Hijrah (هِجْرَة), maksud perpindahan. Ejaan alternatif dari kata Arab dalam abjad Latin adalah Hijrah, atau Hijriyah di Latin.
Hijrah ke Habsyah
Dua belas lelaki dan perempuan dua belas sahabat, kaum muslim yang awalnya bertemu di Mekkah, mencari perlindungan dari penganiayaan Quraisy dalam Kerajaan Habsyah pada bulan Rejab 7 SH (614 - 615M). Tindakan ini dikenal sebagai Hijrah Pertama ke Habsyah; Habsyah dalam perkara ini kerana kata Arab, al-Habasha, dari mana "Abyssinia" berasal. Mereka kembali semula ke Jazirah Arab setelah tiga bulan berhijrah kerana maklumat yang diperolehi bahawa penganiayaan ke atas umat Islam telah berhenti. Antara sahabt yang berhijrah ialah Uthman bin Affan dan Ja'afar bin Abi Talib.[1] Ja'afar merupakan sepupu Muhammad dan juga saudara susuannya. Susuk tubuh beliau dan akhlak peribadinya persis Muhammad sebagaimana yang diakui oleh Baginda sendiri. Beliau juga seorang yang amat pemurah sebagai akuan daripada Abu Hurairah. Memimpin golongan Islam yang pertama yang berhijrah ke Habsyah (Sudan) akibat penindasan yang melampau yang dilakukan oleh algojo Mekah. Beliau menjadi juru cakap Islam di sana. Apa yang menarik ialah beliau telah berjaya berdakwah kepada Raja Najasyi kerajaan tersebut yang menyaksikan dia memeluk Islam.
Hijrah ke Madinah
Istilah hijrah biasanya merujuk kepada perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Muhammad pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Muhammad untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Nabi sendiri berhijrah dengan Abu Bakar as-Siddiq.[2] Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.
Hari | Tarikh[1] | Nota |
---|---|---|
Hari 1 Jumaat |
27 Safar 1H (13 September 622) |
Meninggalkan rumah di Makkah. Tinggal tiga hari di Gua Thur di selatan Makkah. |
Hari 5 Isnin |
1 Rabiulawal 1H (17 September 622) |
Meninggalkan wilayah Makkah. Perjalanan ke daerah Yathrib. |
Hari 12 Isnin |
8 Rabiulawal 1H (23 September 622) |
Tiba di Masjid Quba dekat Madinah. |
Hari 16 Jumaat |
12 Rabiulawal 1H (27 September 622) |
Kunjungan pertama ke Madinah untuk solat Jumaat. |
Hari 26 Isnin |
22 Rabiulawal 1H (7 Oktober 622) |
Pindah dari Masjid Quba ke dalam Madinah. |
Takwim Hijrah
Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.
Sambutan Maal Hijrah di Malaysia
Setiap kali tahun Hijrah tiba, satu perhimpunan akan diadakan di Malaysia bagi menyambut tahun Hijrah yang baru. Upacara ini akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan disaksikan oleh ribuan rakyat Malaysia. Setiap tahun juga, akan diberi Anugerah Maal Hijrah kepada yang layak
Di Malaysia, tahun hijrah disambut dengan penamaan tokoh-tokoh maal hijrah. Pemenang tokoh hijrah yang lalu adalah seperti berikut:-
Lihat Penerima Anugerah Hijrah di Malaysia.
Rujukan
- ^ a b Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). "Open Preaching". Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras)
|format=
requires|url=
(bantuan) (dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. m/s. 99–105. Ralat petik: Tag<ref>
tidak sah, nama "ARAM" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Moojan Momen (1985), m/s. 5.