Julaibib (Arab: جليبيب) adalah seorang Sahabat Nabi dari kalangan Ansar yang latar belakang dan nasabnya tidak banyak diketahui dalam catatan sejarah. Sumber-sumber sejarah menggambarkannya sebagai seorang yang fisiknya tidak menarik dan berasal dari status sosial yang rendah, sehingga sering diabaikan oleh masyarakatnya.[1]
Kehidupannya
Disebabkan keadaan fizikalnya yang kurang menarik, masyarakat Madinah kurang senang dengan keberadaan beliau di kota tersebut.
Anas bin Malik menuturkan, “Ada seorang sahabat Rasulullah ﷺ yang bernama Julaibib dengan wajahnya yang kurang tampan. Rasulullah menawarkan pernikahan untuknya. Dia berkata, “Kalau begitu aku orang yang tidak laku?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Engkau di sisi Allah orang yang laku.” (HR Ya’la)
Selepas peristiwa Hijrah, baginda Muhammad mengangkat martabat beliau dalam hadithnya yang bermaksud :
"Sesungguhnya Julaibib ini sebahagian daripada aku dan aku ini sebahagian daripada dia"
Malah, atas usaha baginda, Julaibib dinikahkan dengan seorang gadis Madinah yang baik dan solehah.
Pernikahan Julaibib
Pada suatu hari, Nabi Muhammad bertemu dengan Julaibib di Masjid Nabawi. Baginda menanyakan mengenai perkahwinan kepadanya. Julaibib menjawab bahawa dia tidak percaya ada keluarga yang akan menerimanya sebagai menantu.[2]
Setelah tiga hari bertanya, Nabi Muhammad mengajak Julaibib ke rumah seorang Ansar untuk meminang anak perempuannya. Pada mulanya, terdapat keengganan dari pihak keluarga untuk menerima Julaibib sebagai menantu.[3]
Walau bagaimanapun, gadis tersebut merujuk kepada firman Allah:
"Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang ur
Jasa dan Perjuangannya
Julaibib setia mengikuti baginda dalam ekspedisi peperangan. Namun beliau terkorban dan jenazahnya ditanam oleh baginda sendiri.
Tidak selang beberapa hari pernikahannya, Muhammad keluar dalam peperangan, dan Julaibib ikut serta bersama beliau. Setelah peperangan usai, dan manusia mulai saling mencari satu sama lain. Muhammad bertanya kepada mereka, “Apakah kalian kehilangan seseorang?” Mereka menjawab, “Kami kehilangan fulan dan fulan…”
Kemudian beliau bertanya lagi, “Apakah kalian kehilangan seseorang?” Mereka menjawab, “Kami kehilangan si fulan dan si fulan…”
Kemudian beliau bertanya lagi, “Apakah kalian kehilangan seseorang?” Mereka menjawab, “Kami kehilangan fulan dan fulan…” Beliau bersabda, “Akan tetapi aku kehilangan Julaibib.”
Mereka pun mencari dan memeriksanya di antara orang-orang yang terbunuh. Tetapi mereka tidak menemukannya di arena pertempuran. Terakhir, mereka menemukannya di sebuah tempat yang tidak jauh, di sisi tujuh orang dari orang-orang musyrik. Dia telah membunuh mereka, kemudian mereka membunuhnya.
Muhammad berdiri memandangi mayatnya, lalu berkata,”Dia membunuh tujuh orang lalu mereka membunuhnya. Dia membunuh tujuh orang lalu mereka membunuhnya. Dia dari golonganku dan aku dari golongannya.” Lalu Muhammad membopongnya di atas kedua lengannya dan memerintahkan mereka agar menggali tanah untuk menguburnya.
Anas bertutur, “Kami pun menggali kubur, sementara Julaibib radhiallahu ‘anhu tidak memiliki alas kecuali kedua lengan Rasulullah ﷺ, hingga ia digalikan dan diletakkan di liang lahatnya.” Anas radhiallahu ‘anhu berkata, “Demi Allah! Tidak ada di tengah-tengah orang Anshar yang lebih banyak berinfak daripada istrinya. Kemudian, para tokoh pun berlomba melamarnya setelah Julaibib…” Benarlah, “Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya serta takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, mereka itu adalah orang-orang yang mendapat kemenangan.” (An-Nur: 52).
Muhammad juga telah bersabda, sebagaimana dalam ash-Shahih, “Setiap umatku akan masuk surga kecuali yang enggan.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah yang engan itu?” Beliau bersabda, “Barangsiapa taat kepadaku, maka ia masuk surga, dan barangsiapa mendurhakaiku berarti ia telah enggan.”
Di nukil dari, “90 Kisah Malam Pertama” karya Abdul Muththalib Hamd Utsman, edisi terjemah cet. Pustaka Darul Haq Jakarta. alsofwah.or.id Artikel www.Kisahmuslim.com
- ^ Imam Al-ghazali, Tarbiyah Cinta. Tarbiyah Cinta Imam Al-ghazali. m/s. 64.
- ^ Machmudi, Yon. Tarbiyah Cinta Imam Al-Ghazali. m/s. 65.
- ^ Machmudi, Yon. Tarbiyah Cinta Imam Al-Ghazali. m/s. 66.
- ^ Quran, Al-Ahzab:36








