keju Gouda | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Keju susu lembu, Dutch cheese (en) , pressed uncooked cheese (en) |
Dinamakan sempena | Gouda |
Asalan | |
Negara | Belanda |
Wilayah, bandar | Holland Selatan, Gouda |
Lokasi | Gouda |
Ciri-ciri | |
Sumber susu | lembu |
Dipasteurkan | Ya |
Tekstur | Agak keras |
Tempoh penuaan | 1-18 bulan |
sunting · sunting di Wikidata |
Gouda (disebut /ˈɡaʊdə/[1] atau /ˈɡuːdə/;[2], dari Belanda: Goudse kaas "Keju dari Gouda") adalah keju kuning yang dibuat dari susu lembu. Keju ini diambil namanya daripada bandar Gouda di Belanda, tetapi namanya tidak dilindungi dalam Perlindungan Petunjuk Asal (PDO). Keju Gouda dibuat dan dipasarkan di seluruh dunia.
Pengeluaran
Keju Gouda dibuat dari susu yang telah dikulturkan dan dipanaskan hingga tauhu susu terpisah dari dadih susu. Sebahagian daripada dadih susunya diambil, dan ditambah air. Proses ini dinamakan "mencuci tauhu susu" dan menjadikan keju yang dihasilkan lebih manis kerana pencucian menghilangkan sebahagian asid laktik. Kira-kira sepuluh peratus daripada campuran itu adalah tahu susu yang telah ditekan ke dalam cetakan bulat untuk beberapa jam. Cetakan ini merupakan perkara utama yang menjadikan bentuk keju Gouda tradisional dan khas. Keju ini kemudian direndam dalam air garam, menyebabkan lapisan luar keju ini mempunyai rasa yang unik dan lalu dikeringkan selama beberapa hari sebelum bersalut untuk mencegah kejunya mengering seluruhnya untuk kemudian diperam. Bergantung pada pengelasan umurnya, keju Gouda dapat diperam daripada beberapa minggu sehingga lebih 7 tahun sebelum sedia dimakan. Semakin tua, rasa manis karamelnya berkembang dan kadang-kadang terdapat sedikit rasa rangup daripada kalsium laktik atau kristal tirosina yang seperti garam. [3] yang terbentuk dalam keju yang lebih tua.
Asal
Sekarang, istilah "Gouda" adalah nama yang universal dan tidak terbatas pada keju dari Belanda[4] Istilah "Gouda Noord-Hollandse" telah terdaftar di Kesatuan Eropah sebagai Perlindungan Status Geografi.[5] Pejunya sendiri pada awalnya dikembangkan di Gouda yang merupakan wilayah di Holland Selatan, Belanda. Disebabkan itu, nama berdaftar yang merujuk pada Holland Utara kurang tepat. Walaupun begitu, Noord Holland adalah kawasan tanah lembu terkemuka di Belanda.
Kepelbagaian
Gouda eksport mempunyai dua jenis, Gouda muda yang berusia antara 1 hingga 6 bulan, berwarna kuning tua dengan bungkus lilin parafin berwarna merah atau kuning. Keju ini mudah dipotong dengan alat pemotong keju.
Gouda eksport yang lebih tua mempunyai rasa pahit tersembunyi yang tajam, namun masih dianggap lebih berkrim dan kadang-kadang dapat dikenali daripada bungkusan lilin parafin hitamnya. Keju dengan rasa kuat ini keras dan kadang-kadang terlalu keras untuk dipotong dengan alat pemotong keju, namun boleh dipotong dengan pisau atau disajikan dalam bentuk potongan dadu bersama pelbagai minuman. Gouda salai, yang merupakan keju proses, dan Gouda Leyden, yang merupakan keju yang berpengalaman, juga merupakan jenis yang popular.
Rujukan
- ^ Oxford English Dictionary, Second Edition. 1989.
- ^ Merriam-Webster Online Dictionary
- ^ On Food and Cooking. Harold McGee, 2004. p. 63
- ^ Kwaliteit Goudse kaas brokkelt af Diarkibkan 2012-05-30 di archive.today. Retrieved on 2007-12-11. (Belanda)
- ^ Noord-Hollandse Gouda. Retrieved on 2007-12-11.
Pautan luar
- (Inggeris) [Dofino] (aneka resep dengan keju Gouda)