Peristiwa | Liga Juara-Juara AFC 2018 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
menerusi agregat | |||||||
Perlawanan Pertama | |||||||
Tarikh | 3 November 2018 | ||||||
Tempat | Stadium Bola Sepak Kashima, Kashima | ||||||
Permain terbaik | Léo Silva (Kashima Antlers)[1] | ||||||
Pengadil | Ma Ning (China)[1] | ||||||
Kehadiran | 35,022[1] | ||||||
Cuaca | Cerah 15 °C (59 °F)[1] | ||||||
Perlawanan Kedua | |||||||
Tarikh | 10 November 2018 | ||||||
Tempat | Stadium Azadi, Tehran | ||||||
Pemain terbaik | Godwin Mensha (Persepolis)[2] | ||||||
Pengadil | Ahmed Al-Kaf (Oman)[2] | ||||||
Kahadiran | 100,000[2] | ||||||
Cuaca | Berangin 10 °C (50 °F)[2] | ||||||
← 2017 2019 → |
Pentas Akhir Liga Juara-Juara AFC 2018 akan menjadi perlawanan akhir Liga Juara-Juara AFC 2018, edisi ke-37 kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), dan ke-16 di bawah gelaran semasa Liga Juara-Juara AFC.
Perlawanan akhir akan dipertandingkan dalam format timbal balik antara Kashima Antlers dari Jepun dan Persepolis dari Iran. Perlawanan pertama dihoskan oleh Kashima Antlers di Stadium Bola Sepak Kashima di Kashima pada 3 November 2018, manakala perlawanan kedua dihoskan oleh Persepolis di Stadium Azadi di Tehran pada 10 November 2018.
Kashima Antlers memenangi perlawanan akhir dengan agregat 2-0 untuk gelaran Liga Juara-Juara AFC yang pertamanya. Sebagai pemenang, mereka memperoleh hak untuk mewakili AFC di Piala Kelab Dunia FIFA 2018, memasuki di pusingan kedua.[3]
Pasukan layak
Dalam jadual berikut, perlawanan akhir sehingga 2002 berada di era Kejuaraan Kelab Asia, sejak 2003 berada di era Liga Juara-Juara AFC.
Pasukan | Wilayah | Penampilan akhir sebelumnya (huruf tebal menandakan pemenang) |
---|---|---|
Kashima Antlers | Wilayah Timur | Tiada |
Persepolis | Wilayah Barat | Tiada |
Venue
Pentas Akhir Liga Juara-Juara AFC 2018 dipertandingkan dalam format timbal balik, yang diadakan di rumah kedua-dua peserta. Ia adalah tahun keenam berturut-turut yang AFC mengamalkan susunan sedemikian.
Venue rumah Kashima Antlers, 40,728 tempat duduk Stadium Bola Sepak Kashima menjadi tuan rumah perlawanan akhir pertama. Ini adalah kali pertama perlawanan akhir kelab Asia dimainkan di Stadium Bola Sepak Kashima.
78,116 tempat duduk Stadium Azadi menjadi tuan rumah perlawanan akhir kedua. Ini adalah kali ketiga bahawa perlawanan akhir kelab Asia dimainkan di Stadium Azadi, dengan yang terakhir 1999 dan 2002. Salah satu masalah untuk Azadi menjadi tuan rumah adalah kehadiran wanita di stadium dilarang, yang berjalan sejak tahun 1979. Para pegawai Persepolis berjanji untuk membenarkan kehadiran mereka. Stadium ini juga mempunyai pengubahsuaian kecil selepas kelayakan Persepolis ke perlawanan akhir.
Perjalanan ke Pentas Akhir
Nota: Dalam semua keputusan di bawah, kepuusan peserta diberikan terlebih dahulu (R: Tuan Rumah; P: Pelawat).
Kashima Antlers | Pusingan | Persepolis | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tentangan | Keputusan | Peringkat Kumpulan | Tentangan | Keputusan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Shanghai Shenhua | 1–1 (R) | Hari Perlawanan 1 | Nasaf Qarshi | 3–0 (R) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suwon Samsung Bluewings | 2–1 (P) | Hari Perlawanan 2 | Al-Sadd | 1–3 (P) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sydney FC | 2–0 (P) | Hari Perlawanan 3 | Al-Wasl | 2–0 (R) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sydney FC | 1–1 (R) | Hari Perlawanan 4 | Al-Wasl | 1–0 (P) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Shanghai Shenhua | 2–2 (P) | Hari Perlawanan 5 | Nasaf Qarshi | 0–0 (P) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suwon Samsung Bluewings | 0–1 (R) | Hari Perlawanan 6 | Al-Sadd | 1–0 (R) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Naib Juara Kumpulan H
Sumber: AFC
|
Kedudukan Akhir | Juara Kumpulan C
Sumber: AFC
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tentangan | Agg. | Pertama | Kedua | Peringkat kalah mati | Tentangan | Agg. | Pertama | Kedua | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Shanghai SIPG | 4–3 | 3–1 (R) | 1–2 (P) | Pusingan 16 | Al-Jazira | 4–4 (a) | 2–3 (P) | 2–1 (R) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tianjin Quanjian | 5–0 | 2–0 (R) | 3–0 (P) | Suku Akhir | Al-Duhail | 3–2 | 0–1 (P) | 3–1 (R) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suwon Samsung Bluewings | 6–5 | 3–2 (R) | 3–3 (P) | Separuh Akhir | Al-Sadd | 2–1 | 1–0 (P) | 1–1 (R) |
Peraturan
Perlawanan akhir akan dimainkan di atas landasan tempat sendiri dan tempat lawan secara timbal balik, dengan urutan timbal balik dari perlawanan akhir musim lalu, dengan pasukan dari Wilayah Timur menjadi tuan rumah perlawanan akhir pertama, dan pasukan dari Wilayah Barat menjadi tuan rumah perlawanan akhir kedua.[4]
Peraturan gol tempat lawan, masa tambahan (gol tempat lawan tidak digunakan dalam masa tambahan) dan sepakan penalti digunakan untuk menentukan pemenang jika perlu (Peraturan, Bahagian 3. 11.2 & 11.3).[3]
Butiran Perlawanan
Perlawanan Pertama
Kashima Antlers
|
Persepolis
|
|
|
Pemain Terbaik Perlawanan:
Penolong Pengadil:[1]
|
Peraturan perlawanan[3]
|
Perlawanan Kedua
Persepolis
|
Kashima Antlers
|
|
|
Pemain Terbaik Perlawanan:
Penolong Pengadil:[2]
|
Peraturan perlawanan[3]
|
Rujukan
- ^ a b c d e f g h "Kashima Antlers v Persepolis FC". the-afc.com. Asian Football Confederation. 3 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2018. Dicapai pada 11 November 2018.
- ^ a b c d e f g h "Persepolis FC v Kashima Antlers". the-afc.com. Asian Football Confederation. 10 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2018. Dicapai pada 11 November 2018.
- ^ a b c d "2018 AFC Champions League Competition Regulations" (PDF). AFC.
- ^ "Quarter-final ties confirmed". AFC. 23 May 2018.
Pautan luar
- AFC Champions League, the-AFC.com