| League of Legends | ||||
|---|---|---|---|---|
| Pembangun | Riot Games | |||
| Penerbit | Riot Games Tencent THQ Garena | |||
| Pelantar | macOS (mul) | |||
| Dilancarkan pada | 27 Oktober 2009 | |||
| Genre | Arena pertarungan dalam talian berbilang pemain | |||
| Mod | Permainan video berbilang pemain, mod kerjasama | |||
| Penarafan | ||||
| ||||
| Anugerah | ||||
| • Anugerah Permainan − Permainan E-Sukan Terbaik (12 Disember 2024) • Anugerah Permainan − Permainan E-Sukan Terbaik (9 Disember 2021) • Anugerah Permainan − Permainan E-Sukan Terbaik (10 Disember 2020) • Anugerah Permainan − Permainan E-Sukan Terbaik (12 Disember 2019) • Anugerah Permainan Akademi British untuk Permainan Berterusan (12 Mac 2015) | ||||
| Pautan luar | ||||
| Tapak sesawang | leagueoflegends.com | |||
| Tanda pagar | league | |||
| Pautan lain | ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
League of Legends (LoL), yang juga boleh dirujuk sebagai League sahaja ialah permainan video arena pertempuran dalam talian berbilang pemain yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Riot Games. Diilhamkan oleh Defense of the Ancients, peta tersuai untuk Warcraft III, pengasas Riot berusaha untuk membangunkan permainan yang berdiri sendiri dengan genre yang sama. Sejak dikeluarkan pada Oktober 2009, LOL telah dimainkan secara percuma dan hasilnya dijanakan melalui penyesuaian watak yang boleh dibeli. Permainan ini tersedia untuk pelantar Windows dan macOS.
Dalam mod utama permainan, Summoner's Rift, dua pasukan yang terdiri daripada lima pemain bertarung dalam pertempuran pemain lawan pemain. Setiap pemain akan mengawal watak yang dikenali sebagai "juara", yang mempunyai kebolehan dan gaya permainan yang unik. Semasa perlawanan, juara menjadi lebih kuat dengan mengumpul mata pengalaman, memperoleh emas dan membeli item untuk mengalahkan pasukan lawan. Setiap pasukan akan mempertahankan pangkalan mereka dan menang dengan menuju ke arah pangkalan musuh dan memusnahkan struktur besar di dalamnya yang dipanggil "Nexus".
League of Legends telah menerima ulasan yang menggalakkan secara umumnya, menonjolkan kebolehcapaian, reka bentuk watak dan nilai penerbitannya. Jangka hayat permainan yang panjang telah menghasilkan penilaian semula yang kritikal, dengan ulasan menunjukkan trend yang menggalakkan; ia secara meluas dianggap sebagai salah satu permainan video terhebat yang pernah dihasilkan. Tetapi kelakuan pemain dalam permainan yang biadab dan kesat, yang dikritik sejak awal permainan masih berterusan walaupun Riot telah berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pada tahun 2019, LOL kerap mencapai kemuncak dengan lapan juta pemain serentak dan kepopularannya telah membawa kepada keluaran seperti muzik, buku komik, cerita pendek dan siri animasi Arcane. Kejayaannya telah melahirkan beberapa permainan video sampingan termasuklah versi mudah alih, permainan kad koleksi digital dan permainan main peranan berasaskan giliran. Permainan main peranan dalam talian berbilang pemain besar-besaran berdasarkan harta milik tersebut sedang dalam pembangunan.
League of Legends ialah e-sukan terbesar di dunia, dengan persaingan antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai liga serantau yang berakhir dengan Kejohanan Dunia League of Legends tahunan. Acara pada tahun 2019 mencatatkan lebih 100 juta penonton unik, mencapai kemuncak jumlah penonton serentak seramai 44 juta semasa peringkat akhir. Acara domestik dan antarabangsa telah disiarkan di tapak-tapak web penstriman langsung seperti Twitch, YouTube, Bilibili dan saluran sukan televisyen kabel ESPN.
Tatamain
[sunting | sunting sumber]League of Legends ialah permainan arena pertempuran dalam talian berbilang pemain (MOBA) di mana pemain mengawal watak ("juara") dengan satu set kebolehan unik daripada perspektif isometri.[1][a] Semasa perlawanan, juara memperoleh tahap dengan mengumpulkan mata pengalaman (XP) melalui pembunuhan musuh.[3] Item boleh diperoleh untuk meningkatkan kekuatan juara[4] dan ia dibeli dengan menggunakan emas. Pemain mengumpulkan emas secara pasif dari semasa ke semasa dan peroleh secara aktif dengan mengalahkan suruhan pasukan lawan,[1] juara, atau struktur pertahanan.[3][4] Dalam mod permainan utama, Summoner's Rift, item dibeli melalui menu kedai yang tersedia untuk pemain hanya apabila juara mereka berada di pangkalan pasukan.[1] Setiap perlawanan adalah berasingan; tahap dan item tidak dipindahkan dari satu perlawanan ke perlawanan yang lain.[b]
Summoner's Rift
[sunting | sunting sumber]
Summoner's Rift merupakan mod permainan mercu League of Legends dan yang paling menonjol dalam permainan peringkat profesional.[6][7][8] Mod ini mempunyai tangga kompetitif berpangkat; sistem pemadanan pemain menentukan tahap kemahiran pemain dan menjana pangkat permulaan yang boleh mereka daki. Terdapat sepuluh peringkat; yang paling kurang mahir ialah Besi, Gangsa dan Perak manakala yang tertinggi ialah Pakar, Jaguh dan Pencabar.[9][c]
Dua pasukan yang terdiri daripada lima pemain bersaing untuk memusnahkan "Nexus" pasukan lawan, yang dikawal oleh juara-juara musuh dan struktur pertahanan yang dikenali sebagai "menara".[12] Nexus setiap pasukan berada di pangkalannya, tempat pemain memulakan permainan dan hidup semula selepas kematian.[12] Watak bukan pemain yang dikenali sebagai suruhan (minion) dijana daripada Nexus setiap pasukan dan mara ke arah pangkalan musuh di sepanjang tiga lorong yang dikawal oleh menara: atas, tengah, dan bawah.[d] Pangkalan setiap pasukan mengandungi tiga "perencat", satu di belakang menara ketiga dari tengah setiap lorong. Memusnahkan perencat pasukan musuh menyebabkan suruhan sekutu yang lebih kuat menjelma di lorong itu dan membolehkan pasukan penyerang merosakkan Nexus musuh dan dua menara yang mengawalnya.[e] Kawasan di antara lorong dikenali sebagai "hutan" yang didiami oleh "raksasa" dan mereka muncul semula pada selang masa yang tetap. Seperti suruhan, raksasa memberikan emas dan XP apabila dibunuh.[f] Satu lagi kelas raksasa yang lebih berkuasa berada di tepi sungai yang memisahkan hutan setiap pasukan.[g] Raksasa-raksasa ini memerlukan berbilang pemain untuk dikalahkan dan memberikan kebolehan khas kepada pasukan yang membunuh mereka. Contohnya, pasukan boleh mendapatkan unit sekutu yang kuat selepas membunuh Rift Herald, peningkatan kekuatan kekal dengan membunuh naga dan suruhan yang lebih kuat dan tahan lama dengan membunuh Baron Nashor.[3]
Perlawanan Summoner's Rift boleh berlangsung dari 15 minit hingga lebih sejam.[3] Permainan ini tidak menentukan ke mana pemain boleh pergi, tetapi berdasarkan kebiasaan yang timbul, seorang pemain pergi ke lorong atas, seorang di lorong tengah, seorang di hutan, dan dua di lorong bawah.[1][3][13] Pemain di lorong membunuh suruhan untuk mengumpul emas dan XP (dipanggil "mengumpul") dan cuba menghalang lawan mereka daripada melakukan perkara yang sama. Juara kelima, yang dikenali sebagai "pengumpul hutan", membunuh raksasa hutan dan apabila cukup kuat, membantu rakan sepasukan mereka di lorong.[h]
Mod lain
[sunting | sunting sumber]Selain Summoner's Rift, League of Legends mempunyai dua mod permainan tetap yang lain. ARAM ("Semua Rawak, Semua Tengah") ialah mod lima lawan lima seperti Summoner's Rift, tetapi pada peta yang dipanggil Howling Abyss, hanya mempunyai satu lorong panjang, tiada kawasan hutan, dan juara dipilih secara rawak untuk pemain.[14][15][16] Memandangkan saiz peta yang kecil, pemain mesti berwaspada dalam mengelakkan kebolehan musuh.[17]
Teamfight Tactics ialah permainan pertempuran automatik yang dikeluarkan pada Jun 2019 dan dijadikan mod permainan kekal pada bulan berikutnya.[18][19] Seperti permainan lain dalam genrenya, pemain membina pasukan dan bertarung untuk menjadi yang terakhir bertahan. Pemain tidak memberi kesan langsung kepada pertempuran tetapi meletakkan unit mereka di atas papan untuk mereka bertarung secara automatik menentang lawan setiap pusingan.[20] Teamfight Tactics tersedia untuk pelantar iOS dan Android dan mempunyai permainan rentas pelantar dengan klien Windows dan macOS.[21]
Mod permainan lain telah tersedia buat sementara waktu, biasanya selaras dengan acara-acara dalam permainan.[22][23] Mod Ultra Rapid Fire (URF) tersedia selama dua minggu sebagai gurauan hari April Fools 2014. Dalam mod ini, kebolehan juara tidak mempunyai kos sumber, pemasa penyejukan yang dikurangkan dengan ketara, kelajuan pergerakan yang meningkat, penyembuhan yang dikurangkan dan serangan yang lebih pantas.[24][25] Pada April 2015, Riot mendedahkan bahawa ia tidak mengembalikan mod tersebut kerana reka bentuknya yang tidak seimbang mengakibatkan pemain "keletihan". Riot juga mengatakan kos yang berkaitan dengan penyelenggaraan dan pengimbangan URF terlalu tinggi.[26] Mod sementara lain termasuk One for All dan Nexus Blitz. One for All membolehkan pemain memilih juara untuk dimainkan oleh semua ahli pasukan mereka.[27][28] Dalam Nexus Blitz, pemain menyertai satu siri permainan mini pada peta termampat.[29]
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Serupa seperti RTS, pemain mengawal aksi dari perspektif isometrik, namun, daripada mengawal berbilang unit, setiap pemain hanya mengawal seorang juara sahaja.[2]
- ^ Semua pengalaman juara, emas dan item akan hilang selepas perlawanan individu tamat.[5]
- ^ Terdahulu, terdapat tujuh peringkat: Gangsa, Perak, Emas, Platinum, Berlian, Pakar dan Pencabar. Besi dan Jaguh telah ditambah pada tahun 2018, dan Zamrud (satu peringkat di antara Platinum dan Berlian) pada 2023.[10][11]
- ^ Setiap pasukan mempunyai 11 menara. Setiap lorong mempunyai dua menara di lorong tersebut, dengan satu lagi di hujungnya melindungi pangkalan dan salah satu daripada tiga perencat. Dua menara terakhir menjaga Nexus dan hanya boleh diserang setelah perencat dimusnahkan.[3]
- ^ Dua menara terakhir mengawal Nexus dan hanya boleh diserang apabila perencat dimusnahkan. Hancurkan menara dan lorong itu akan mula menjelmakan Suruhan Super bersekutu, yang memberikan kerosakan tambahan dan memberikan cabaran sukar bagi pasukan musuh.[3]
- ^ Seorang "pengumpul hutan" membunuh pelbagai raksasa di hutan, seperti Blue Buff, Red Buff, Raptors, Gromps, Wolves dan Krugs. Seperti suruhan, raksasa ini akan memberikan emas dan pengalaman.[3]
- ^ Selepas juara atau raksasa neutral dibunuh, tempoh masa mesti berlalu sebelum ia boleh hidup semula dan menyertai semula permainan.[2]
- ^ Pengumpul hutan bermula di hutan dengan matlamat tunggal untuk memperkasakan watak mereka agar cukup kuat untuk menyerang salah satu daripada tiga lorong bagi mengatasi bilangan lawan di lorong itu.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d Blue, Rosario (18 Julai 2020). "League of Legends: a beginner's guide". TechRadar (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2020. Dicapai pada 6 September 2020.
- ^ a b Watson (2015), m/s. 233
- ^ a b c d e f g h i Wolf, Jacob (18 September 2020). "League 101: A League of Legends beginner's guide". ESPN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2021. Dicapai pada 23 Disember 2020.
- ^ a b "League of Legends translated" (dalam bahasa Inggeris). BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2020. Dicapai pada 20 Julai 2020.
- ^ Watson (2015), m/s. 225
- ^ Rand, Emily (17 September 2019). "How the meta has evolved at the League of Legends World Championship". ESPN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2021. Dicapai pada 10 Januari 2021.
- ^ "Esports primer: League of Legends". Reuters (dalam bahasa Inggeris). March 25, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2021. Dicapai pada 10 Januari 2021.
- ^ Barrabi, Thomas (3 Disember 2019). "Saudi Arabia to host 'League of Legends's esports competition with Riot Games". Fox Business (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2021. Dicapai pada 10 Januari 2021.
- ^ Kou, Yubo; Gui, Xinning (Oktober 2020), Emotion Regulation in eSports Gaming: A Qualitative Study of League of Legends (dalam bahasa Inggeris), diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2021
- ^ Gao, Gege; Min, Aehong; Shih, Patrick C. (28 November 2017). "Gendered design bias: gender differences of in-game character choice and playing style in league of legends" (dalam bahasa en). OZCHI '17. Brisbane, Australia: Persatuan untuk Jentera Pengkomputeran. m/s. 310. doi:10.1145/3152771.3152804. ISBN 978-1-4503-5379-3.
- ^ McIntyre, Isaac; Tsiaoussidis, Alex (19 Julai 2023). "What is LoL's new Emerald rank?". Dot Esports (dalam bahasa Inggeris).
- ^ a b "League of Legends terminology explained". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2020. Dicapai pada 6 September 2020.
- ^ Gilliam, Ryan (29 September 2016). "The complete beginner's guide to League of Legends". The Rift Herald (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2021. Dicapai pada 17 Januari 2021.
- ^ Cameron, Phil (29 Mei 2014). "What is ARAM and why is it brilliant? Harnessing the chaos of League of Legend's new mode". PCGamesN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2020. Dicapai pada 7 Oktober 2020.
- ^ LeJacq, Yannick (1 Mei 2015). "League of Legends's 'For Fun' Mode Just Got A Lot More Fun". Kotaku (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2021. Dicapai pada 10 Januari 2021.
- ^ Talbot, Carrie (11 Jun 2021). "League of Legends gets some ARAM balance tweaks next patch". PCGamesN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2021. Dicapai pada 13 Oktober 2021.
- ^ Donaldson, Scott (1 Julai 2017). "Mechanics and Metagame: Exploring Binary Expertise in League of Legends". Games and Culture (dalam bahasa Inggeris). 12 (5): 426–444. doi:10.1177/1555412015590063. ISSN 1555-4120. S2CID 147191716. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2021. Dicapai pada 29 Disember 2020.
- ^ Goslin, Austen (31 Julai 2019). "Teamfight Tactics is now a permanent mode of League of Legends". Polygon (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2020. Dicapai pada 7 September 2020.
- ^ Gilroy, Joab (4 Julai 2019). "An Introduction to Auto Chess, Teamfight Tactics and Dota Underlords". IGN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Julai 2019. Dicapai pada 10 Julai 2019.
- ^ Palmer, Philip (9 Mac 2020). "Teamfight Tactics guide: How to play Riot's autobattler". PC Gamer (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2020. Dicapai pada 7 September 2020.
- ^ Harris, Olivia (19 Mac 2020). "Teamfight Tactics Is Out Now For Free On Mobile With Cross-Play". GameSpot (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2020. Dicapai pada 10 Januari 2021.
- ^ Carter, Chris (9 April 2016). "League of Legends' rotating game mode system is live". Destructoid (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2021. Dicapai pada 19 April 2021.
- ^ Talbot, Carrie (31 Mac 2021). "League of Legends patch 11.7 notes – Space Groove skins, One for All". PCGamesN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2021. Dicapai pada 19 April 2021.
- ^ Plunkett, Luke (2 April 2014). "Riot Broke League Of Legends, And Fans Love It". Kotaku (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2014. Dicapai pada 29 Disember 2020.
- ^ Sanchez, Miranda (1 April 2014). "League of Legends Releases Ultra Rapid Fire Mode". IGN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2014. Dicapai pada 29 Disember 2020.
- ^ LeJacq, Yannick (2 April 2015). "League Of Legends Should Keep Its Ridiculous April Fool's Joke Going". Kotaku (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2020. Dicapai pada 29 Disember 2020.
- ^ Talbot, Carrie (5 Mac 2020). "League of Legends' hilarious One for All mode is back". PCGamesN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2020. Dicapai pada 19 April 2021.
- ^ Savage, Phil (27 Mei 2014). "League of Legends' new One For All: Mirror Mode gives all ten players the same champion". PC Gamer (dalam bahasa Inggeris). Future plc. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2021. Dicapai pada 19 April 2021.
- ^ Jones, Ali (3 Ogos 2018). "League of Legends is adding Nexus Blitz, a lightning-fast "experimental" game mode". PCGamesN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2021. Dicapai pada 19 April 2021.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Watson, Max (Musim Panas 2015). "A medley of meanings: Insights from an instance of gameplay in League of Legends" (PDF). Journal of Comparative Research in Anthropology and Sociology (dalam bahasa Inggeris). 6.1 (2068–0317). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Disember 2020. Dicapai pada 26 Disember 2020.









