Furigana (振り仮名code: ja is deprecated ) merupakan bantuan pembacaan untuk bahasa Jepun. Mereka terdiri daripada beberapa tulisan kecil kana yang dicetak bersebelahan tulisan kanji atau huruf-huruf lain untuk menunjukkan cara sebutannya. Dalam penulisan mendatar, yokogaki, mereka terletak di bahagian atas barisan teks tersebut, manakala dalam penulisan menegak pula, tategaki, mereka terletak di bahagian kanan brisan teks tersebut, seperti yang diilustrasikan di bawah. Mereka merupakan teks huruf ruby. Furigana juga dikenali sebagai yomigana (読み仮名) atau rubi (ルビ) dalam bahasa Jepun.