Ketakterhinggaan atau permana atau keanantaan merujuk kepada bilangan yang tidak berhujung atau sampai batasnya[1] yakni ananta (Jawi: انانتا serapan Sanskrit: अनन्त, rumi: ananta[2]) atau "tiada terpermanai/terkira/terhisab.[2] Permana adalah kata murni dari Melayu, berbanding ananta dari serapan Sanskrit, Ia diberi lambang ∞. Contoh bilangan yang tidak terhingga ialah bilangan nombor asli (1, 2, 3, …) kerana tiada nombor asli yang terbesar.
Ia tidak berlaku seperti bilangan yang biasa dipakai dalam aritmetik, lalu dapat digunakan untuk menjelaskan sifat-sifat beberapa objek matematika: contohnya, berapa angka yang ada dalam perwakilan puluhan untuk bilangan π. atau seperti rumusan yang mengatakan bahawa had untuk tidak terhingga yang positif ketika menuju kepada 0 dari sisi positif.
Kajian mengenai ketakterhinggaan terdapat dalam bidang matematik, falsafah, dan ketuhanan (misalnya sifat ajaran agama yang dilihat sebagai sempurna anandi-ananta "tiada awal dan tiada akhir"[3])
Lihat juga
Rujukan
- ^ Kartasasmita, Bana G.; Ansjar, M.; Koko Martono; Irawati (1993). Kamus Matematika : matematika dasar. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. m/s. 107, 135. ISBN 978-979-459-017-1.
- ^ a b Zain, Shaharir bin Mohamad (2012). Istilah dan Konsep Pengukuran Tradisional Alam Melayu. Penerbit USM. ISBN 978-983-861-670-6.
- ^ Kardika, I. Nyoman (Jul 2020). "Tattwa Siwa Siddhanta Indonesia dalam Teologi Hindu". Sphatika: Jurnal Teologi. 10 (1): 39. doi:10.25078/sp.v10i1.1525. ISSN 2722-8576.