Armadilo Julat zaman: Lewat Paleosen hingga kini
| |
---|---|
![]() | |
Dasypus novemcinctus | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Superorder: | |
Order: | Cingulata |
Keluarga | |
|
Armadilo (Jawi: ارماديلو) ialah sejenis binatang daripada order Cingulata dengan badan yang bersisik tebal, mengorek tanah dan boleh digulingkan seperti bola apabila diserang. Haiwan jenis ini digolongkan dalam keluarga-keluarga Chlamyphoridae dan Dasypodidae[1] yang terdapat di benua Amerika.
Ciri-ciri
Belakang badan dan ekornya dilapik sisik-sisik keratin keras yang melindunginya, sisik-sisik ini disalurkan bekalan darah yang dialirkan daripada sistem badannya.[2]:32–33 Sisik-sisik di bahagian tengah atau toraks badannya disusun berbaris, baris-baris sisik ini saling disambungkan gentian kolagen yang boleh dikecutkan supaya melengkung ikut bentuk badan armadilo.[2]:32–33[3]:713–715 Kulit anak armadilo mengeras beberapa minggu selepas dilahirkan.[4]:781 Bahagian depan dan perutnya lembut dan penuh bulu halus.[4]
Kepalanya bermuncung tajam dengan biji mata yang kecil.[5] Telinganya panjang. Penglihatannya lemah, ia memburu dengan menggunakan deria bau yang tajam.[5]
Sarang
Armadilo membina sarang panjang berukuran 0.6–4.5 meter di bawah tanah sedalam 2 meter, laluan masuknya berukuran garis pusat 18 sentimeter. Sarangnya dilapik rumput panjang untuk menyembunyikan diri daripada dilihat pemangsa.[4]:781–783
Rujukan
- ^ Schlitter, D.A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference (ed. ke-3). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 94-99. ISBN 978-0-8018-8221-0.
- ^ a b Yang, Wen; Chen, Irene H.; Gludovatz, Bernd; Zimmermann, Elizabeth A.; Ritchie, Robert O.; Meyers, Marc A. (Januari 2013). "Natural Flexible Dermal Armor" (PDF). Advanced Materials. 25 (1): 31–48. doi:10.1002/adma.201202713.
- ^ Chen, Irene H.; Kiang, James H.; Correa, Victor; Lopez, Maria I.; Chen, Po-Yu; McKittrick, Joanna; Meyers, Marc A. (July 2011). "Armadillo armor: Mechanical testing and micro-structural evaluation". Journal of the Mechanical Behavior of Biomedical Materials. 4 (5): 713–722. doi:10.1016/j.jmbbm.2010.12.013.
- ^ a b c Dickman, Christopher R. (1984). Macdonald, D. (penyunting). The Encyclopedia of Mammals. New York: Facts on File. m/s. 781–783. ISBN 978-0-87196-871-5.
- ^ a b "Armadillos". Animals. National Geographic. Dicapai pada 13 Mac 2025.
Pautan luar
- Photographs of armadillo rolling into a ball Diarkibkan 2007-03-09 di Wayback Machine
- Armadillo Online!
![]() |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Armadilo |
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Armadilo. |