Kerajaan Luang Phrabang ພຣະຣາຊອານາຈັກຫລວງພະບາງ (Lao)Phra Ratcha Anachak Luang Phabang | |||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1707–1947 | |||||||||||
Flag | |||||||||||
Kerajaan Luang Phrabang dan negara jirannya pada abad ke-18 | |||||||||||
| Status | Negeri naungan Siam (1778–1893) Sebahagian daripada Laos Perancis (1893–1947) | ||||||||||
| Ibu negara | Luang Prabang | ||||||||||
| Bahasa yang umum digunakan | Lao | ||||||||||
| Agama | Theravada | ||||||||||
| Kerajaan | Raja mutlak | ||||||||||
• 1707–1713 | Kitsarat (pertama) | ||||||||||
• 1868–1895 | Oun Kham | ||||||||||
• 1904–1947 | Sisavang Vong (terakhir) | ||||||||||
| Sejarah | |||||||||||
• Pembubaran Lan Xang | 1707 | ||||||||||
| 1865–1890 | |||||||||||
| 13 July – 3 October 1893 | |||||||||||
| 1893 | |||||||||||
• Pembentukan Kerajaan Laos | 1947 | ||||||||||
| Mata wang | Lat, Hoi, Phot Duang | ||||||||||
| |||||||||||
| Sekarang sebahagian dari | Laos Thailand Vietnam China | ||||||||||
Kerajaan Luang Phrabang, atau disebut Kerajaan Luang Prabang dibentuk pada tahun 1707 hasil perpecahan Kerajaan Lan Xang. Apabila kerajaan tersebut berpecah, Muang Phuan menjadi negeri naungan Luang Prabang. Sepanjang tahun-tahun berikutnya, institusi beraja semakin lemah dan beberapa kali terpaksa menjadi negeri taklukan kepada kerajaan Burma dan Siam.
Sebuah konsulat Perancis ditubuhkan di ibu kota Luang Prabang pada tahun 1885. Ketika itu, kerajaan tersebut merupakan negeri naungan Siam, yang bimbang akan rancangan Perancis untuk melampirkan Luang Prabang. Satu perjanjian ditandatangani pada 7 Mei 1886 antara Siam dan Perancis yang mengiktiraf kedaulatan Siam terhadap Luang Prabang dan kerajaan Lao yang berjiran.[1] Perancis menjalankan ekspedisi di rantau tersebut untuk meneliti kemungkinan menubuhkan wilayah Perancis di sana. Serangan yang amat merosakkan semasa Perang Haw oleh Tentera Bendera Hitam China pada tahun 1887 menyebabkan Raja Oun Kham meminta perlindungan Perancis. Permintaan ini diterima dan disahkan pada 27 Mac 1889, meskipun ditentang oleh Siam.[2]
Perancis dan Siam berperang pada tahun 1893, yang memuncak dengan Peristiwa Paknam apabila Perancis, bertentangan dengan janji sebelumnya kepada Britain, memasuki Bangkok dengan kapal perang. Siam terpaksa menerima ultimatum Perancis untuk menyerahkan tanah-tanah di timur Sungai Mekong termasuk pulau-pulau di dalamnya. Lindungan Perancis di Laos ditubuhkan secara rasmi, dengan ibu kota pentadbiran dipindahkan dari Luang Prabang ke Vientiane. Bagaimanapun, Luang Prabang kekal sebagai tempat kediaman keluarga diraja, yang kekuasaannya dikurangkan kepada peranan simbolik sementara kuasa sebenar diserahkan kepada pegawai Perancis termasuk naib konsul dan Residen-Jeneral.[3] Pada Januari 1896, Perancis dan United Kingdom menandatangani satu perjanjian mengiktiraf sempadan antara Laos Perancis dan Burma British.
Di bawah perlindungan Perancis, Kerajaan Luang Prabang menjadi kerajaan utama di Laos Perancis. Pada 11 Mei 1947, Kerajaan Luang Prabang, Vientiane dan Champassak distrukturkan semula menjadi Kerajaan Laos, dengan Raja Luang Prabang, Sisavang Vong menjadi Raja Laos. Pada tahun 1954, Kerajaan Laos memperoleh kemerdekaan penuh daripada Perancis.
Senarai raja
- Kitsarat (1707–1713)
- Ong Kham (1713–1723)
- Thao Ang (Inthason) (1723–1749)
- Intharavongsa (1749)
- Inthaphom (1749)
- Sotika-Kuomane (1749–1768) (naungan Burma, 1765–1768)[4]
- Surinyavong II (1768–1788) (naungan Burma, 1768–1788)[5]
- Pendudukan Siam (1791–1792)[5]
- Anurutha (3 Februari 1792 – 179..) (pemerintahan pertama)
- Pendudukan Siam (179.. – 2 Jun 1794)
- Anurutha (2 Jun 1794 – 31 Disember 1819) (pemerintahan kedua)
- Manthaturath (31 Disember 1819 – 7 Mac 1837): Pemangku raja bagi Anurutha dari 1817 hingga 31 Disember 1819; hidup sebagai sami di Bangkok dari 1825 hingga 1826, menyebabkan Luang Prabang ditadbir oleh pegawai Thai
- Unkeo (1837–1838) (Pemangku raja)
- Sukha-Söm (1838 – 23 September 1850)
- Chantharath (23 September 1850 – 1 Oktober 1868)
- Oun Kham (1 Oktober 1868 – 15 Disember 1895): Zakarine menjadi pemangku raja bagi Oun Kham dari April 1888 hingga 15 Disember 1895
- Zakarine (15 Disember 1895 – 25 Mac 1904) (dalam lindungan Perancis)
- Sisavang Vong (26 Mac 1904 – 20 Oktober 1945 / 27 Ogos 1946) (dalam lindungan Perancis)
Catatan
- ^ Carine Hahn, Le Laos, Karthala, 1999, pp. 60–64
- ^ Carine Hahn, Le Laos, Karthala, 1999, pp. 66–67
- ^ Carine Hahn, Le Laos, Karthala, 1999, pp. 67–68
- ^ Thant Myint-U (2006). The River of Lost Footsteps--Histories of Burma. Farrar, Straus and Giroux. m/s. 98–99. ISBN 978-0-374-16342-6.
- ^ a b Tarling, Nicholas (1999). The Cambridge history of South East Asia: From c. 1500 to c. 1800. 1. Cambridge University Press. m/s. 238. ISBN 978-0-521-66370-0. ISBN 0-521-66370-9.








