Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | قلعة البحرين |
Inskripsi | 2005 (sesi ke-29) |
Keluasan | 70.4, 1,311.8 he (7,580,000, 141,200,000 ka2) |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Manama, Bahrain |
Koordinat | 26°14′01″N 50°31′14″E / 26.2336°N 50.5206°E |
sunting · sunting di Wikidata |
Kubu Bahrain (dalam Arab: قلعة البحرين , transliterasi: Qal`at al-Bahrain, dan juga dikenali sebagai Kubu Bahrain) adalah satu tapak arkeologi yang terletak di Bahrain. Ia mengandungi timbunan buatan yang dihasilkan oleh penduduk manusia sejak 2300 SM sehingga 1700-an. Di antara itu, ia juga pernah menjadi ibu negara bagi tamadun Dilmun, dan terkini menjadi sebuah kubu Portugal. Di atas sebab-sebab ini, ia disenaraikan oleh UNESCO sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia pada tahun 2005.