Laga lembu merupakan acara sukan yang ganas kerana melibatkan darah, kecederaan dan kematian seekor lembu atau beberapa ekor lembu. Sukan laga lembu merupakan sukan klasik dan masyhur di Sepanyol, Portugal, selatan Perancis, dan negara Amerika Latin. Laga lembu ini semakin menjadi isu dan kotroversi di beberapa seperti di Sepanyol, Portugal, Peru, Mexico dan Ecuador kerana ia menganiaya nyawa binatang. Ia ditafsir semula sebagai menyiksa lembu dan kuda dan binatang ini mati dalam derita.
Di Portugal, sukan ganas telah diharamkan diadakan di arena. Namun ia masih diamalkan di tanah jajahannya seperti di pulau Pemba, Tanzania. Biasanya toreros menjadi matador iaitu orang yang menjadi penggerak dalam laga lembu. Toreros akan dianggap menang jika dapat mengalahkan dan membunuh lembu dari jarak dekat. Toreros atau matador berisiko akan ditanduk dan diinjak , dilambung sehingga mati oleh lembu laga atau lembu sapi. Pertandingan hanya berakhir selepas lembu berjaya ditumbang dan ditusuk mati dengan senjata tajam.
Di Portugal, sajat yang menjadi fordatos akan mengenakan kostum tradisional yang dipanggil Damash atau baldu dengan topi rajut .
Acara paling besar dan meriah diadakan di Plaza de Toros México di tengah bandar Mexico yang boleh memuat 48,000 penonton. Gelanggang / arena tertua ialah Plaza de Toros de Acho di Lima , Peru, yang dibina pada 1766.