Landslyde | |
---|---|
Nama lahir | Chandrakumar a/l Balakrishnan |
Juga dikenali sebagai | Land Slyde |
Kelahiran | Perak, Malaysia | 14 Disember 1974
Genre | Hip hop, rap |
Pekerjaan | Penyanyi |
Alat muzik | Vokal |
Tahun aktif | 1994–kini |
Kegiatan berkaitan | Poetic Ammo, Dragon Red |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Chandrakumar a/l Balakrishnan (lahir 14 Disember 1974) atau lebih dikenali sebagai Landslyde ialah seorang penyanyi dan juga bekas ahli kumpulan hip hop Malaysia, Poetic Ammo.[1] Beliau menerbitkan dua album bersama Poetic Ammo sebelum meninggalkan kumpulan itu pada 2001 dan menubuhkan kumpulan rap rock, Dragon Red di mana beliau merakamkan dua album bersama kumpulan itu. Dragon Red memenangi Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2007. Landslyde ialah satu-satunya individu yang memenangi anugerah itu sebanyak dua kali. Adiknya, Sashi Kumar (C. Loco) juga ialah ahli Poetic Ammo.[2]
Diskografi
Poetic Ammo
- It's a Nice Day to Be Alive (1998)
- The World Is Yours (2000)
Dragon Red
Rujukan
- ^ "Poetic Ammo beridentitikan tempatan". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-05. Dicapai pada 2016-10-05. (Malaysian)
- ^ "Still poetic in their own ways - Focus | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2016-10-04.