Kampung Tanjong Bunut | |
---|---|
کامڤوڠ تنجوڠ بونوت | |
Etimologi: Tanjong - Penghabisan/Penghujung Bunut - Diambil dari Kampung Bunut | |
Koordinat: 4°53′32″N 114°51′25″E / 4.8923°N 114.857°EKoordinat: 4°53′32″N 114°51′25″E / 4.8923°N 114.857°E | |
Negara | Brunei |
Daerah | Brunei dan Muara |
Mukim | Kilanas |
Pentadbiran | |
• Ketua kampung | Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Jumat (Pemangku) |
Penduduk (2021)[1] | |
• Jumlah | 2,754 |
Zon waktu | UTC+8 (BNT) |
Poskod | BF2920 |
Kampung Tanjong Bunut (English language: Kampong Tanjong Bunut) atau lebih dikenali sebagai Tanjong Bunut, ialah sebuah kampung dalam Daerah Brunei-Muara, Brunei, berpinggiran dengan ibu negara Bandar Seri Begawan. Penduduknya seramai 2,754 pada 2021.[2] Ianya salah satu Kampung yang terletak dalam Mukim Kilanas. Poskodnya ialah BF2920.[3][4]
Geografi
Kampung Tanjong Bunut terletak kira-kira 18 kilometeres dari Bandar Seri Begawan dan adalah salah satu daripada 11 kampung yang dibawah Mukim Kilanas.[7]
Ianya ada 7 Kampung yang bersebelahan: Dibawah Mukim Kilanas:
- Kampung Kilanas
- Kampung Jangsak
Dibawah Mukim Sengkurong:
- Kampung Selayun
- Kampung Sengkurong B
- kampung Pasai
Dibawah Mukim Gadong A:
- Kampung Katok
Dibawah Mukim Gadong B:
- Kampung (Perpindahan) Mata-Mata
Acara
Acara dan aktiviti yang dijalankan di Kampung ini selalunya di rancang oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Tanjong Bunut. MPK Tanjong Bunut adalah diketuai oleh Pemangku Ketua Kampung (PMK) iaitu Awang Haji Abdul Rahman Bin Haji Jumat.[8]
Senarai acara (sejak 2019):
Acara | Tarikh | Dirancang oleh | Tempat | Poster/Gambar |
---|---|---|---|---|
Majlis Makan Tahun[9] | 2 December 2019 | Pemangku Ketua Kampung | Taman Miaji | |
Cabaran Memancing[10] | 19 Mac 2021 | Pemangku Ketua Kampung | Taman Miaji | |
Hiking Silaturahim ke Bukit Silat | 4 March 2022 | Pemangku Ketua Kampung | Rumah PMK/Bukit Silat | |
Aktiviti Silaturahim | 25 September 2022 | Universiti Brunei Darussalam | Taman Miaji | |
Sports Fiesta[11] | 26 December 2022 | Pemangku Ketua Kampung | Rumah PMK | |
Aktiviti Sempena Cuti Persekolahan[12] | 23 December 2023 | Pemangku Ketua Kampung | Taman Miaji | |
Hiking dan sukan ria kemesraan silaturahim kali ke-3[13] | 25 Ogos 2024 | Pemangku Ketua Kampung | Rumah PMK |
Infrastruktur
Kampung ini ada infrastruktur seperti jalan raya yang bersambung dengan jalan halus dan pelbagai kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti air, karan dan pembentungan. Ianya mengalami kemajuan yang laju kerana adanya pembinaan tempat membeli-belah, klinik dan sekolah swasta yang akan juga mengalami kesesakkan bila ada masanya untuk menerima gaji bulanan yang akan membawa kepada kesesakkan jalan raya.[7]
Tempat Menarik
- Sebuah surau telah dibina pada 21 Febuari 1986 di subuah plot tanah sebesar 1.27-acre dan selesai pembangunannya pada 19 Ogos 1986 dengan jumlah pembayaran kira-kira BND$75,649.84, dibayar dengan derma awam. Surau ini dibuka rasmi oleh Abdul Hamid Bakal pada 19 April 1987. Kebesaran surau ini boleh memuatkan sebanyak 400 jemaah. Kerana ada penembahan penduduk dan para jemaah di kampung ini, surau ini telah di besarkan pada Januari 1997 dan selesai pembesaran 3 bulan kemudian dengan perbelanjaan BND$23,072.75.[7] Surau ini telah dirobohkan pada penghujung tahun 2017 untuk pembinaan masjid Ar-Rahman.
- Masjid Ar-Rahman adalah masjid Kampung ini; Ianya di rasmikan oleh Sultan Hassanal Bolkiah pada 14 September 2018.[14][15] Masjid sebesar 1.48 acres (0.60 ha) ini dibina dengan perbelanjaan $B3,560,000 dan dapat memuatkan 1,260 jemaah.[16][14]
- Wasai Selangan Kaca sebuah wasai (air terjun damit) yang belum lagi diterokai dan dimajukan.[7]
- Taman Miaji ialah sebuah kolam ikan terletak dibelakang Komplex Home Centre; sebuah taman damit untuk menjalankan aktiviti. Mempunyai 9 buah kolam ikan yang dipenuhi dengan berbagai jenis ikan air tawar dan juga mempunyai trail hiking.(Trail hiking telah ditutup sejak 2023).[17] Taman ini dirasmikan pada 4 April 1997 oleh Haji Jumat bin Haji Lamat dan Haji Othman bin Jaafar. Taman ini selalunya di gunakan untuk menjalani aktiviti-aktiviti dan acara kampung ini.
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Annex B" (PDF). www.deps.gov.bn. Department of Economic Planning and Statistics, Ministry of Finance and Economy. Disember 2018. Dicapai pada 20 December 2024.
- ^ "Annex B" (PDF). DEPS.MoFE.gov.bn. Department of Economic Planning and Statistics, Ministry of Finance and Economy. October 2021. Dicapai pada 2024-10-20.
- ^ "Buku Panduan Poskod Negara Brunei Darussalam [Edisi Kedua]" (PDF). post.gov.bn. m/s. 19. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-10-16. Dicapai pada 26 Oktober 2018.
- ^ "Kampong Tanjong Bunut, Kilanas, Brunei Muara: BF2920". brn.postcodebase.com. Dicapai pada 26 Oktober 2018.
- ^ "Mukim Kilanas". Brunei Survey Department. Dicapai pada 2024-10-20.
- ^ "Geoportal Ukur". Geoportal. Dicapai pada 2024-10-20.
- ^ a b c d KOMPILASI RENCANA KNK 2013 (PDF). Kenali Negera Kitani. 2013. m/s. 9–14. Dicapai pada 2024-10-20.
- ^ "Direktori Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Daerah Brunei dan Muara". Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. 2023. Dicapai pada 2024-10-20. zero width space character in
|title=
at position 67 (bantuan) - ^ "Majlis Makan Tahun Kg Tg Bunut meriah". Media Permata. 2 December 2019. Dicapai pada 2024-10-20.
- ^ "MPK Tanjong Bunut anjur Cabaran Memancing". www.pelitabrunei.gov.bn. Pelita Brunei. 6 March 2021. Dicapai pada 2024-10-20.
- ^ "Villagers have fun in sports fiesta". Villagers have fun in sports fiesta (dalam bahasa Inggeris). Borneo Bulletin. 2022-12-26. Dicapai pada 2024-10-20.
- ^ "Aktiviti Sempena Cuti Persekolahan Bagi Penduduk Kampung Tanjong Bunut". Instagram. Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. 26 December 2023. Dicapai pada 2024-10-20.
- ^ "MPK Tanjung Bunut anjur Sukan Ria ke-3". Media Permata. 26 August 2024. Dicapai pada 2024-10-20.
- ^ a b Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin (14 September 2018). "Masjid Ar-Rahman dirasmikan" (PDF). Pelita Brunei. Dicapai pada 2024-10-20.
- ^ "His Majesty Performed First Friday Prayer". www.brudirect.com. 15 September 2018. Dicapai pada 2024-10-20.
- ^ "Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-40" (PDF). Pelita Brunei. 2024-03-02. m/s. 12. Dicapai pada 2024-10-20.
- ^ "MPK Tanjong Bunut anjur Cabaran Memancing". Pelita Brunei. 6 March 2021. Dicapai pada 2024-10-20.