Koordinat: 12°19′N 70°1′W / 12.317°N 70.017°W
Aruba | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Aruba Dushi Tera | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Oranjestad | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Belanda, Papiamento1 | ||||
Kerajaan | Raja berperlembagaan | ||||
• Monarch | Ratu Beatrix | ||||
• Gabenor | Alfonso Boekhoudt | ||||
Evelyn Wever-Croes | |||||
Kermerdekaan daripada Antillen Belanda | |||||
• Tarikh | 1 Januari 1986 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 193 km2 (75 bt2) | ||||
boleh abai | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2007 | 104,494 (Laporan CBS 2008) (ke-195) | ||||
[convert: invalid number] (ke-18) | |||||
KDNK (PPP) | 2007 | ||||
• Jumlah | AS$2.400 bilion (ke-182) | ||||
AS$23,831 (ke-32) | |||||
Mata wang | Florin Aruba ( AWG² ) | ||||
Zon waktu | UTC-4 (AST) | ||||
Kod panggilan | 297 | ||||
Kod ISO 3166 | AW | ||||
DPT internet | .aw | ||||
|
Aruba ialah sebuah pulau dengan kepanjangan sekitar 33 km di Antillen Kecil di selatan Laut Caribbean, 27 km di utara Semenanjung Paraguaná, di negeri Falcón, Venezuela. Ia membentuk satu kumpulan yang dinamakan sebagai pulau-pulau ABC dengan Curaçao dan Bonaire di selatan Antillen Kecil.
Sebagai sebuah negara di dalam Kerajaan Belanda, Aruba tidak memiliki bahagian-bahagian pentadbiran yang lebih kecil. Tidak seperti tempat-tempat lain di kawasan Caribbean, Aruba mempunya iklim kering dan satu lanskap yang gersang yang ditumbuhi pokok kaktus. Iklim ini membantu sektor pelancongan kerana pengunjung-pengunjung ke pulau ini boleh mengharapkan kepada cuaca panas yang cerah. Ia memiliki daratan seluas 193 km² dan terletak di luar laluan ribut taufan.
Sejarah Aruba
Pada tahun 1499, pulau ini dijumpai dan dimiliki oleh Sepanyol. Kemudian, Belanda datang menjajahi Aruba pada tahun 1636.