Kakak abang merupakan saudara-mara dalam sesebuah keluarga yang lebih tua dilahirkan orang tua daripada diri sendiri. Seorang saudara tua dalam kalangan lelaki dipanggil abang manakala yang perempuan dipanggil kakak.
Peristilahan
Sebutan kakak bahasa Melayu dahulunya merujuk kepada saudara tua daripada mana-mana jantina baik dari yang lelaki] mahupun perempuan.[1] Perkataan ini menngalami penyempitan makna di Malaysia dan Singapura lalu mengkhusus kepada saudara tua berjantina perempuan sahaja; pengungkapan "kakak" merujuk kepada saudara lelaki masih kekal ada dalam bahasa baku Indonesia.[2]
Bahasa istana menggunakan perkataan yang khusus untuk kerabat lebih berusia daripada raja atau ratu iaitu kakanda.
Rujukan
- ^ "'kakak' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2019.(Rujuk maksud II)
- ^ "Arti kata 'kakak'". Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa. Dicapai pada 12 November 2019.