Keris Seri Gading adalah sebilah keris yang termasuk dalam Alat Kebesaran Kerajaan Negeri Perak.[1]
Asal-usul
Keris ini berasal dari Bugis dan namanya diambil daripada Istana Raja Bugis ke-3, iaitu Daeng Upu Tanderi Burung. Keris Seri Gading dipunyai oleh Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah yang merupakan pusaka peninggalan daripada nenda baginda Almarhum Sultan Idris Murshidul’adzam Shah, Sultan yang ke-28. Waris-waris Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah kemudian menghadiahkan keris pusaka ini untuk dijadikan satu daripada Alat Kebesaran Kerajaan Negeri Perak.[2]
Rujukan
- ^ "Alat-alat Kebesaran Negeri Perak". sultan.perak.gov.my. Dicapai pada 2025-12-13.
- ^ "PERTABALAN". DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK XXXV SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH SULTAN YANG DI-PERTUAN DAN RAJA PEMERINTAH NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN DAN JAJAHAN TAKLUKNYA. Putrajaya: Jabatan Penerangan Malaysia. m/s. 125.








