Lelaki Melayu Terakhir ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 arahan Amor Rizan terbitan Rumah Karya Citra Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Fattah Amin, Wanna Ali, Hazwani Helmi, Heliza Helmi, Nabil Aqil, Umie Aida, Liza Abdullah, Fazlina Ahmad Daud. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 dari 5 Ogos hingga 17 September 2024 menggantikan SeOfis.
Lelaki Melayu Terakhir | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Eirma Fatima |
Pengarah | Amor Rizan |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Alahai" - Ezra Kairo |
Lagu penutup | "Alahai" - Ezra Kairo |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 26 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Rumah Karya Citra Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Samarinda) Tonton |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 5 Ogos 2024 – 17 September 2024 |
Kronologi | |
Mengikuti | SeOfis |
Diikuti oleh | Penggali Kubur dan Miss Sleepwalker |
Siri ini juga turut ditayangkan menerusi penstriman Tonton pada 24 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.
Sinopsis
Mengisahkan tentang Jazlan (Fattah Amin) yang bergelar Ustaz, seorang pemuda yang soleh, kuat pegangan agama dan menjalani kehidupan yang sederhana serta cemerlang dalam pengajian agama Islam.
Manakala, Qaseh (Wanna Ali), seorang wanita moden yang menjalani hidupnya dengan peraturan sendiri.
Alawiyah (Umie Aida), ibu Jazlan, dan Khatijah (Liza Abdullah), ibu Qaseh, merupakan sahabat baik yang bertekad untuk menjodohkan kedua-dua anak mereka.
Walaupun pelbagai cara telahpun mereka cuba, namun usaha kedua ibu tersebut gagal berkali-kali kerana Jazlan dan Qaseh tidak bersetuju atas perbezaan personaliti dan pilihan hidup masing-masing.
Jazlan berasa lega apabila dia mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian di universiti di Madinah. Tawaran ini memberi dia peluang untuk melarikan diri daripada pertunangan yang diaturkan oleh ibunya.
Kedua-duanya bertemu apabila ibu mereka memutuskan untuk menghantar Qaseh ke Madinah untuk memikat Jazlan selain dengan alasan mahu menghantar barangan keperluan dan membantu Qaseh menunaikan Umrah.
Adakah perancangan Alawiyah dan Khatijah untuk menjodohkan anak mereka berjaya?
Pelakon
Pelakon utama
- Fattah Amin sebagai Ustaz Jazlan
- Wanna Ali sebagai Kasih
- Liza Abdullah sebagai Khatijah
- Umie Aida sebagai Sharifah Alawiyah
- Nabil Aqil sebagai Jazlee
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Habsah
- Heliza Helmi sebagai Aisyah
- Hazwani Helmi sebagai Fatimah
Pelakon tambahan
- Irsyadi
- Zarul Imran sebagai Ustaz Wadi
- Sharif Mahmud
- Nurul Qasrina
- Antasya Soman
- Dai Syed
- Yana Yusof
- Faris Nabil
- Hanim
- Lanura
- Muhd Arif
- Mazliana
- Adam Nordin
- Azie
- Zaliqqal Ezah
- Hanis Beseri
- Hayati
- Nursasabila
- Ina Rohaya
- Noranita
- Huwaina
- Rasyidah Jamil
- Rabbani
- Hazwani Adnan
- Aziz Hashim
- Fie Fatimah
- Ajaed
- Abdul
- Eshwin
- Dalol
- Ayan
- Kinan
- Maryam
- Marina
- Sharmin
- Zalela Kadir
- Hafeez Satar
- Zalanin Nani
- Bibi Sulyiana
- Mya
- Yaya Firdaus
- Suzanna Yaakob
- Syarifah Nadira
- Nur Jannah
- Alya
- Fiera
- Juriati Jamaludin
- Hanani Ahmad
- Edzwan Norazli
- Khairul Anwar
- Haidi Ibrahim
- Hanis
- Adik Marha
- Adik Cella
- Nurul Hafiza
- Dayang Fatiha
- Idris Jaafar
- Zulhelmi
- Ameen Isa
- Joe
- Azhar Hisham
- Shamsol Daniel
- Farid Aldakhir
- Eyda Rahman
- Diana
- Siti Nur Aisyah
- Anis Syahira
- Amyraz
- Siti Nur Ainun
- Mor Hasliza
- Serina
- Haliza Othman
- Nurul Asnidah
- Mohd Zaini
- Din
- Anaz
- Muhd Ammar
- Yaya
Pautan luar
TV3: Slot Samarinda, Isnin-Khamis, 10:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Lelaki Melayu Terakhir | Berikutnya |
SeOfis | Penggali Kubur dan Miss Sleepwalker |