
Sekiranya anda tidak berjaya melakukan penggabungan, atau berasa bahawa penggabungan boleh menimbulkan pertikaian, laporkan hal ini di Wikipedia:Rencana bertindan.
Pemindahan atau penggantian nama
Tujuan pemindahan
Di Wikipedia, pengguna boleh mengubah nama suatu rencana. Ini namanya "pemindahan" kerana kesannya sama sahaja dengan pengubahan nama. Pemindahan secara automatik akan menghasilkan pautan ke laman baru dari laman lama. Jika dipindahkan dari nama artikel yang disalah eja, anda harus menghubungi pentadbir untuk menghapuskan laman salah ejaan yang tertinggal, tapi hal ini tidaklah penting sangat.
Tujuan yang paling lazim adalah apabila nama sebuah halaman kekurangan tanda aksen khas atau tersalah diberi huruf besarnya. Perbaikilah kesalahan-kesalahan tersebut.
Kadang-kadang, anda mungkin berasa nama sebuah halaman tidak tepat atas sebab-sebab tertentu. Misalnya, "Napoleon" lebih tepat disebut sebagai "Napoleon I dari Perancis". Dalam hal ini, lebih baik untuk melencongkannya.
Cara mengganti nama
- Pergi ke halaman yang anda ingin menukar namanya.
- Pada bahagian atas layar, klik tab "pindah" untuk memasuki halaman pemindahan.
- Dalam ruangan "Kepada halaman baru", taipkan nama baru yang diingini.
- Klik Pindah laman.
- Maka terbentuknya pautan lencongan dari halaman lama ke halaman baru. Versi halaman terdahulu disimpan di halaman baru tersebut.
Jika pemindahan gagal
Disarankan supaya tidak memindahkan atau menggantikan nama suatu halaman dengan menyalin dan menampalkan isinya. Jika anda tidak dapat menukar nama suatu halaman atas apa jua sebab, atau jika anda mempertikaikan suatu tindakan menukar nama halaman, bincangkan dahulu di Kedai kopi.
Alasan utama kegagalan ialah adanya suatu rencana empunya nama rencana yang anda ingini. Hal ini mungkin terjadi terutamanya jika rencana asal pernah dipindahkan daripada nama sasaran itu pada suatu ketika dahulu. Anda boleh berbincang dengan penyelia untuk menyelesaikan masalah ini.