![]() | ||||
Krom Hendricks pada perlawanan perpisahan bersama skuad Bo-Kaap (umur 41 tahun), 1898 | ||||
Maklumat peribadi | ||||
---|---|---|---|---|
Nama Penuh | William Henry | |||
Nama Panggilan | Krom Hendricks | |||
Gaya pukul | Kanan | |||
Bowling style | Kanan | |||
Domestic team information | ||||
Years | Team | |||
1860an – 1898 | Bo-Kaap | |||
1892 | Combined Malay XI | |||
Source: [{{{source}}}], {{{date}}} {{{year}}} |
William Henry (kelahiran 1857) dikenali juga dengan nama panggilannya 'Krom' Hendricks ialah seorang pemain kriket Afrika Selatan dari Bo-Kaap. Krom diakui sebagai bowler tercepat di Afrika Selatan dengan teknik lemparan yang belum pernah terlihat sebelumnya pada 1890-an meski telah berumur 35 tahun.[1] Dia menderita kerana mendapat boikot oleh pentadbiran Cecil Rhodes bersama ahli politik pakatannya. Meski diakui sebagai pemain kriket terbaik pada masanya, dia belum pernah menyertai kelab yang lebih besar sepanjang kerjayanya. England pernah mengundangnya pada tahun 1894, tetapi tidak dibolehkan menyertai pasukan negara Koloni Cape dalam World Tour.[2]
Krom hanya pernah membuat penampilan untuk skuad daerah Bo-Kaap dan skuad wilayah Melayu Combined XI dalam kejohanan kriket domestik Afrika Selatan sebelum bersara sepenuhnya sekitar 1898-1899.
Kerjaya
Tidak banyak yang diketahui dari kehidupan awal Krom, selain dia lahir dari ayah Belanda dan ibu Afrika Barat dan agamanya kristen. Panggilannya ialah 'Krom' atau 'Chrome' dalam bahasa Belanda yang memiliki erti "Kilau", tentu ini adalah nama ejekan dari keluarga besarnya. Dia dilahirkan pada 15 Oktober 1857 di Bo-Kaap, Cape Town dan membesar di antara Muslim Melayu Cape.
Henry muda sering bermain kriket dan belajar sukan itu bersama orang Melayu Cape lain. Bakatnya sudah sangat terlihat sejak masih kecil, dan juga kekuatan fizikal yang besar. Dia pernah diundang untuk mewakili skuad India Cape oleh pedagang dari sana dan dijanjikan hidup layak, tetapi Krom menolaknya. Dia jatuh cinta pada bandar kecil yang membesarkan namanya. Pada 1890, Abdul Burns dan pemimpin komuniti lain menubuhkan kejohanan kriket untuk Melayu pertama. Bo-Kaap harus mengakui kemampuan lawan dalam perlawanan itu.
Combined Malay XI vs Pasukan Kebangsaan England
Pada 1892, pasukan kebangsaan kriket England menggalakan lawatan ke Koloni Cape. Mencabar beberapa pasukan, skuad atau kelab di wilayah itu. Ini adalah masa ketika kriket belum ada tata organisasi seperti sekarang. Abdul Burns, jurulatih berdarah Scotland-Melayu memilih Krom untuk mewakili daerah Bo-Kaap dalam skuad Combined Malay XI.
Pada 2 Mac 1892, perlawanan sengit menentang William Reed berlaku. George Rowe dan Connor Middleton berkata "bowler paling cepat yang pernah kita jumpai. Lemparan macam apa itu, kenapa dia dari dulu tidak dipilih!?". Meski kalah, tetapi penampilan Krom untuk Combined Malay ketika itu bahkan dipuji oleh akhbar Inggeris. Dia menggunakan nama "hendricks", salah satu keluarga kaya Melayu Cape.
Ahli politik dari Transvaal dan Provinsi Barat mendukung penuh, bahkan William Reed mengirim surat langsung pada Cecil Rhodes agar dia diajak pada 1894. Tetapi dengan alasan yang tidak masuk akal, alasan dia tidak masuk dalam senarai skuad Koloni Cape ialah "impolitic to include him in the team.". Sejarahwan dan bekas pemain kriket Afrika Selatan André Odendaal berkata "kegilaan politik Inggeris."
Pada 1894, Krom menghantarkan Bo-Kaap memenangi kejohanan di Cape Town. Dia tidak pernah mendapat panggilan lagi dan bersara selepas penampilan terakhirnya untuk Bo-Kaap sekitar 1898 di umur 41 tahun. Selepas penampilannya, Hendricks seakan menghilang dari sejarah.
Rujukan
- ^ Marks, Vic (14 December 2009). "Makhaya Ntini shoulders the burden of being an icon with a smile". The Guardian. London. Dicapai pada 14 December 2009.
- ^ "The lost legacy of Krom Hendricks, South Africa's first great black cricketer". ESPNcricinfo.