| Nama lain | Anjing Kunming China Anjing serigala Kunming Anjing serigala Kunming China | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Negara asal | China | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Anjing Kunming,[a] anjing Kunming China, anjing serigala Kunming, atau anjing serigala Kunming China ialah satu baka anjing serigala pekerja yang dikembangkan di Kunming, China pada tahun 1950-an daripada anjing Alsace yang dihibridkan dengan anjing tempatan; juga hibrid anjing–serigala. Ia diiktiraf sebagai baka pada tahun 2007. Ia kerap digunakan oleh pihak polis dan pihak tentera di negara asalnya dan telah dieksport ke pelbagai negara lain.[1] Ia merupakan satu-satunya baka anjing pekerja yang dikembangkan di China dengan pengiktirafan antarabangsa.[2] Ia mempunyai lapis bulu kuning dan hitam.[3] Anjing Kunming juga digunakan untuk melaksanakan banyak tugas. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penemuan bau yang dikeluarkan oleh narkotik dan bahan letupan, pendedahan mayat manusia, dan penyelamatan orang. Anjing Kunming jantan biasanya berketinggian 60–75 cm (24–30 in) dan anjing Kunming betina pula berketinggian purata 60–65 cm (24–26 in), yang menjadikannya lebih kecil.[2]
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ کونميڠ; Cina: 昆明犬; pinyin: Kūnmíng quǎn; bahasa Inggeris: Kunming dog
Rujukan
- ^ Li, Jinxiu; Huang, Qingguo; Wang, Shi-Zhi; Zhou, Qijun; Gao, Xu; Zhang, Yaping; Wang, Guodong (12 Januari 2021). Zhan, Jian-Xu (penyunting). "Behavioral evidence for the origin of Chinese Kunming dog" [Bukti tingkah laku untuk asal usul anjing Kunming China]. Current Zoology (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 67 (4): 469–471. doi:10.1093/cz/zoaa081. ISSN 2396-9814. PMC 8489011 Check
|pmc=value (bantuan). PMID 34616944 Check|pmid=value (bantuan). S2CID 234243062. - ^ a b Wei, Yunfang; Wan, Jiusheng; Chen, Fangliang; Chen, Chao; Li, Jing; Cheng, Luguang; Mao, Aiguo; Li, Feixiang; Wang, Bin; Huang, Qingguo; Tang, Shusheng; Wei, Hongjiang (27 September 2017). "A retrospective study of female reproductive parameters in the Kunming dog" [Kajian retrospektif tentang parameter pembiakan betina pada anjing Kunming]. Animal Science Journal (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 89 (1): 52–59. doi:10.1111/asj.12914. ISSN 1740-0929. PMID 28960617. S2CID 3457199.
- ^ Wang, Guodong; Cheng, Luguang; Fan, Ruoxi; Irwin, David Michael; Tang, Shusheng; Peng, Jianguo; Zhang, Yaping (12 Februari 2013). Yao, Yonggang (penyunting). "Signature of Balancing Selection at the MC1R Gene in Kunming Dog Populations" [Tunjuk Tanda Pemilihan Pengimbangan pada Gen MC1R dalam Populasi Anjing Kunming]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 8 (2). Bibcode:2013PLoSO...855469W. doi:10.1371/journal.pone.0055469. ISSN 1932-6203. PMC 3570536. PMID 23424634. S2CID 4048950. Unknown parameter
|article-number=ignored (bantuan)








