Tidak ada referer, pengunjung mungkin datang langsung atau referer diblokir.ls.
It's a Nice Day to Be Alive - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
It's A Nice Day To Be Alive ialah album studio pertama oleh kumpulan hip hop Malaysia, Poetic Ammo dikeluarkan pada 23 Februari 1998 oleh Positive Tone dan diedarkan oleh EMI.[1][2][3] Album ini telah menerima empat pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-6, Poetic Ammo telah memenangi Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik menerusi album ini.[4][5][6] Album ini pada asalnya dijadual untuk dikeluarkan pada September 1997, bagaimanapun, ia dikeluarkan secara rasmi pada 23 Februari 1998.[7]