Kegigian berhubung dengan pertumbuhan gigi dan susunan gigi dalam mulut, khususnya susun atur (fisio-morfologi), jenis dan bilangan gigi yang tipikal untuk spesies yang tertentu pada usia yang tertentu[1].
Haiwan-haiwan yang giginya semua sama jenisnya, misalnya kebanyakan vertebrata bukan mamalia, dikatakan mempunyai kegigian homodon, manakala haiwan yang giginya berbeza secara morfologi dikatakan berkegigian heterodon. Kegigian haiwan dengan dua peranggu gigi berturut-turut (gigi susu dan kekal) dipanggil difiodon, manakala kegigian haiwan dengan hanya satu peranggu gigi sepanjang hayat adalah monofiodon. Kegigian haiwan yang mana giginya acap kali bersilih ganti sepanjang hayat pula diistilahkan sebagai polifiodon.[2]
Am
Kegigian vertebrata berasal daripada lipatan di dalam kulit perisai makhluk purba plakoderma yang berevolusi menjadi satu keadaan biasa bagi reptilia, amfibia, dan ikan, yakni sederetan panjang gigi berhujung atau bersisi tajam tanpa beza (homodon) yang boleh diganti sepenuhnya. Pola mamalia pula agak berbeza. Gigi pada rahang atas dan bawah mamalia telah berevolusi menjadi berhubungan erat hinggakan berfungsi sama-sama sebagai satu unit. "[Gigi-gigi itu] beroklud, iaitu permukaan gigi untuk mengunyah dibina sebegitu rupa supaya gigi atas dan bawah dapat diselaraskan setepatnya, untuk memotong, menghancurkan, mengisar atau mericih makanan yang digonggong".[3]
Semua jenis mamalia kecuali monotrem, xenartra, tenggiling, dan setasea, mempunyai sehingga empat jenis gigi yang berbeza, setiap satunya ada bilangan maksimum, iaitu gigi acip (pemotong), taring, geraham kecil, dan geraham (pengisar). Gigi acip terletak di hadapan deretan gigi di kedua-dua rahang atas dan bawah. Ia merupakan gigi yang biasanya leper dan berbentuk pahat, yang bertemu ketika pemiliknya mengigit secara pepinggir. Fungsinya adalah memotong, menghiris, atau menggerogot makanan menjadi cebis-cebisan yang muat dalam mulut untuk dikunyah lagi. Gigi taring terletak di sebelah atau belakang gigi acip sahaja. Bagi kebanyakan haiwan, gigi taring merupakan gigi berhujung tajam yang berbentuk gading dan mengunjur ke luar paras gigi-gigi lain. Untuk karnivora, gigi taring dijadikan senjata untuk menumpaskan mangsa. Bagi mamalia lain seperti primat, gigi taring digunakan untuk membelah makanan keras sampai buka. Gigi geraham kecil dan geraham berada di belakang mulut. Bergantung pada mamalia itu sendiri dan pemakanannya, kedua-dua jenis gigi ini menjadikan cebis-cebisan makanan mudah ditelan dengan mengisar, mericih atau menghancurkannya. Urutan gigi acip, taring, geraham kecil dan geraham adalah sama bagi setiap mamalia[4]
Bagi kebanyakan mamalia, anaknya mempunyai seperanggu gigi yang gugur lalu diganti oleh gigi dewasa, iaitu gigi susu.[5][6] Haiwan yang tumbuh dua peranggu gigi, yakni satu diganti oleh satu lagi, dipanggil difiodon. Biasanya, formula pergigian bagi gigi susu adalah sama dengan gigi dewasa kecuali tiadanya gigi geraham.
Formula pergigian
Oleh sebab gigi mamalia dikhususkan untuk berbagai-bagai fungsi, sebilangan besar kelompok mamalia telah keguguran gigi yang tidak diperlukan dalam proses adaptasi masing-masing. Bentuk gigi juga melalui pengubahsuaian evolusi kesan pemilihan semula jadi untuk pemakanan khusus atau bentuk-bentuk adaptasi yang lain. Lama-kelamaan, setiap kelompok mamalia yang berbeza ini telah terevolusikan ciri-ciri kegigian yang tersendiri, baik dalam bilangan dan jenis gigi, mahupun bentuk dan saiz permukaan mengunyahnya.[7]
Bilangan gigi mengikut setiap jenisnya dicatatkan sebagai formula pergigian untuk sebelah atau sukuan muluat, dengan gigi atas dan gigi bawah ditunjukkan dalam baris-baris yang berasingan. Bilangan gigi dalam mulut adalah dua kali yang disenaraikan kerana terdapat dua sisi. Dalam setiap set, gigi acip (incisor, I) dinyatakan dahulu, diikuti oleh taring (canine, C), geraham kecil (premolar, P) dan akhirnya geraham (molar, M), maka formulanya berformat I:C:P:M.[7][8] Contoh: formula 2.1.2.3 untuk gigi atas menandakan 2 acip, 1 taring, 2 geraham kecil, dan 3 geram di sebelah gigi atas.
Formula gigi susu dinyatakan dalam huruf-huruf kecil yang didahului dengan huruf d (untuk deciduous, "luruh"); cth. di:dc:dm.[8] Kegigian haiwan untuk gigi susu mahupun kekal boleh dinyatakan sebagai formula pergigian yang ditulis dalam bentuk pecahan yang berupa , atau I.C.P.M / I.C.P.M.[9][8] Misalnya, formula-formula berikut menunjukkan kegigian susu dan kekal bagi semua haiwan primat Catarrhini:
- Gigi susu: [5] Ini juga boleh ditulis sebagai . Ataupun , jika jelas dinyatakan kaitannya dengan gigi susu, berasaskan contoh yang ditemui dalam teks-teks seperti The Cambridge Dictionary of Human Biology and Evolution[8]
- Gigi kekal: [5] Ini juga boleh ditulis . Apabila formula gigi atas dan bawah adalah sama, sesetengah teks tertera formulanya tanpa pecahan (dalam hal ini, 2.1.2.3), dengan membayangkan anggapan bahawa pembaca sedar bahawa formula berkenaan dimaksudkan untuk kedua-dua sukuan atas dan bawah.
Bilangan gigi yang terbesar dalam mana-mana spesies mamalia beruri yang diketahui adalah 48 batang, dengan formula .[7] Bagaimanapun, tiada mamalia beruri yang wujud hari ini yang mempunyai gigi sebanyak itu. Bagi mamalia beruri yang wujud, formula pergigian terbesar adalah: Susun atur gigi mamalia selalunya (tetapi tidak semestinya) bersimetri. Misalnya, aye-aye mempunyai formula , oleh itu perlulah kiraan sukuan atas dan bawah dinyatakan dengan jelas.[8]
Percanggahan penamaan gigi
Gigi-gigi dinomborkan bermula pada 1 di setiap kumpulan, kecuali geraham kecil yang berakhir pada 4. Oleh itu, gigi manusia adalah I1, I2, C1, P3, P4, M1, M2, dan M3.[10] Bagi manusia, geraham ketiga (M3) memaksudkan gigi bongsu, sama ada tumbuh atau tidak.[11]
Berkenaan geraham kecil, belum dipersetujui sama ada jenis gigi susu yang ketiga adalah geraham kecil (yang disokong sebulat suara oleh ahli mamalogi) atau geraham (yang amnya disokong oleh ahli anatomi manusia).[6] Oleh itu, timbulnya sedikit percanggahan antara penamaan gigi berkenaan dalam bidang zoologi dan pergigian. Ini disebabkan peristilahan pergigian manusia yang pada umumnya wujud sepanjang zaman tidak merangkumi teori evolusi pergigian mamalia. Asalnya, pada rahang mamalia purba terdapat empat batang geraham kecil di setiap sukuan. Akan tetapi, semua jenis primat yang hidup sudah keguguran sekurang-kurangnya geraham kecil pertama. "Oleh itu, kebanyakan prosimian dan platirin mempunyai tiga batang geraham kecil. Sesetengah genus juga keguguran lebih daripada sebatang [geraham kecil]. Gigi geraham kecil kedua turut digugurkan oleh semua katarin. Geraham kecil kekal yang masih ada kemudiannya dikenalkan sebetulnya sebagai P2, P3 dan P4 atau P3 dan P4; bagaimanapun, bidang pergigian tradisional memanggilnya P1 dan P2".[5]
Susunan pengeruptan gigi
Susunan pertumbuhan gigi di sepanjang gusi dipanggil susunan pengeruptan gigi. Primat-primat artropoid yang cepat tumbuh gigi seperti macaque, cimpanzi, dan australopitesin mempunyai jujukan pengeruptan M1 I1 I2 M2 P3 P4 C M3, manakala manusia moden mempunyai jujukan M1 I1 I2 C P3 P4 M2 M3. Lebih lewat bermulanya pertumbuhan gigi, maka lebih awallah timbulnya gigi anterior (I1-P4) dalam jujukan.[10]
Contoh formula pergigian
Mamalia | Formula | Ulasan |
---|---|---|
Tak beruri | . | Mamalia tak beruri seperti marsupial mungkin lebih banyak giginya berbanding yang beruri. Contoh: oposum (di bawah) |
Oposum | ||
Beruri | . | Contoh-contoh rumus pergigian mamalia beruri |
Manusia (gigi susu) | ||
Manusia (gigi kekal) | [9] | Corak ini dikongsikan dengan mawas dan monyet Dunia Lama (kecuali Prosimii), dan adakalanya dikenali sebagai formula pergigian serkopitekoid.[11] |
Aye-aye | [12] | Sejenis Prosimian. Formula pergigian susunya (dI:dC:dM) adalah [8] |
Eulemur | Genus Prosimian yang tergolongnya lemur Malagasy atau 'sejati'.[13] Ruffed lemurs (genus Varecia),[14] Lemur kecil (genus Mirza),[15] dan Lemur tikus (genus Microcebus) juga mempunyai formula pergigian sebegini, tetapi lemur tikus ada sisir gigi[16] | |
Euoticus | Genus Prosimian yang tergolongnya galago (bushbaby) berkuku jarum. Morfologi terkhusus untuk gumivori termasuk sisir gigi yang prokumban dan geraham kecil anterior atas yang berbentuk taring.[13] | |
Indri | Lihat ulasan | Sejenis prosimian. Rumus pergigiannya dipertikaikan. Sama ada atau . Penyokong kedua-dua formula ini bersetuju bahawa terdapat 30 gigi kesemuanya dan hanya empat batang gigi dalam sisir gigi.[17] |
Sifaka | Lihat ulasan | Prosimian. Rumus pergigiannya dipertikaikan. Sama ada atau . Memiliki sisir gigi empat batang.[18] |
Loris Kongkang |
Prosimian. Gigi acip dan taring bawah membentuk sisir gigi; kegigian anterior atas pendek seakan pasak.[19][20] | |
Lepilemur | Prosimian. Gigi acip atasnya gugur apabila mencecah usia dewasa, tetapi hadir dalam kegigian susu.[21] | |
Tarsier | Prosimian.[22] | |
Antropoid Dunia Baru | Lihat ulasan | Semua antropoid Dunia Baru ada formula kegigian atau [11] |
Armadilo | [23] | |
Kucing | [9] | Memandangkan kucing adalah karnivora, gigi geraham kecil atas terakhir dan gigi geraham bawah pertamanya adalah karnasial yang digunakan untuk menghiris daging dan kulit. Ertinya, karnasial sentiasa merupakan gigi geraham kecil atas keempat dan gigi geraham bawah pertama. |
Rakun | ||
Kuda (gigi susu) | [24][25] | |
Kuda (gigi kekal) | Kegigian kekal adalah di antara 36-42 batang, bergantung pada kehadiran atau ketiadaan gigi taring serta bilangan geraham kecil.[26] Gigi geraham pertama (gigi serigala) mungkin tiada atau wujud secara rudimen,[24][25] jika ya pun lazimnya hanya terdapat pada rahang atas (maksila).[25] Gigi taringnya kecil dan berbentuk sped, dan biasanya hanya terdapat pada kuda jantang.[26] Gigi taring terdapat dalam 20-25 % kuda betina dan biasanya lebih kecil berbanding kuda jantan.[25][b] | |
Arnab | [9] |
Kegunaan kegigian dalam arkeologi
Kegigian, atau kaji gigi, merupakan lapangan kajian yang penting untuk para ahli arkeologi, khususnya yang khusus mengkaji tinggalan-tinggalan hidupan yang lebih purba.[27][28] Ilmu kegigian memberikan banyak kelebihan berbanding mengkaji seluruh rangka itu sendiri (osteometri). Struktur dan susunan gigi adalah malar, dan sungguhpun diwarisi, ia tidak melalui perubahan besar ketika perubahan alam sekitar, pengkhususan pemakanan, atau perubahan dalam pola penggunaannya. Semua anggota rangka yang lain lebih cenderung menunjukkan perubahan kerana adaptasi. Gigi terawet lebih baik berbanding tulang, maka sampel gigi yang terdapat kepada ahli arkeologi lebih menyeluruh dan mewakili hidupan yang dikaji.
Kegigian berguna khususnya untuk menjejaki pergerakan populasi zaman purba kerana, walaupun semua manusia mempunyai peranggu 32 batang gigi yang sama, namun terdapat perbezaan halus dalam bentuk gigi acip, bilangan alur pada gigi geraham, dan kuspa-kuspa tambahan pada gigi tertentu. Perbezaan ini bukan sahaja boleh dikaitkan dengan pelbagai populasi di merata alam, bahkan juga berubah sepanjang zaman, oleh itu kajian ciri-ciri gigi boleh menghasilkan maklumat mengenai populasi yang mana dan dari zaman apa.
Rujukan
- ^ Angus Stevenson, penyunting (2007), "Dentition definition", Shorter Oxford English Dictionary, 1: A-M (ed. 6th), Oxford: Oxford University Press, m/s. 646, ISBN 978-0-19-920687-2
- ^ E.A. Martin (1983), Macmillan Dictionary of Life Sciences (ed. 2nd revised), London: Macmillan Press, m/s. 103, ISBN 0-333-38647-2 Check
|isbn=
value: checksum (bantuan) - ^ Weiss, M.L., & Mann, A.E (1985), 'Human Biology and Behaviour: An anthropological perspective (ed. 4th), Boston: Little Brown, m/s. 130–131, ISBN 0-673-39013-6CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Weiss, M.L., & Mann, A.E (1985), p.132-135.
- ^ a b c d Daris R. Swindler (2002), "Chapter 1: Introduction (pp.1-11) and Chapter 2: Dental anatomy (pp.12-20).", Primate Dentition: An Introduction to the Teeth of Non-human Primates (PDF), Cambridge: Cambridge University Press, m/s. 11, ISBN 0-521-65289-8
- ^ a b Larry L Mai; Marcus Young Owl; M Patricia Kersting (2005), The Cambridge Dictionary of Human Biology and Evolution, Cambridge & New York: Cambridge University Press, m/s. 135, ISBN 978-0-521-66486-8CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ a b c Weiss, M.L., & Mann, A.E (1985), p.134.
- ^ a b c d e f Larry L Mai; Marcus Young Owl; M Patricia Kersting (2005), p.139
- ^ a b c d E.A. Martin (1983), p.102
- ^ a b Larry L Mai; Marcus Young Owl; M Patricia Kersting (2005), p.139. See section on dental eruption sequence, where numbering used is per this text.
- ^ a b c Marvin Harris (1988), Culture, People, Nature: An Introduction to General Anthropology (ed. 5th), New York: Harper & Row, ISBN 06-042697-7 Check
|isbn=
value: length (bantuan) - ^ Larry L Mai; Marcus Young Owl; M Patricia Kersting (2005), pp.134,139.
- ^ a b Larry L Mai; Marcus Young Owl; M Patricia Kersting (2005), p.177
- ^ Larry L Mai; Marcus Young Owl; M Patricia Kersting (2005), p.550
- ^ Larry L Mai; Marcus Young Owl; M Patricia Kersting (2005), p.340
- ^ Larry L Mai; Marcus Young Owl; M Patricia Kersting (2005), p.335
- ^ Larry L Mai; Marcus Young Owl; M Patricia Kersting (2005), p.267
- ^ Larry L Mai; Marcus Young Owl; M Patricia Kersting (2005), p.438
- ^ Larry L Mai; Marcus Young Owl; M Patricia Kersting (2005), p.309
- ^ Larry L Mai; Marcus Young Owl; M Patricia Kersting (2005), p.371
- ^ Larry L Mai; Marcus Young Owl; M Patricia Kersting (2005), p.300
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaCambridgeDictHumBiol&Evolp520
- ^ Freeman, Patricia W., & Genoways, Hugh H (December 1998), "Recent Northern Records of the Nine-banded Armadillo (Dasypodidae) in Nebraska", The Southwestern Naturalist, 43 (4): 491–504, dicapai pada 7 June 2010CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ a b Patricia Pence (2002), Equine Dentistry: A Practical Guide, Baltimore: Lippincott Williams & Wilkins, m/s. 7, ISBN 0-683-30403-8
- ^ a b c d Al Cirelli, Equine Dentition (PDF), Nevada: University of Nevada, dicapai pada 7 June 2010
- ^ a b Family Equidae: Horses, asses, and zebras, Ulitimate Unqulate.com, dicapai pada 7 June 2010
- ^ Weiss, M.L., & Mann, A.E (1985), p.130-135.
- ^ Larry L Mai; Marcus Young Owl; M Patricia Kersting (2005). Kegunaan formula pergigian dalam pengenalpastian spesies dinyatakan di seluruh kamus ini. Formula pergigian dinyatakan bagi kebanyakan spesies, baik maujud mahupun pupus, dan juga dinyatakan yang tidak dikenali (untuk sebilangan spesies pupus).
<ref>
dengan nama "CambridgeDictHumBiol.26Evolp520" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.Bacaan lanjut
- Daris R. Swindler (2002), "Chapter 1: Introduction (pp.1-11) and Chapter 2: Dental anatomy (pp.12-20).", Primate Dentition: An Introduction to the Teeth of Non-human Primates (PDF), Cambridge: Cambridge University Press, ISBN 0-521-65289-8 See also preview pages in Google books
- Feldhamer, George A., Lee C. Drickhamer, Stephen H. Vessey, Joseph F. Merritt, Carey Krajewski (2007), "4: Evolution and Dental Characteristics", Mammalogy: Adaptation, Diversity, Ecology, Baltimore, Maryland: Johns Hopkins University Press, m/s. 48–67, ISBN 978-0-8018-8695-9, dicapai pada 7 June 2010CS1 maint: multiple names: authors list (link) (link provided to title page to give reader choice of scrolling straight to relevant chapter or perusing other material).
Pautan luar
- Colorado State's Dental Anatomy Page Diarkibkan 2006-08-24 di Wayback Machine