Kejohanan Kelab Asia 1967 merupakan edisi pertama pertandingan kelab-kelab bola sepak Asia yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia. Enam juara liga tempatan dari enam negara bertanding di dalam kejohanan tersebut.
Kelab Israel, Hapoel Tel Aviv F.C. (ISR), telah menjadi juara kelab Asia pertama selepas menewaskan Selangor (MLY) di perlawanan akhir.