Kuza Muzani | |
|---|---|
كوز موزاني | |
| Kelahiran | Tengku Sariza binti Tengku Mohd Muzani 24 September 1973 |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1989-kini |
| Pasangan | Raymus Siddique (k. 2007; c. 2019) |
| Anak-anak | 3 |
| Saudara | Kuna Muzani (kakak) Kuniey Muzani (adik) |
Yang Mulia Tengku Sariza binti Tengku Mohd Muzani (lahir 24 September 1973) atau lebih dikenali Kuza Muzani merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau mempunyai pertalian dengan kerabat diraja Kelantan.[1]
Kehidupan awal
Kuza Muzani dilahirkan pada 24 September 1973. Beliau merupakan adik kepada pelakon Kuna Muzani dan kakak kepada Kuniey Muzani.
Kehidupan peribadi
Kuza Muzani telah beberapa kali berkahwin dalam hidupnya. Pada tahun 2007, beliau telah melangsungkan perkahwinannya bersama dengan seorang ahli perniagaan iaitu Raymus Siddique. Pada tahun 2020, Kuza mendedahkan bahawa beliau telah bercerai dengan Raymus setahun yang lalu selepas 12 tahun berkongsi hidup sebagai suami isteri. Hasil perkahwinan bersama Raymus, Kuza tidak dikurniakan cahaya mata manakala hasil perkahwinannya yang terdahulu, beliau dikurniakan tiga orang cahaya mata yang diberi nama Nizam Firdaus, Puteri Nazihah dan Puteri Nadia.[2]
Filemografi
Filem
| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1990 | Driving School | Akma | Filem pertama |
| 1991 | Asian Beat: Sunrise in Kampung | Filem jepun | |
| Shakila | Shakila | ||
| 1992 | Konstabel Mamat | Hasnah | |
| 1993 | Balada | ||
| Fantasi | Dara | ||
| 2006 | Tentang Bulan | Ibu Mawi | |
| 2013 | Tanda Putera | Maimon | |
| 2022 | Seratus | Geng Talkin #2 | Penampilan khas |
Drama
Telefilem
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 1993 | Emma dan Aliya | TV3 | ||
| 2002 | Tarantula | Julia | ||
| 2013 | Cinta Bantal Busuk | Rohana | TV1 | |
| 2016 | Tersuka Tanpa Sengaja Raya | Datin Khalida | Astro Ria | |
| 2017 | Kakak Iparku Memang Win | Rafedah | TV9 | |
| 2022 | Selamat Hari Bapa Kak Long | Aini | TV2 |
Anugerah & pencalonan
| Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 1992 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-5 | Pelakon Pembantu Wanita Popular | Kuza Muzani | Menang |
| 1993 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-6 | Pelakon Filem Pembantu Wanita Popular | Menang | |
| 1994 | Festival Filem Malaysia ke-11 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Balada | Tercalon |
| 2003 | Anugerah Skrin 2003 | Tarantula | Tercalon |
Rujukan
- ^ KARIM, AL FAIZAL ABDUL (2025-01-05). "Kuza puas berdepan penolakan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2025-06-24.
- ^ "Rumah tangga yang dibina 12 tahun musnah, Kuza dedah sudah bercerai dengan ahli perniagaan sejak tahun lalu - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2020-07-29. Dicapai pada 2025-06-24.








