2007 Ogaden War | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Ethiopian Somali region | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Military of Ethiopia | Ogaden National Liberation Front | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Undisclosed | 502 killed (Ethiopian claim[1][2]) | ||||||
Civilian casualties: At least 38 Ogadeni killed[3] 65 Ethiopian killed 9 Chinese killed |
Kemuncak Konflik Ogaden 24 April 2007 tercetus berikutan tentera Ethiopia menentang pemberontakan Barisan Pembebasan Kebangsaan Ogaden (ONLF) .Bagi membendung pemberontakan , tentera Ethiopia telah membunuh 75 orang yang cuba menyerang medan ekplorasi petroleum yang diusahakan oleh syarikat dari China.Zhongyuan Petroleum Exploration Biro di bawah China Petroleum & Chemical Corporation (Sinopec) telah mendapat kontrak konsesi cagigali petroleum di Lembah Ogaden . Kebanyakan penduduk bandar Abole , Ogaden terdiri dari puak Ogaden yang menyokong ONLF.
Abole terletak 30 km dari Degehabur , wilayah Somali, Ethiopia . Tentera Ethiopia telah melancarkan operasi pembersihan di Dhagahbur, Qabridahare, Wardheer dan Shilaabo di Ogaden, sebahagian dari wilayah Somali, Ethiopia.
Punca
Punca mereka memberontak kerana dasar-dasar kerajaan terhadap kaum nomad Ogadeni itu. Sebelum ini ONLF telah memberi amaran berkali-kali terhadap kepada syarikat antarabangsa agar jangan menandatangani sebarang perjanjian dengan kerajaan Ethiopia berhubung eksplorasi di Lembah Ogaden.
Serangan ONLF
- Pada 24 April 2007 Seramai 200 pemberontak bersenjata telah menyerang medan petroleum itu. 9 pekerja China terbunuh, 7 pekerja China telah diculik, 65 pekerja Ethiopia turut terbunuh termasuk kanak-kanak 3 tahun. Mereka berjaya menguasai medan itu selama sejam sebelum dirampas semula oleh tentera Ethiopia.
- Pada 27 April 2007, pemberontak telah membunuh satu keluarga dalam majlis pengkebumian yang terbunuh dalam serangan sebelum ini.
- Pada 29 April 2007, 7 pekerja China telah diculik oleh pemberontak dan hanya dibebaskan kemudian kepada Palang Merah. Seorang Somalia dan seorang pekerja Ethiopia turut dibebaskan.
- Pada 28 Mei 2007, pejuang ONLF telah menyerang perhimpunan ramai di Jigjiga dan Dhagahbur dengan bom grenad. 17 orang terbunuh dan berbelas lagi cedera.
- Pada 18 jun 2007, tentera Ethiopia telah membunuh 21 orang di Kampung Labiga ketika tentera cuba merampas ternakan mereka.
Sejarah ONLF
Pemimpin puak Ogadeni tinggal di negeri Somali, Ethiopia. Dia mahu semua agen ONLF keluar dari Lembah Ogaden . Pengasas ONLF ialah Sulub Ali Abas . Pemimpin lain ialah Sultan Aden Yusuf Tani. Kem tentera di Eritrea dibina bagi melatih pejuang gerila ONLF . Oromo Liberation Front dan Al-Itihaad al-Islamiya (UIC) turut terlibat sebagai proxy. Mereka mahu mengganggu-gugat keamanan di hujung tanduk Afrika itu.
ONLF telah ditubuhkan pada 1984 berikutan dari kegagalan penyokong Somalia menentang pembntukan Ethiopia pada 1970-an. Mereka ingin membentuk 'Greater Somalia' atau mendapatkan kuasa autonomi bersama Ethiopia.
ONLF berjuang menentang Derg, tentera diktator yang dipimpin oleh Mengistu Haile Mariam. Ketika itu Barisan Pembebasan Rakyat Tigrayan]] (TPLF), dipimpin oleh Perdana Menteri Ethiopia sekarang, Meles Senawi. Pada 1992, selepas Perang saudara Ethiopia , ONLF berjaya menguasai kerajaan Ethiopia yang baru dibentuk di wilayah Somali.
Reaksi kerajaan Ethiopia
- Pada Julai 2007, kerajaan Ethiopia memberi masa 7 hari kepada Palang Merah untuk keluar dari Ogaden. Mereka membawa air dan projek sanitasi.
- Agensi bantuan antarabangsa, Medecins Sans Frontiers diminta keluar pada 1 September 2007.
Kaitan dengan Somalia
Kempen ini berkait dengan operasi tentera di Somalia. Mereka cuba memutuskan hubungan antara Kesatuan Mahkamah Islam ( UIC) dengan ONLF. Ini termasuklah memutuskan bantuan senjata dan logistik dari Eritrea dan Somalia kepada ONLF. Pada pakar berkata, ONLF bergerak aktif di ibu negara Mogadishu , Somalia pada 2006 lagi. Mereka berjaya menguasai Kesatuan Mahkamah Islam . Tujuan murni mereka adalah melaksanakan undang-undang Islam.