Panther merupakan kereta kebal sederhana Tentera Jerman pada Perang Dunia II. Sehingga 1944 is dinamakan sebagai PzKpfw V Panther, yang juga merupakan nombor iventori Senjata Ordnance bagi SdKfz 171.
Panther merupakan kereta kebal Nazi Jerman dalam Perang Dunia II yang diguna pakai semenjak pertengahan -1943 sehingga akhir perang di Eropah pada tahun 1945. Ia bertujuan menangkis kereta kebal T-34, dan untuk menggantikan Panzer IV dan III, walaupun ia berkhidmat bersama mereka dan Tiger yang lebih berat sehingga akhir perang.
Sehingga 1944 ia direka sebagai PzKpfw V Panther dan mempunyai nama simpanan Senjata (Ordnance inventory designation) SdKfz 171. Pada 27 Februari 1944, Hitler mengarahkan agar kereta kebal itu dikenali sebagai Panther.
Pembangunan dan Pengeluaran
Panther merupakan tindak balas langsung kepada Soviet T-34. Pertembungan pertama pada 23 Jun 1941, T-34 jelas melebihi Panzer IV dan Panzer III yang sedia ada. Atas desakan Jeneral Heinz Guderian sepasukan teknikal dihantar ke Russia untuk menilai T-34. Antara ciri-ciri kereta kebal Russia yang di anggap penting: perisai senget/condong, yang memberikan lantunan tembakan lebih baik dan kelihatannya meningkatkan ketebalan perisai daripada ditembusi, trak rantai yang lebih luas dan roda jalan besar yang meningkatkan kestabilannya, dan meriam panjang tergantung. Daimler-Benz dan MAN ditugaskan dengan mereka kereta kebal 30-35 ton baru, dinamakan VK3002, pada April berikutnya (kelihatannya bagi menepati masa bagi ditunjukkan kepada Hitler sempena hari jadinya).
Dua cadangan dikemukakan pada April 1942. Rekabentuk Daimler-Benz adalah penghormatan langsung kepada T-34, mengenepikan kecenderungan Jerman bagi terlebih rekabentuk, dengan itu kerumitan, bagi menghasilkan reka bentuk mudah, bersih menyerupai T-34 dari segi bentuk badan dan turet, enjin, sistem pengendalian, sistem suspensi (hentakan) spring daun leaf spring suspension, tatarajah trak, dan ciri-ciri lain. Rekabentuk MAN lebih konventional pada corak pemikiran Jerman; ia lebih tinggi dan lebar dengan turet lebih besar diletakkan jauh kebelakang badan, enjin petrol, suspensi (suspension ) batang torsion dan tatarajah krew dalaman bercirikan Jerman. Rekabentuk MAN diterima pada May 1942, walaupun kecenderungan Hitler bagi rekabentuk DB. Prototaip besi serdahana keras dihasilkan pada September 1942 dan diuju di Kummersdorf di terima secara rasmi. Ia dihasilkan serta-merta dengan arahan paling penting. Kereta kebal Panther siap dihasilkan pada bulan Disember dan mengalami masalah ketahanan disebabkan penghasilan yang terlalu tergesa-gesa. Permintaan bagi kereta kebal ini amat tinggi sehinggakan pengilangannya kemudian dikembangkan keluar dari MAN dan merangkumi Daimler-Benz dan pada tahun 1943 termasuk firma Maschinenfabrik Niedersachsen dan Henschel.
Sasaran penghasilan awal adalah 250 sebulan di MAN; ini ditingkatkan kepada 600 sebulan pada Januari 1943. Walaupun dengan usaha gigih, jumlah ini tidak pernah dicapai disebabkan gangguan pengeboman oleh pihak Berikat, kelembapan penghasilan (manufacturing bottlenecks dan masalah lain. Penghasilan pada tahun 1943 purata 148 sebulan. Pada tahun, ia mencapai purata 315 sebulan (3777 dibina pada tahun itu), memuncak pada 380 bulan Julai dan berakhir pada bulan March 1945 dengan sekurang-kurangnya 6000 dibina keseluruhannya. Kekuatan memuncak pada 1 September 1944 pada 2304, walaupun pada bulan yang sama rekod jumlah 692 kereta kebal dilapurkan musnah (sumber: T.L. Jentz (1999) Die deutsche Panzertruppe Band 2).
Ciri-ciri rekabentuk
Jika meriam tergantung dan perisai condong diabaikan, Panther adalah rekabentuk konventional Jerman. Berat kereta kebal meningkat kepada 43 tan daripada berat yang dirancangkan 35 tan. Ia menggunakan enjin 700 kuasa kuda (520 kW), 23 liter Maybach HL 230 V-12 enjin petrol. Enjin tersebut memancu lapan tayar bogie besi dan getah berselang berkembar (double-interleaved) setiap sebelah tergantung pada suspensi palang torsion bertingkat. Kawalan kereta kebal dilakukan melalui Maybach-Olvar kotak (synchromesh epicyclic ) tujuh kelajuan dan brek cakera hidrolik (hydraulic). Krenya terdiri daripada lima orang: pemandu, operator radio, juru tembak, juru isi (loader), dan komander. Perisainya terdiri daripada kepingan besi glasis sekata (homogenous steel glacis), dipetri tetapi juga (interlocked) untuk diperkukuhkan. Model asal hanya mempunyai perisai maksima 60 mm. Ini kemudiannya ditingkatkan kepada 80mm. Ausf. D dan model berikutnya mengeluarkan kereta kebal dengan perisai setebal 120 mm. Skirt perisai 5mm dan selaput Zimmerit juga menjadi ciri-ciri piawaian.
Meriam utama Panter adalah 75mm Rheinmetall KwK 42 L/70 dengan 79 biji peluru disokong oleh dua mesingan MG 34. 75mm bukanlah kaliber besar pada masa itu. Bagaimanapun, meriam Panther merupakan antara meriam yang paling berkuasa pada Perang Dunia II, bagaimanapun disebabkan bahan tujahan (propellant charge) yang banyak dan laras meriam yang panjang, memberikannya velositi muncung (muzzle velocity) yang amat tinggi. Trajektori lurus juga memudahkan ketepatan memusnahkan sasaran, kerana pembidikan kurang sensitif kepada jarak. Meriam 75mm sebenarnya adalah lebih kuasa tembus berbanding meriam 88mm Tiger I, walaupun tidak sekuat Tiger II.
Kegunaan Tempur
Kereta kebal Panther mula digunakan secara besar-besar dalam Pertempuran Kursk pada 5 Julai 1943. Kereta kebal awal mengalami masalah mekanikal: tayar berantai dan suspensi sering rosak dan enjin cenderung untuk panas dan terbakar dengan tiba-tiba. Pada awalnya, lebih banyak Panther lumpuh akibat kerosakan daripada dimusnahkan musuh. Heinz Guderian, yang tidak mahu Hitler mengarahkan Panter bertempur dengan sebegitu pantas, kemudiannya mengulas mengenai prestasi Panther dalam pertempuran, "ia mudah terbakar, sistem minyak dan bahan api tidak cukup selamat, dan krew hilang disebabkan kekurangan latihan."
Panther kekal sebagai kereta kebal Jerman utama sehingga akhir perang. Panther IV versi kemudian dengan meriam 75mm yang lebih panjang lebih murah dihasilkan dan lebih tahan dan kekal dalam pengeluaran selari dengan Panther.
Kebanyakan Panther beraksi di Perbatasan Timur, walaupun pada pendaratan D-Day Jun 1944, unit Panzer diletakkan di Perancis juga turut menerima kereta kebal Panther, yang sering digunakan sebaik-baiknya diperbatasan tersebut.
Sekitar tempoh masa Pertempuran Bulge sejumlah kereta kebal Panther ditukar tatarajahnya agar menyerupai Pemusnah Kereta Kebal M10, sebagai sebahagian operasi yang merangkumi tentera payung terjun menyamar sebagai tentera Amerika, dan aktiviti lain.
Sepanjang tempoh ia beroperasi terdapat sejumlah Panter yang ditawan, sesetengahnya cukup baik untuk digunakan semula.
Kereta kebal Panther mempunyai manual pengendalian kelakar untuk krewnya, dikenali sebagai Pantherfibel (Primer Panther); sepertimana Kereta kebal Tiger sebelumnya mempunyai Tigerfibel.
Projek berkait
Rekabentuk Panther II, atau Ausf. F, bermula pada Februari 1943. Matlamat utama adalah untuk mengekalkan pertukaran perkakasan maksima dengan kereta kebal berat Tiger II agar memudahkan pengilangan. Kereta kebal Panther II mempunyai badan yang menyerupai Tiger, walaupun dengan peningkatan perisai sisi, dan juga berkongsi roda serupa, tayar berantai, suspensi dan brek. Pertukaran utama adalah turet baru yang sempit, kadang kala dikenali sebagai Panzerturm Schmal.
Berbanding dengan asal, turet ini lebih ringan, bahagian hadapan lebih kecil, mampu dilengkapkan dengan meriam lebih besar, dan lebih mudah dibina. Ia juga dipasangkan dengan cecincin turet yang sama dan perisai yang lebih tebal. Ia dilengkapi dengan pencari jarak stereoskopik dan distabilkan dengan gyroskope (gyrostabiliser) dan boleh dipasang dengan meriam L/70, L/100 atau juga dengan meriam 88mm serupa dengan Tiger II. Enjin baru yang dipertingkatkan juga dipasang.
Terdapat dua badan prototaip lengkap dan turet dari model Ausf G model dipasang untuk diuji, walaupun sumber terhad ada pada akhir perang, secara efektifnya membantutkan rancangan pembangunan. Kawasan tersebut akhirnya ditawan, dan satu kereta kebal yang bertujuan untuk diuji selamat sehingga hari ini dan diletakkan di Muzium Perisai Patton, di Fort Knox, Kentucky.
Lihat Jagdpanther untuk pemburu kereta kebal berasaskan Panther.
Keluaran
- Ausf. A: 20 dihasilkan pada 11/42 (Prototypes, kadangkala dikenali sebagai Ausf. A1)
- Ausf. D: 842 dihasilkan pada (1/43 to 9/43)
- Ausf. A: 2,192 dihasilkan pada (8/43 to 6/44, kadangkala dikenali sebagai Ausf. A2)
- Ausf. G: 2,953 (3/44 to 4/45)
- Befehlspanzer Panther (Pz Bef Wg): 329 Ditukar menjadi (5/1943 to 2/1945), peralatan radio tambahan
- Beobachtungspanzer Panther (Pz Beob Wg): 41 Ditukar menjadi (1944/1945), dua mesingan dan meriam palsu
- Bergepanther (kenderaan penunda): 347 (1943 to 1945)
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kereta kebal Panther |