Kampung Lambak | |
---|---|
Koordinat: 4°58′07″N 114°56′45″E / 4.968540°N 114.945870°EKoordinat: 4°58′07″N 114°56′45″E / 4.968540°N 114.945870°E | |
Negara | Brunei |
Daerah | Brunei-Muara |
Mukim | Berakas 'A' |
Sub-kawasan |
Kampung Lambak ialah sebuah petempatan di pinggir Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei. Ia terletak kira-kira 10 kilometer (6.2 batu) dari Pusat Bandar. Kampung Lambak ditadbir sebagai dua kampung iaitu Kampung Lambak 'A' dan Kampung Lambak 'B'.
Geografi
Kampung Lambak terletak di pinggir utara Bandar Seri Begawan dan di bahagian utara Daerah Brunei-Muara. Ia berjiran dengan Kampung Lambak Kiri di bahagian utara, Perumahan Negara Lambak Kanan di bahagian timur, Kampung Madang dan Kampung Serusop di bahagian selatan, dan Kampung Terunjing di bahagian barat.
Pentadbiran
Kampung Lambak secara rasmi ditadbir sebagai dua kampung iaitu Kampung Lambak 'A' dan Kampung Lambak 'B'. Mereka merupakan antara sub-pembahagian Mukim Berakas 'A'.[1] Setiap kampung mempunyai seorang ketua kampung. Setiap kampung juga mempunyai poskod sendiri.
Infrastruktur
Kampung Lambak mempunyai sebuah sekolah rendah kerajaan iaitu Sekolah Rendah Datu Mahawangsa. Terdapat juga dua buah sekolah ugama iaitu Sekolah Ugama Datu Mahawangsa dan Sekolah Ugama Lambak Jalan Bedil.[2]
Kampung Lambak juga mempunyai sebuah masjid: Masjid Kampong Lambak mula dibina pada tahun 1992 dan dirasmikan pada tahun 1994 oleh Pengiran Muda Sufri Bolkiah iaitu salah seorang adinda Sultan Hassanal Bolkiah.[3] Masjid ini mempunyai kapasiti jemaah 1,400 orang.[3]
Rujukan
- ^ "Buku Panduan Poskod Negara Brunei Darussalam [Edisi Kedua]" (PDF). post.gov.bn. m/s. 14. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-10-16. Dicapai pada 26 Oktober 2018.
- ^ "Laman Utama - Senarai Sekolah Ugama". www.kheu.gov.bn. Dicapai pada 26 Oktober 2018.
- ^ a b "SenaraiMasjid - Masjid Kampong Lambak". www.kheu.gov.bn. Dicapai pada 26 Oktober 2018.