Hiragana |
Katakana | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Transliterasi: | ka | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Hiragana Man'yōgana: | 加 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Katakana Man'yōgana: | 加 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Unicode: | U+304B, U+30AB | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
か, dalam hiragana, atau カ dalam katakana, ialah salah satu kana Jepun, yang mewakili satu mora. Kedua-duanya mewakili [ka]. Bentuk kedua-dua kana ini berasal daripada 加.
Aksara ini boleh digabungkan dengan dakuten, untuk membentuk が dalam hiragana, ガ dalam katakana, dan ga dalam perumian Hepburn. Nilai fonetik bagi aksara yang telah diubah suai ialah [gɑ] pada kedudukan permulaan, dan berubah antara [ŋa] dan [ɣa] di pertengahan perkataan.
Handakuten (゜) tidak digunakan bersama ka dalam teks Jepun normal, namun ia boleh digunakan oleh ahli bahasa untuk menandakan sebutan sengau [ŋa].
か adalah partikel pertanyaan yang paling sering digunakan. Ia juga kadang kala digunakan untuk membataskan pilihan.
が digunakan untuk menandakan tumpuan perhatian pada sebaris ayat, terutamanya kepada subjek tatabahasa.
Bentuk | Rōmaji | Hiragana | Katakana |
---|---|---|---|
Normal k- (か行 ka-gyō) |
ka | か | カ |
kaa kā, kah |
かあ, かぁ かー |
カア, カァ カー | |
Dakuten tambahan g- (が行 ga-gyō) |
ga | が | ガ |
gaa gā, gah |
があ, がぁ がー |
ガア, ガァ ガー |
Susunan lejang
Hiragana か terbina oleh tiga lejang:
- Satu garis melintang yang berpusing dan mati pada cangkuk yang menghadap ke kiri.
- Satu garis lengkung menegak yang memotong garis pertama.
- Satu garis lengkung kecil di sebelah kanan.
Katakana カ terbina oleh dua lejang:
- Satu garis melintang yang berpusing dan mati pada cangkuk yang menghadap ke kiri.
- Satu garis lengkung menegak yang memotong garis pertama.
Perwakilan berkomunikasi lain
Braille Jepun, か atau カ diwakilkan sebagai:
●- -- -● |
Kod Wabun untuk か, atau カ, ialah ・-・・.