Khalis | |
|---|---|
| Kelahiran | Muhammad Khalis bin Md. Shari 10 Oktober 1988 |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 2016–kini |
| Pasangan | Zalina Azman (k. 2008) |
| Anak-anak | 7 |
| Saudara |
|
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop Melayu, balada |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | Solaris Music MVM Music Rusa Music |
Muhammad Khalis Md. Shaari (lahir 10 Oktober 1988) atau lebih mudah dikenali sebagai Khalis Real Spin merupakan seorang penyanyi Malaysia. Beliau ialah adik kepada penyanyi, Allahyarham Achik Spin. Pada tahun 2021, Khalis menderita sakit dan Pulih sepenuhnya pada Tahun 2024. [1] [2] dalam pada Khalis sakit, 5 anaknya tercicir pelajaran pendidikan selama 2 tahun. [3] [4]
Kehidupan peribadi
Khalis merupakan anak Yang ke 8 daripada 10 orang adik-beradik, dilahirkan pada 10 Oktober 1988 di Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau merupakan adik kepada Allahyarham Achik Spin.
Kerjaya
Khalis mula dikenali melalui media sosial pada tahun 2018 ketika beliau berkongsi video nyanyian. Beliau menubuhkan kumpulan Real Spin bersama dua bekas ahli kumpulan Spin, iaitu Aidelah Ahmad (gitar) dan Norazren Kamil (Azren, bass).
Beliau menghasilkan muzik bergenre Pop Melayu dan Balada, dengan fokus kepada tema rindu, cinta, dan kenangan. Khalis juga menulis lirik, menghasilkan muzik, dan menerbitkan lagu sendiri di bawah beberapa syarikat rakaman, termasuk:
- Solaris Music Entertainment
- MVM Music
- Rusa Music
Diskografi
Album Studio
- Halusinasi Diri (2016)
- Selalu Rindu (2018)
Single Pilihan
- Semakin Rindu (2017)
- Seperti Dulu (2021, duet bersama Awis Spin)
- Di Pintu Syurga (2023)
- Suara Rindu (2025)
Pencapaian & Fakta Menarik
- Mula dikenali selepas video nyanyian beliau tular di media sosial pada tahun 2018.
- Penyambung legasi abangnya, Allahyarham Achik Spin, bersama kumpulan Real Spin.
- Aktif di media sosial, termasuk Instagram dan TikTok.
Rujukan
- ^ "Maklumat Tarikh Lahir". Laman Web Kumpulan Real Spin. 21 Ogos 2025.
- ^ "Bekas vokalis 'The Real Spin' Khalis derita sakit". Astro Awani. 21 Ogos 2025.
- ^ "Khalis The Real Spin diuji sakit, 5 anak tercicir dalam pelajaran". Sinar Harian. 21 Ogos 2025.
- ^ "3 tahun Khalis The Real Spin derita masalah saraf, dulu terlantar sekarang boleh berjalan tanpa tongkat". mStar. 21 Ogos 2025.








