Kathakali (Bahasa Malayalam: കഥകളി kathakaḷi sebutan (bantuan·info) gabungan കഥം katham "cerita, kata"[1] dan കളി kaḷi "memain"[2] yakni "main kata") adalah seni tarian klasik orang Malayali di Kerala barat daya India[3][4][5] melibatkan persembahan melelakan salinan pakaian dan topeng besar warna-warni; tarian ini hanya dilakukan dalam kalangan kaum lelaki sahaja.[3][4][note 1]
Tatacara
Kelengkapan
Kathakali memaparkan solekan dan persalinan yang berwarna-warni tetapi sangat rumit[7][8][9] memakan masa berjam-jam.[10][11] Solekan penari menggunakan pes tepung beras dan pewarna diperah dari sayur-mayur[7][12] mengenalpasti jenis watak yang dipersembahkan:[13]
- watak bermuka hijau dan berbibir merah adalah wira pahlawan dan putera termasuk Kerisna, Wisnu, Rama, Yudistira, Arjuna dan Nala[14]
- watak bermuka merah untuk bajingan seperti Dusasana and Hiranyakasipu[15]
- watak bermuka hitam untuk pemburu hutan[16]
- watak bermuka hitam dengan calit merah untuk pembelit[16]
- watak bermuka kuning untuk biksu[16][./Kathakali#cite_note-FOOTNOTEPhillip_Zarrilli200055-18 [17]]
Janggut putih dipakai watak yang bersakti seperti Hanuman.[15] Topeng dan hiasan kepala dipakai untuk menyerlahkan perwatakan dan jiwa tersirat pada solekan rupa watak.[17]
Penceritaan
Sebanyak 500 karya pementasan (ആട്ടകഥ āttakatha "kata tari") dikarang sebelum abad ke-20[18] dengan kira-kira 48 yang kerap dipersembahkan sehingga kini.[19] Antara kisah yang paling terkenal memusat kepada cerita cinta antara watak-watak Nala dan Damayanti dalam hikayat Mahabharata, yang terkembang perwatakan dan perasaannya.[19]
Persembahan kathakali dibahagikan kepada jabaran "seloka" (shloka) yang awal dan lakonan "pada" (pādam, "kaki") yang akhir.
Seloka (ശ്ലോക shloka)
Bahagian seloka menceritakan dari sudut pandang pencerita lagak yang dipersembahkan dalam babak cerita dalam bahasa Sanskrit.[4]
Pada (പാദം pādam)
Bahagian pada dipersembahkan dalam bahasa Malayalam<ref name="claus2003p332"> oleh penyanyi latar yang memperhayatkan intipati seiringan muzik latar sambil para penari berbicara dalam babak-babak ini dengan suatu bahasa isyarat (sebanyak 24 yang utama[7][20]) sebanyak dua kali sambil menunjukkan rias muka yang pelbagai (nawarasa).[4][21]
Nota
Rujukan
- ^ Gundert (1872), m/s. 201
- ^ Gundert (1872), m/s. 226
- ^ a b James G. Lochtefeld (2002). The Illustrated Encyclopedia of Hinduism: A-M. The Rosen Publishing Group. m/s. 359. ISBN 978-0-8239-3179-8.
- ^ a b c d Peter J. Claus; Sarah Diamond; Margaret Ann Mills (2003). South Asian Folklore: An Encyclopedia. Routledge. m/s. 332–333. ISBN 978-0-415-93919-5.
- ^ Phillip B. Zarrilli (2000). Kathakali Dance-drama: Where Gods and Demons Come to Play. Routledge. m/s. xi, 17–19. ISBN 978-0-415-13109-4.
- ^ Cheris Kramarae; Dale Spender (2004). Routledge International Encyclopedia of Women: Global Women's Issues and Knowledge. Routledge. m/s. 295–296. ISBN 978-1-135-96315-6.
- ^ a b c Constance Jones; James D. Ryan (2006). Encyclopedia of Hinduism. Infobase Publishing. m/s. 230. ISBN 978-0-8160-7564-5.
- ^ Phillip Zarrilli 2000, m/s. 53–56.
- ^ Janelle G. Reinelt; Joseph R. Roach (2007). Critical Theory and Performance. University of Michigan Press. m/s. 110–111. ISBN 978-0-472-06886-9.
- ^ Richard Schechner (2010). Between Theater and Anthropology. University of Pennsylvania Press. m/s. 17–18. ISBN 978-0-8122-0092-8.
- ^ Phillip Zarrilli 2000, m/s. 57–58.
- ^ Phillip Zarrilli 2000, m/s. 50–58.
- ^ Phillip Zarrilli 2000, m/s. 53.
- ^ Phillip Zarrilli 2000, m/s. 53–54.
- ^ a b Phillip Zarrilli 2000, m/s. 54.
- ^ a b c Phillip Zarrilli 2000, m/s. 55.
- ^ Phillip Zarrilli 2000, m/s. 54–55.
- ^ Philip Zarrilli 1984, m/s. 59–60.
- ^ a b Philip Zarrilli 1984, m/s. 60.
- ^ Phillip Zarrilli 2000, m/s. 73–79, 93.
- ^ Phillip Zarrilli 2000, m/s. 41–44.
- Sumber
- Gundert, Hermann (1872). A Malayalam and English Dictionary. Mangalore, London: C. Stolz; Trübner & Co – melalui Digital Dictionaries of South Asia kelolaan University of Madras.
- Zarrilli, Philip (1984). The Kathakali Complex: Performance & Structure. Abhinav Publications. ISBN 978-81-7017-187-4.
- Zarrilli, Philip (2000), Kathakali Dance-Drama: Where Gods and Demons Come to Play, Taylor & Francis, ISBN 978-0-203-19766-0