Kampung Amo | |
---|---|
Koordinat: 4°37′34″N 115°06′17″E / 4.6261°N 115.1046°EKoordinat: 4°37′34″N 115°06′17″E / 4.6261°N 115.1046°E | |
Negara | Brunei |
Daerah | Temburong |
Mukim | Amo |
Penduduk (2016)[1] | |
• Jumlah | 507 |
Zon waktu | UTC+8 (BNT) |
Poskod | PD1151 |
Kampung Amo ialah sebuah kampung di Daerah Temburong, Brunei. Ianya merupakan salah satu kampung di bawah Mukim Amo.[2] Ketua kampung semasa ialah Hujan anak Muit.[2][3] Kampung Amo mempunyai tiga kawasan poskod iaitu Kampung Amo 'A', Kampung Amo 'B' dan Kampung Amo 'C' dengan poskod-poskod PD1151, PD1351 dan PD1551.[4][5][6][7]
Kemudahan
Sekolah Rendah Amo merupakan sebuah sekolah kerajaan yang menyediakan pendidikan rendah biasa kepada murid-murid yang tinggal di Kampung Amo. Sekolah ini juga berkongsi bangunan dengan Sekolah Ugama Amo iaitu sebuah sekolah yang menyediakan pendidikan rendah agama Islam; pendidikan ini wajib bagi kanak-kanak beragama Islam di Brunei.[8]
Pada 2017 seramai 36 orang belia dari Kampung Amo ‘B’ dan guru-guru Human Library Project dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), telah mengadakan aktiviti di air terjun Sungai Lucak yang terletak di Taman Negara Ulu Belalong, Temburong. Para mahasiswi UBD yang sedang menjalani Community Outreach Program (COP) pada Tahun Ke-3 dalam pengajian mereka itu berkonsepkan library dengan mengetengahkan mahasiswa-mahasiswi UBD yang bertindak sebagai sumber rujukan ilmu. Mereka bukan sahaja mengongsikan ilmu pengetahuan, tetapi juga pengalaman-pengalaman yang berguna kepada penuntut-penuntut sebagai salah satu alternatif selain dari kaedah konvensional seperti membaca buku dan sebagainya.[9][berkaitan? ]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 18 Jun 2021.
- ^ a b "MUKIM AMO". temburong.gov.bn. Dicapai pada 4 Jun 2018.
- ^ "Usaha banteras jenayah giat dijalankan". www.police.gov.bn. Dicapai pada 4 Jun 2018.[pautan mati kekal]
- ^ "postcodes". post.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Jun 2018.
- ^ "Kampong Amo 'A', Amo, Temburong: PD1151". brn.postcodebase.com. Dicapai pada 4 Jun 2018.
- ^ "Kampong Amo 'B', Amo, Temburong: PD1351". brn.postcodebase.com. Dicapai pada 4 Jun 2018.
- ^ "Kampong Amo 'C', Amo, Temburong: PD1551". brn.postcodebase.com. Dicapai pada 4 Jun 2018.
- ^ Yahya, Salawati. "Perkasa pendidikan Islam". Media Permata Online. Dicapai pada 4 Jun 2018.
- ^ HLP bantu pelajar luar bandar