Rencana ini perlu dikemas kini.(Julai 2022) |
Republik Haiti ريڤوبليك هايتي | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Liberté, égalité, fraternité" (Perancis)[1] Motto pada jata negara:"Libète, Egalite, Fratènite" (Kreol Haiti) ""Kebebasan, Keadilan, Persaudaraan" "L'union fait la force" (Perancis) "Inite se fòs" (Kreol Haiti)[2] "Penyatuan Membina Kekuatan" | |||||
Lagu kebangsaan: La Dessalinienne (Perancis) Desalinyèn (Kreol Haiti) "Lagu Dessaline" | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Port-au-Prince 18°32′N 72°20′W / 18.533°N 72.333°W | ||||
Bahasa rasmi | |||||
Kumpulan etnik | 95% Kulit hitam 5% Campuran dan kulit putih[3] | ||||
Kerajaan | Republik semipresiden unitari | ||||
• Presiden | Edgard Leblanc Fils | ||||
Fritz Belizaire | |||||
Badan perundangan | Parlimen Haiti | ||||
Senat | |||||
Dewan Rakyat | |||||
Kemerdekaan daripada Perancis | |||||
• Pengisytiharaan | 1 Januari 1804 | ||||
• Pengiktirafan | 17 April 1825 | ||||
22 September 1804 | |||||
• Republik Selatan | 9 Mac 1806 | ||||
• Negara Utara | 17 Oktober 1806 | ||||
• Kerajaan | 28 Mac 1811 | ||||
9 Februari 1822 | |||||
• Pembubaran | 27 Februari 1844 | ||||
26 Ogos 1849 | |||||
• Republik | 15 Januari 1859 | ||||
29 Mac 1987 | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 27,750 km2 (10,710 bt2) (ke-143) | ||||
0.7 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2016 | 10,847,334[4] (ke-85) | ||||
382/km2 (989.4/sq mi) (ke-32) | |||||
KDNK (PPP) | 2017 | ||||
• Jumlah | $19.979 bilion[5] (ke-144) | ||||
$1,819[5] (ke-174) | |||||
KDNK (nominal) | 2017 | ||||
• Jumlah | $7.897 bilion[5] (ke-139) | ||||
$719[5] (ke-172) | |||||
Gini (2012) | 60.8[6] sangat tinggi | ||||
HDI (2018) | ▲ 0.503[7] rendah · 169th | ||||
Mata wang | Gourde Haiti (G) ( HTG ) | ||||
Zon waktu | UTC−5 (EST) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC−4 (EDT) | ||||
Arah memandu | right | ||||
Kod panggilan | +509 | ||||
Kod ISO 3166 | HT | ||||
DPT internet | .ht |
Haiti atau rasminya Republik Haiti ialah sebuah negara di Laut Caribbean, dan berjiran dengan Republik Dominica yang terletak di pulau Hispaniola dalam Kepulauan Antillen. Ayiti adalah peribumi Taino atau Amerindian iaitu nama pergunungan di barat pulau itu. Puncak Pic la Selle setinggi 2.680 meter dari aras laut. Luas Haiti ialah 27,750 kilometer persegi. Ibu kotanya adalah Port-au-Prince.
Haiti adalah negara pertama merdeka di benua Amerika Latin yang mengalami zaman pascakolonial selepas pemberontakan hamba abdi. Budaya mereka berkait dengan tetangga Hispano-Caribbean. Penduduk Haiti didominasi oleh bahasa Francophone kerana pernah dijajah oleh kuasa penjajah Perancis. Bahasa rasmi ialah bahasa Perancis.
Sejarah
Haiti terletak di bahagian barat Pulau Hispaniola. Terdapat banyak pulau di Laut Caribbean. Waktu kedatangan penjelajah dan penjajah Eropah iaitu orang Taíno India iaitu cabang dari Arawak Amerika Selatan. Ayiti bermaksud tanah pergunungan.Sebahagian lagi dipanggil Bohio, yang bererti "desa kaya". Sebelum kedatangan Christopher Columbus, pulau Hispaniola terbahagi kepada lima kekasikean iaitu Marien, Xaragua, Maguana, Higuey, dan Magua. Haiti moden merangkumi hampir semua wilayah kedua ini.
Beberapa artifak budaya termasuk lukisan gua ditemui di beberapa lokasi dan kini menjadi simbol nasional Haiti dan tempat pelancongan. Léogane merupakan sebuah bandar di barat daya merupakan bekas ibu negeri Xaragua .
Penjelajah Christopher Columbus mendarat di Saint-Nicolas Mole pada 5 Disember 1492 dan beliau mendakwa pulau itu kepunyaan negara Sepanyol. Kapalnya Santa María terkandas di Cap-Haitien. Columbus dipaksa meninggalkan 39 orangnya . dan menuntut penyelesaian petempatan La Navidad. Selepas pelupusan La Navidad oleh masyarakat tempatan, Columbus menubuhkan La Isabela. Pemimpin utama yang menentang penaklukan Sepanyol adalah Ratu Anacaona, seorang putri dari Xaragua yang berkahwin dengan Caonabo dari Maguana. Pasangan ini keras menolak kekuasaan Sepanyol. Dia ditangkap oleh tentera Sepanyol dan dihukum di depan orang ramai. Sampai hari ini, Anacaona dipuja di Haiti sebagai pengasas negara Haiti.
Penjajah Sepanyol mengekploit pulau itu untuk mendapatkan emas .Rakyat tempaytan dipaksa menjadi pekerja lombing dan dipkasa menjadi hamba abdi.Penduduk terdedah kepada jangkitan penyakit, Mereka kekurangan gizi dan penurunan drastik kadarf kelahiran .Wabak penyakit cacar merekab secara meluas di Hispaniola pada tahun 1507. Undang-undang Burgos, 1512-1513 digubal bagi melindungi orang India asli. Mereka melarang penganiayaan orang asli, dan menyokong mereka menganut agama Kristian Katolik. Undang-undang ini tidak pernah benar-benar dilaksanakan.
Para gabenor Sepanyol Afrika mula mengimport tenaga kerja hamba. Pada 1517, Charles V merancang mengambil hamba abdi untuk tenaga kerja di lombon emas. Puak Taíno hampir pupus di pulau Hispaniola. Mereka yang tidak sanggup menjadi hamba telah melarikan diri ke pergunungan dan membina pemukiman di kawasan pedalaman dan pergunungan. Mereka bercampur dengan hamba abdi afrika dan digelar zambos multiras. Campuran keturunan Afrika ini digelar Amerindian marabou. Mestizo adalah anak hasil persetubuhan antara perempuan pribumi dengan laki-laki Eropah. Creoles adalah hasil campuran Eropah, Amerindia, dan keturunan Afrika tanpa warna. Antara 15-20 % penduduk terdiri daripada penduduk Creoles. Mereka hidup kaya di kebanyakan ibukota seperti Petionville atau Kenscoff. Mereka juga terdapat idi Jacmel, Les Cayes dan Cavaillon.
Hispaniola menjadi Syurga bagi bajak laut dan pintu gerbang ke Laut Carrebean. Bahagian barat pulau itu dihuni oleh orang Perancis Buccaneers. Di antara mereka adalah Bertrand D'Ogeron yag menjadi peladang tembakau. Ramai orang Perancis menetap dan menjadi penduduk di sini, Mereka tidak tunduk kepada kuasa Raja Sepanyol hingga tahun 1660 dan menyebabkan sejumlah konflik. Pada 1640, para Buccaneers daripada Tortuga menyebut diri mereka 'Brethren of the Coast' ("Saudara Pesisir").
Petempatan abad ke-17
Bertrand D'Orgeron menarik orang ramai daripada pulau Martinique dan Guadeloupe, seperti keluarga Roy (Jean Roy, 1625-1707), Hebert (Jean Hebert, 1624, dengan keluarganya) dan Barre (Guillaume Barre, 1642, dengan keluarganya). Mereka mengusahakan ladang tebu untuk mendapatkan gula. Dari 1670-1690, penurunan pasaran tembakau mempengaruhi pulau dan sekaligus mengurangkan jumlah penduduk.
Perjanjian Ryswick dan hamba abdi
Perebutan dan permusuhan antara Perancis dan Sepanyol ditamatkan melalui [Perjanjian Ryswick pada 1697. Pulau Hispaniola dibahagi-bahagikan antara mereka. Perancis mendapat bahagian barat dan dinamakan Saint-Domingue. Ramai peladang Perancis tiba dan membuka ladang di Saint-Domingue kerana potensi keuntungan yang tinggi. Dari tahun 1713-1787, sekitar 30.000 rakyat Perancis berhijrah dari Bordeaux, Perancis ke bahagian barat pulau. Sedangkan 1.763 penduduk Perancis Kanada hanya berjumlah 65.000.
Sekitar tahun 1790, Saint-Domingue kaya dengan pengeluaran gula, kopi dan nila.Hamba abdi menjadi tensaga buruh di ladang-ladang nila.Undang-undang Kod Noir (Black Code) digubal oleh Jean-Baptiste Colbert dan diratifikasi oleh Raja Louis XIV. Peraturan ini mengenai rawatan dan dibenarkan kebebasan hamba. Hamba abdi dianggap paling brutal era penjajahan Perancis.
Rujukan
- ^ "Article 4 of the Constitution". Haiti-reference.com. Dicapai pada 24 Julai 2013.
- ^ "After The Group Of G8, Now Come G30 Headed By Louko Desir". Haiti Observer. Dicapai pada 28 January 2018.
- ^ "Haiti". The World Factbook. Agensi Perisikan Pusat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-31. Dicapai pada 2020-04-15.
- ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
- ^ a b c d "Haiti". Tabung Kewangan Antarabangsa.
- ^ "Gini Index". The World Bank. Dicapai pada 21 November 2015.
- ^ "Human Development Report 2019" (dalam bahasa Inggeris). Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 10 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-04-30. Dicapai pada 10 Disember 2019.
Pautan luar
- Kategori berkenaan Haiti di Wikimedia Commons
- Berita Haiti[pautan mati kekal]