Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka | |
Moto | Menjana Sumber Manusia Terdidik dan Terlatih |
Ditubuhkan | 23 Mac 1997 |
Rektor | Hj. Wan Ahmad Kamil bin Wan Embong |
HEP | Mohamad Nawawi bin Saad |
Lokasi | Bukit Sebukor, Melaka |
Pelajar | Sarjana muda, Diploma & Sijil |
Laman web | http://www.kym.edu.my |
Kolej Yayasan Melaka atau lebih dikenali sebagai KYM merupakan antara institusi pendidikan di Melaka yang terkenal dan terkemuka.
Merupakan di antara kolej swasta yang terawal di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Ia telah berjaya melahirkan ribuan mahasiswa dalam pelbagai bidang akademik dan pengajian sejak dari penubuhannya.
Pengenalan
Sejarah
- Kolej Yayasan Melaka ditubuhkan pada 23 Mac 1997.
Misi
- Membina perkhidmatan yang cemerlang kepada pelajar. Menghasilkan produktiviti yang tinggi.
- Untuk melahirkan para intelektual yang profesional dan berkualiti, penggabungan keimanan, ilmu pengetahuan dan akhlak merupakan komprehensif dalam meneruskan pembangunan ini.
- Mewujudkan hubungan yang amat rapat antara pelajar dan pekerja bagi memudahkan pertukaran idea dan perkongsian pendapat, serta bekerjasama dalam melaksanakan apa sahaja projek yang dianjurkan pelajar ataupun organisasi yang baik.
Moto
- Menjana Sumber Manusia Terdidik dan Terlatih -
Visi
- TERUNGGUL di antara institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia.
- TERUNGGUL dalam melahirkan graduan yang bermutu, terdidik dan berdisiplin.
- TERUNGGUL dalam menyediakan pendidikan dan kemudahan yang terlengkap untuk pelajar.
- TERUNGGUL dan bekerjasama ke arah memperbaiki dan menaikkan kualiti hidup pelajar.
- TERUNGGUL dalam penyusunan organisasi. Memperbaiki kualiti pentadbiran dari masa ke semasa dan terbuka kepada kritikan yang membina.
Piagam
- Pelajar merupakan pelanggan yang mempunyai keutamaan dalam setiap keputusan yang melibatkan mereka. Kakitangan adalah aset yang amat bernilai ke arah membangunkan sesuatu organisasi. Penggabungan idea dan tenaga antara kakitangan dan pelajar akan memantapkan sesuatu organisasi. Pendidikan bermutu akan melahirkan graduan yang cemerlang, terdidik dan terlatih dari segi rohani dan jasmani.
Sesungguhnya...........
"Bekerja dengan bijak memungkinkan kejayaan, pelajar dan pekerja yang berinsiatif akan membawa pembaharuan dan pekerja dan pelajar yang bagus akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan."
Lokasi
- Kampus utama Kolej Yayasan Melaka terletak di No 1, Jalan Bukit Sebukor, 75150 Melaka.
- Koordinat: +2° 13' 43.49", +102° 15' 59.14"
Akademik
Program Kerjasama
Antara program kerjasama yang dijalankan oleh Kolej Yayasan Melaka ialah:
- Program Kerjasama UTM/KYM - Program kerjasama pengajian diploma di antara Universiti Teknologi Malaysia dan Kolej Yayasan Melaka
- Program Kerjasama UUM/KYM - Program kerjasama pengajian ijazah di antara Universiti Utara Malaysia dan Kolej Yayasan Melaka
Program KYM
- Sekolah Teknologi Media & Seni ( SMART) -
- Sekolah Pengurusan Perniagaan (SPP) -
- Sekolah Teknologi Maklumat (SIT) -
- Sekolah Teknologi Perindustrian (STP) -
- Aerounatic Deveploment Centre ( ADC)
- Sekolah Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti (SHTM)
Program MLVK
- Sijil Kemahiran Malaysia (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan - MLVK)
Pentadbiran
Ketua Pegawai Eksekutif/Rektor
Nama | Mula berkhidmat | Tamat berkhidmat |
---|---|---|
Dr. Hamzaid bin Hj. Yahya | Mac 1997 | Mei 2006 |
Prof. Dr. Hajjah Ramlah binti Adam | Jun 2006 | 31 Mac 2009 |
Datuk Saroni Bin Judi | 1 April 2009 | Disember 2019 |
Hj. Wan Ahmad Kamil bin Wan Embong | Jan 2020 | Sekarang |
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Peranan
- Menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan pelajar
- Memastikan pembangunan dan sahsiah pelajar selaras dengan misi dan visi kolej.
- Menyediakan dan menjamin kebajikan pelajar dalam pelbagai aspek.
- Memantau, mengurus dan menjadi pemangkin kepada semua kegiatan pelajar.
- Membantu merancang kerjaya dan masa depan pelajar.
Perkhidmatan
- Penginapan
- Surat dan pos
- Kebajikan
- Kaunseling & rundingcara
- Pembangunan sahsiah
- Latihan & kursus
Kegiatan dan aktiviti
- Sukan
- Kebudayaan
- Kerohanian
- Kemasyarakatan
- Akademik
- Rakan Muda
- Kelab & persatuan
Perpustakaan
Perpustakaan Kolej Yayasan Melaka terletak di Aras bawah
Pusat Kokurikulum
Kegiatan kokurikulum di setiap institusi pengajian tinggi amat ditekankan. Sejak akhir-akhir ini kebanyakan universiti menjadikan kokurikulum sebagai salah satu aspek pengiraan jam kredit dalam keperluan keseluruhan pembelajaran di universiti. Aktiviti kokurikulum menjadi penyumbang ke arah pembentukan sahsiah, kepimpinan, kreativiti dan sebagainya kepada pelajar. Mereka perlu diberi peluang untuk memilih kursus yang diminati agar matlamat kegiatan kokurikulum ini dapat dicapai. Memandangkan sebahagian besar daripada program di kolej merupakan program kerjasama dengan universiti-universiti tempatan, pihak kolej perlu mengikuti syarat dan keperluan akademik sebagaimana di IPTA.
Program Kokurikulum adalah kegiatan akademik dan diwajibkan kepada semua pelajar yang mendaftar di Kolej Yayasan Melaka berdasarkan kepada keperluan sekolah. Para pelajar dikehendaki lulus dalam kegiatan yang disertainya dan menyertai sepenuhnya aktiviti yang dijalankan sebagaimana keperluan kursus akademik yang lain sebelum pelajar layak menerima penganugerahan ijazah atau diploma.
Pusat Kokurikulum dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap pengurusan kegiatan kokurikulum. Pemantauan yang sepenuhnya akan di buat oleh jabatan ini bagi memastikan bahawa perlaksanaan aktiviti adalah sejajar dengan keperluan sekolah/akademik masing-masing.
Antara Kokurikulum yang ditawarkan adalah:
- Kembara
- Pertahanan Awam
- Persatuan Bulan Sabit Merah
- Siswaniaga
- Silat Cekak
- Gamelan
- Kor Wira Siswa