Kylie Minogue | |
---|---|
Kelahiran | Kylie Ann Minogue 28 Mei 1968 |
Kerakyatan | Australia, British[1] |
Pekerjaan | Pelakon, Penyanyi, Penulis lagu, Penari |
Televisyen | Neighbours, The Henderson Kids, Doctor Who, The Kylie Show |
Saudara | Dannii Minogue (adik) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman |
|
Laman sesawang | kylie |
Kylie Ann Minogue, OBE (lahir 28 Mei 1968), juga dikenali sebagai Kylie, ialah seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan penari Australia. Beliau menerima pengharagaan lakonan dalam drama lipur lara Australia Neighbours, yang mana beliau melakonkan watak seorang mekanik tomboi Charlene Robinson. Muncul dalam siri itu selama dua tahun, watak beliau mengahwini Scott Robinson (Jason Donovan) di dalam episod siri itu telah ditonton oleh hampir 20 juta orang di United Kingdom menjadikannya salah satu episod TV Australia yang paling ditonton.[5] Sejak itu, Minogue telah menjadi artis rakaman dan meraih kejayaan komersial dalam industri. Minogue telah diiktiraf dengan beberapa gelaran kehormat termasuk "Puteri Pop" dan "Dewi Pop". Beliau telah diiktiraf sebagai artis Australia paling laris sepanjang zaman oleh Persatuan Industri Rakaman Australia (ARIA).
Dilahirkan dan dibesarkan di Melbourne, Australia, Minogue yang sudah bertahun bekerja dan tinggal di London. Beliau menandatangani dengan PWL pada 1987 dan melancarkan album studio pertamanya Kylie pada tahun berikutnya. Pada 1992, beliau meninggalkan PWL dan menandatangani bersama Deconstruction Records dan di mana beliau muncul dengan album studio berjudul sendiri dan Impossible Princess, yang kedua-duanya menerima ulasan positif dari pengkritik. Kembali ke muzik berorientasikan tarian arus perdana, Minogue menandatangani kontrak bersama Parlophone dan melancarkan "Spinning Around".[6] Single beliau "Can't Get You Out of My Head" (2001) menjadi salah satu single paling berjaya pada 2000an, terjual sebanyak 10 juta unit. Ia telah diiktiraf sebagai "lagu tandatangan" beliau dan dinamakan sebagai "lagu paling rancak" Yahoo! Music.[7][8] Album beliau Fever (2001) menjadi hits di kebanyakan negara, termasuk Amerika Syarikat. Sepanjang kerjayanya, Minogue telah mengeluarkan beberapa singlenya yang paling berjay, termasuk "I Should Be So Lucky", "The Loco-Motion", "Especially for You", "Hand on Your Heart", "Better the Devil You Know", "Confide in Me", "Spinning Around", "Slow", "2 Hearts" dan "All The Lovers".
Pada 2005, sewaktu terlibat dalam Showgirl: The Greatest Hits Tour, beliau telah disahkan menghidap kanser payudara. Selepas menjalani rawatan, beliau meneruskan jelajah itu dengan nama Showgirl: The Homecoming Tour, di mana pengkritik mengulasnya sebagai "batu loncatan".[9] Minogue meneruskan kerjaya lakonannya dan muncul dalam filem Moulin Rouge! (2001), Jack & Diane, dan Holy Motors (2012). Pada 2014, beliau muncul sebagai juri dalam musim ketga rancangan The Voice UK dan The Voice Australia. Cabang beliau yang lain termasuk mengendors produk, buku kanak-kanak dan fesyen.
Sehingga 2015, Minogue mempunyai jualan rekod sedunia melebihi 80 juta.[10][11] Beliau telah mendaki beberapa konsert jelajah dunia dan menerima Anugerah Mo untuk "Penghibur Australia Tahun Ini" untuk persembahan secara langsung beliau. Beliau telah dianugerahkan OBE oleh Ratu Elizabeth II dan diberikan pingat oleh Charles, Putera Wales pada 2008. Beliau telah dilantik oleh kerajaan Perancis sebagaj Chevalier (kesatria) Ordre des Arts et des Lettres atas sumbangannya kepada kebudayaan Perancis. Minogue telah dianugerahkan ijazah kehormat Doktor Sains Kesihatan (D.H.Sc.) oleh Universiti Anglia Ruskin atas usahanya meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara. Pada November 2011, sempena ulang tahun ke-25 Anugerah Muzik ARIA, beliau telah diiktiraf oleh Persatuan Industri Rakaman Australia menerusi Dewan Kemasyhuran ARIA.[12] Pada Disember 2016, Billboard menyenaraikan beliau sebagai artis tarian ke-18 paling berjaya sepanjang zaman.[13]
Kehidupan awal
Kylie Minogue merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Seawal usia 11 tahun, beliau telah menceburi bidang lipur lara di kaca televisyen menerusi Skyways, The Sullivans dan The Henderson Kids. Adik beliau, Dannii Minogue yang menyertai Young Talent Time, lebih popular berbanding Kylie pada tahun 1983. Kylie hanya dikenali menerusi Neighbours pada tahun 1986.
Menerusi Neighbours, beliau yang memegang watak Charlene Mitchell menjadi individu pertama yang memenangi empat anugerah menerusi Anugerah Logie termasuklah untuk ketegori “Logie Emas” (Gold Logie) sebagai “Penghibur Televisyen Paling Popular”.
Kerjaya muzik
1987–92
Dalam satu acara amal yang turut disertai penggiat seni lipur lara, Neighbours, Kylie Minogue telah mendendangkan sebuah lagu, The Loco-Motion (nyanyian asal oleh Little Eva) yang kemudiannya membawa Kylie ke alam nyanyian setelah menandatangani perjanjian bersama Mushroom Records pada 1987. Selama tujuh minggu, single Locomotion menduduki tangga pertama dalam carta-carta lagu popular Australia. Kejayaan ini membuatkan Kylie dihantar ke London untuk bekerja bersama Stock, Aitken & Waterman. Mereka mencipta sebuah lagu, I Should Be So Lucky yang ditulis secara tergesa-gesa ketika Kylie telah tiba di London. Album pertama yang juga diberi judul semperna namanya, Kylie, mencapai keuntungan yang membanggakan apabila dicatatkan sebagai album paling laris di UK pada tahun itu dan memcatat penjualan melebihi 7 juta unit di seluruh dunia serta menghasilkan enam hits single yang lain. Ini menyebabkan Kylie memutuskan untuk bergiat secara serius dalam karier nyanyian dan meninggalkan lipur lara, Neighbours pada tahun 1987. Kegemilangannya diteruskan apabila berkesempatan berduet bersama Jason Donovan menerusi lagu “Especially For You” yang juga menjadi popular di UK.
1989, album “Enjoy Yourself” mencapai kegemilangan yang sama seperti album pertama di Eropah dan Australia tetapi nasib tidak menyebelahi beliau apabila gagal di Amerika Syarikat dan menyebabkan syarikat rakaman yang bertanggungjawab mengedarkan album pertama dan keduanya ini di pasaran AS membatalkan kontrak bersama yang telah dimenterai oleh kedua-dua pihak iaitu antara Geffen Records dan Kylie. Namun itu tidak mematahkan semangatnya. Kylie menumpukan kariernya di pasaran-pasaran besar Eropah seperti UK, Perancis, Belgium dan Australia. Ini menjadikan Kylie sebagai lubuk emas buat Stock, Aitken & Waterman.
Setahun kemudian (1990), Kylie mencuba sesuatu yang nampak lebih matang menerusi “Rhythm of Love”, namun percubaan menjadi lebih dewasa kurang disenangi oleh Stock, Aitken & Waterman yang masih mahu menjadikan Kylie seperti awal kemunculannya yang dilihat sebagai gadis sopan & baik. Namun Kylie tetap dengan keputusannya kerana beliau mahu diterima baik oleh semua lapisan masyarakat terutama masyarakat yang lebih dewasa. Hubungannya dengan penyanyi INXS Michael Hutchence juga membuatnya diterima sebagai penyanyi yang matang. Hutchence menulis lagu "Suicide Blonde" untuknya. Single-singlenya mencetuskan satu evolusi baru apabila sasarannya tercapai iaitu beliau kini diterima oleh golongan yang lebih dewasa. Lagu-lagu beliau ligat diputarkan di kelab-kelab malam UK dan ketika “Shocked” dilancarkan sebagai single terbaru, beliau dicatat sebagai artis pertama yang mencapai 13 single-single hebat di Carta 10.
Pada tahun 1991, beliau bersama artis-artis terkemuka lain menyertai konsert semperna memperingati John Lennon, Lennon - A Tribute dan beliau menyanyikan lagu Help dari The Beatles dan diterima baik oleh para penonton. Pada tahun yang sama (1991), beliau merakankan album, Let’s Get To It dan ia adalah permulaan kejatuhan Kylie apabila album yang menampilkan irama Balada hinggalah Pop Dance ringan kurang mendapat sambutan terutama di negaranya, Australia.
Akhirnya beliau memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya bersama Stock, Aitken & Waterman. Sebagai penutup hubungannya bersama Stock, Aitken & Waterman, Kylie bersetuju untuk merakamkan tiga single terbaru menerusi album The Greatest Hits yang dilancarkan pada 1992. Walaupun sambutan terhadap album kompilasi ini begitu baik, namun ketiga-tiga single terbaru beliau gagal.
1993–98
Kontrak bersamanya dengan Deconstruction Records mendapat pujian daripada para pengkritik. Dengan ini terhasillah album yang diberi nama, Kylie Minogue tetapi ternyata album yang turut menampilkan Pet Shop Boys dan M People mengecewakan para pengkritik dan peminat. Hanya Confide In Me sahaja berjaya di Carta Lagu Australia selama lima minggu tetapi nasib tidak menyebelahi beliau menerusi “Put Yourself In My Place” dan “Where is the Feeling” yang gagal menembusi carta-carta lagu baik di Eropah mahupun Australia. Para pemerhati meramalkan kerjaya dan populariti Kylie sudah berakhir.
Namun, penyanyi Australia, Nick Cave tertarik dengan pembawaan berani Kylie menerusi “Better The Devil Know” yang dilaporkan Nick Cave sebagai salah satu lirik paling keras dalam muzik Pop dan ketika Kylie menyanyikan lagu tersebut, ada aspek ketidakberdosaan yang membuatkan lagu tersebut bertambah menarik. “Where the Wild Roses Grow” yang menampilkan perubahan muzik Kylie mendapat sambutan dari para peminat. Lagu tersebut telah memenangi “Lagu Tahunan” dan “Lagu Pop Terbaik” di Anugerah ARIA. Dihadapan peminat muzik alternatif, Kylie berduet bersama Nick Cave dalam sebuah konsert, The Big Day Out.
Pada tahun 1997, beliau menjalinkan hubungan bersama jurufoto dari Perancis, Stephane Sednaoui. Pada 1997, Impossible Princess yang menampilkan Manic Street Preachers, dan Kylie sebagai penulis lirik. Majalah Billboard menggambarkan album ini sebagai "mengejutkan" dan menyimpulkan bahwa ini adalah kesempatan emas secara komersil untuk sebuah perusahaan rakaman besar dengan visi dan energi untuk menembus pasaran Amerika. Album ini mejadi album paling sedikit penjualannya di UK tetapi paling laris di Australia.
1999–sekarang
Kali ini Kylie meneruskan bersama Parlophone dengan meninggalkan Deconstruction Records pada April 1999. Album Light Years yang dilancarkan pada 2000 menyerupai muzik disco 70-an. New Musical Express menulis: "Kemampuan Kylie untuk penglahiran semula adalah luar biasa" dan menyimpulkan bahawa album ini adalah "mudah diterima” dan "dilakukannya dengan sangat baik." Album ini mendapat paling banyak pujian dalam kariernya dan berjaya di seluruh Eropah, Asia dan Australia, terjual lebih dari 2 juta unit di seluruh dunia. Single "Spinning Around" menjadi popular, dan video klipnya sering diputar di televisyen. Single-single berikutnya, termasuk "Kids" dengan Robbie Williams, juga laris. Ia menjadi artis kedua setelah Madonna yang memiliki single nombor satu di UK.
Dia tampil di Sukan Olimpik Sydney 2000, di mana beliau menyanyikan lagu ABBA "Dancing Queen" dan single terbarunya saat itu "On a Night Like This". Dia kemudian mengeliling UK dan Australia yang dinamai On a Night Like This. Tiketnya terjual laris dan memecahkan rekod di Australia sebagai artis wanita dengan penjualan tiket paling banyak (200,000). Daripada enam pertunjukannya di Melbourne ditambah menjadi 22 kerana permintaan peminat. Beliau memenangi Anugerah Mo untuk "Hiburan Secara Langusng” dan "Penghibur Tahunan" di Australia.
Unsur disko terus dipertahan menerusi album Fever (2001) tetapi digabungkan elemen elektronik 1980-an yang menyaksikan lagu “Can’t Get You Out Of My Head” menjadi klimaks dalam kariernya apabila mencapai carta nombor satu di 40 buah negara seluruh dunia dan terjual sebanyak 4 juta unit. Capitol Records (Amerika) memasarkannya pada tahun 2002. Pada tahun 2003, Anugerah Grammy menyampaikan pengiktirafan kepada Kylie sebagai “Rakaman Tarian Terbaik” menerusi lagu “Love at First Sight” dan pada tahun berikutnya menerusi kategori yang sama untuk lagu “Come Into My World”.
Body Language pula dilancarkan pada 2004. Menerusi single pertama, Slow, album yang mendapat pujian dari Majalah Billboard kurang mendapat sambutan walaupun single ini laris di pasaran. Malah lebih malang, Amerika tidak begitu memandang album ini walaupun lagu-lagunya kerap diputarkan di kelab-kelab malam. Slow dicalonkan untuk kategori “Rakaman Dance Terbaik” dalam Anugerah Grammy tetapi gagal mengulangi kejayaan yang lalu. Single “I Believe In You” & “Giving You Up” dimasukkan ke dalam album kompilasi terbaik Kylie Minogue, Ultimate Kylie (2004).
Penjelajahan terbaru, “Showgirl: The Greatest Hits” diumumkan pada awal 2005 dan menjadikan penjelajahan terbesar buat Kylie dan gemilang di Eropah. Pada Mei 2005, penjelajahan ini terpaksa ditangguhkan akibat dari kanser payudara yang menyerang Kylie.
Barah payudara
17 Mei 2005, Kylie disahkan menghidap penyakit barah payu dara & ini membuatkan penjelajahannya terhenti buat sementara waktu. Malah Presiden Australia, John Howard memberi amaran kepada mana-mana pihak media terutama paparazi agar tidak mengganggu Kylie dan ahli keluarganya. Kylie tampil buat pertama kali di tempat awam ialah pada 8 Julai 2005 apabila beliau melawat kanak-kanak yang menghidap barah di Hospital Melbourne's Royal Children.
Showgirl Tour
Apabila jualan tiket dibuka pada 21 Julai 2006 untuk tiket bertarikh 2 & 3 Januari 2007 di UK, tiketnya dijual habis dalam masa 6 minit sahaja dan kerana itu jugalah Kylie menambah dua lagi konsert tambahan dan seperti biasa, tiket itu juga dijual dengan masa yang singkat. Tiket konsert New Year's Eve di Manchester yang ditambah dan dibuka untuk jualan pada 14 Disember 2006 habis dijual dalam masa 30 minit, Juala tiket yang mengambil masa yang singkat mencipta rekod baru dalam sejarah konsert Kylie.
"Good Evening, Sydney!" itulah kata-kata pertama Kylie yang muncul di atas pentas dengan baju berbulu berwarna pink dan gaun labuh yang direka khas oleh John Galliano. Belum sempat Kylie menyanyi lagu pertama, peminatnya sudah memberi penghormatan dengan berdiri tanda sokongan mereka yang tidak berbelah-bagi. Konsert pertama Kylie selepas menjalani rawatan barah payudara itu juga dihadiri oleh teman lelakinya (kini bergelar bekas teman lelakinya), Olivier Martinez dan ibu Kylie. Lebih menghiburkan dan mengharukan ialah persembahan bertenaga Kylie menerusi lagu Kids (dendangan asal bersama Robbie Williams) bersama Bono dari kumpulan U2.
Selepas konsert itu berlalu dengan kenangan yang terindah buat peminat-peminat Kylie yang sabar menanti, konsert dan Kylie sendiri mendapat kritikan dan komen yang positif dari pelbagai pihak. Malah, London Lite menggambarkan konsert terbabit sebagi "Mesti Tonton" dan "Persembahan Bertaraf Dunia".
Pada 8 Januari 2007, cakera padat Showgirl Homecoming Live dipasarkan di Sydney.
Diskografi
- Kylie (1988)
- Enjoy Yourself (1989)
- Rhythm of Love (1990)
- Let's Get To It (1991)
- Kylie Minogue (1994)
- Impossible Princess (1997)
- Light Years (2000)
- Fever (2001)
- Body Language (2003)
- X (2007)
- Aphrodite (2010)
- Kiss Me Once (2014)
- Kylie Christmas (2015)
Filemografi
Tahun | Tajuk | Peranan |
---|---|---|
1989 | The Delinquents | Lola Lovell |
1994 | Street Fighter | Cammy |
1996 | Bio-Dome | Dr. Petra von Kant |
2001 | Moulin Rouge! | The Green Fairy |
2012 | Jack & Diane | Tara |
2012 | Holy Motors | Eva Grace (Jean) |
2015 | San Andreas | Susan Riddick |
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1986–1988 | Neighbours | Charlene Robinson | 1987 Logie Awards for Most Popular Actress 1988 Logie Award for Most Popular Personality Logie Award for Most Popular Personality on Victorian Television' Logie Award for Most Popular Actress Nominated-Logie Award for Most Popular New Talent Nominated-Logie Award for Most Popular Personality |
1994 | The Vicar of Dibley | Herself | Episode "Community Spirit" |
2007 | Doctor Who | Astrid Peth | Episode "Voyage of the Damned" |
2015 | Young & Hungry | Shauna | Episodes "Young & Moving" and "Young & Ferris Wheel" |
2016 | Galavant | Queen of The Enchanted Forest | Episode "A New Season aka Suck It Cancellation Bear" |
Jelajah dan konsert
- Disco in Dream (1989)
- Enjoy Yourself Tour (1990)
- Rhythm of Love Tour (1991)
- Let's Get to It Tour (1991)
- Intimate and Live (1998)
- On a Night Like This (2001)
- KylieFever2002 (2002)
- Showgirl: The Greatest Hits Tour (2005)
- Showgirl: The Homecoming Tour (2006–07)
- KylieX2008 (2008–09)
- For You, for Me (2009)
- Aphrodite: Les Folies Tour (2011)
- Anti Tour (2012)
- Kiss Me Once Tour (2014–15)
- Kylie Summer 2015 (2015)
- A Kylie Christmas (2015–16)
Anugerah dan pencalonan
- Penghargaan
- 2004 Grammy Awards, Best Dance Recording untuk Come Into My World
- 2002 Brit Awards, Best International Album untuk Fever
- 2002 Brit Awards, Best International Female untuk Fever
- 2002 ARIA Awards, Single Of The Year untuk Can't Get You Out Of My Head
- 2002 ARIA Awards, Best Pop Release untuk Fever
- 2002 ARIA Awards, Highest Selling Album untuk Fever
- 2002 ARIA Awards, Highest Selling Single untuk Can't Get You Out Of My Head
- 2002 ARIA Awards, Outstanding Achievement Award
- 2001 ARIA Awards, Best Female Artist untuk Light Years
- 2001 ARIA Awards, Best Pop Release untuk Light Years
- 2000 ARIA Awards, Best Pop Release untuk Spinning Around
- 1996 ARIA Awards, Single Of The Year untuk Where The Wild Roses Grow
- 1996 ARIA Awards, Song Of The Year untuk Where The Wild Roses Grow
- 1996 ARIA Awards, Best Pop Release untuk Where The Wild Roses Grow
- 1995 ARIA Awards, Best Video untuk Put Yourself In My Place
- 1990 ARIA Awards, Outstanding Achievement Award
- 1989 ARIA Awards, Highest Selling Single untuk I Should Be So Lucky
- 1988 ARIA Awards, Highest Selling Single untuk Locomotion
- Pencalonan
- 2005 Grammy Awards, Best Dance Recording untuk Slow
- 2005 Brit Awards, Best International Female untuk Body Language
- 2004 ARIA Awards, Best Female Artist untuk Body Language
- 2003 Grammy Awards, Best Dance Recording untuk Love At First Sight
- 2003 Brit Awards, Best International Female untuk Come Into My World
- 2003 ARIA Awards, Best Female Artist untuk Come Into My World
- 2003 ARIA Awards, Best Pop Release untuk Come Into My World
- 2002 Brit Awards, Best Pop Act untuk Fever
- 2002 Brit Awards, Best British Video untuk Kids (bersama Robbie Williams)
- 2002 ARIA Awards, Album Of The Year untuk Fever
- 2002 ARIA Awards, Best Female Artist untuk Fever
- 2001 Brit Awards, Best International Female untuk Light Years
- 2001 ARIA Awards, Album Of The Year untuk Light Years
- 2001 ARIA Awards, Single Of The Year untuk On A Night Like This
- 2001 ARIA Awards, Highest Selling Album untuk Light Years
- 2000 ARIA Awards, Best Female Artist untuk Spinning Around
- 1999 ARIA Awards, Best Female Artist untuk Cowboy Style
- 1998 ARIA Awards, Album Of The Year untuk Impossible Princess
- 1998 ARIA Awards, Single Of The Year untuk Did It Again
- 1998 ARIA Awards, Best Female Artist untuk Impossible Princess
- 1998 ARIA Awards, Best Pop Release untuk Impossible Princess
v1995 ARIA Awards, Best Female Artist untuk Kylie
- 1992 ARIA Awards, Best Female Artist untuk Let's Get To It
Rujukan
- ^ Music Rich List 2015: Where are Paul McCartney, Kylie and One Direction placed - digitalspy.com, 2016
- ^ Shuker, Roy (2012). Understanding Popular Music Culture (ed. 4th). Routledge. m/s. 99. ISBN 978-0-41551-713-3.
- ^ Cairns, Dan (1 February 2009). "Synth pop: Encyclopedia of Modern Music". The Times. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2011. Dicapai pada 11 June 2012.
- ^ "Kylie Minogue – Aphrodite (Review)". Urb.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2011. Dicapai pada 11 June 2012.
- ^ "BARB Since 1981". Broadcasters' Audience Research Board. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 March 2012. Dicapai pada 21 January 2013.
- ^ "Kylie officially honoured as UK's queen of singles!". Official Charts. 1 June 2012. Dicapai pada 11 December 2013.
- ^ Burke, Robert (1 September 2009). "Biggest Selling Singles Since The Year 2000". Yahoo! Music. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-17. Dicapai pada 13 August 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Lay, Kat (17 October 2013). "Why you can't get that tune out of your head . . ". The Times. News UK. Dicapai pada 18 October 2013.
- ^ Sams, Christine (12 November 2006). "Feathered Kylie's fans tickled pink". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 9 May 2008.
- ^ "Kylie and Danni – 100 Degrees Performance". X Factor Australia. Yahoo! Music. 24 November 2015. Dicapai pada 25 November 2015.
- ^ "Kylie and Dannii Minogue reunite for disco duet". New Zealand Herald. 24 November 2015. Dicapai pada 25 November 2015.
- ^ McCabe, Kathy (25 November 2011). "Prime Minister Julia Gillard to honour pop princess Kylie Minogue". Daily Telegraph (Australia). Dicapai pada 22 July 2015.
- ^ http://www.billboard.com/charts/greatest-top-dance-club-artists
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kylie Minogue. |
- Kylie.com — Laman rasmi Kylie Minogue
- Kylie Minogue di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
Anugerah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Dirty Vegas for Days Go By |
Grammy Award for Best Dance Recording 2004 for Come Into My World |
Diikuti oleh: Britney Spears for Toxic |
Didahului oleh Ray Martin for Midday |
Gold Logie Award for Most Popular Personality on Australian Television 1988 for Neighbours |
Diikuti oleh: Daryl Somers for Hey Hey It's Saturday |