Jenis/bentuk sah | Swasta |
---|---|
Industri | Industri kimia |
Ditubuhkan | 1926 |
Pengasas | Odd Gleditsch |
Ibu pejabat | Sandefjord, Norway |
Tokoh penting | Morten Fon (Presiden dan CEO), Odd Gleditsch Jr. (Pengarah) |
Keluaran | Cat |
Pemilik | Orkla Group (42.53%) |
Bilangan kakitangan | 10,000 (2019) |
Tapak web | www.jotun.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Jotun ialah syarikat kimia Norway yang bergiat aktif dalam pembuatan cat hiasan dan lapisan prestasi (marin, perlindungan dan serbuk lapisan). Ia ditubuhkan pada 1926 dengan ibu pejabatnya terletak di Sandefjord, Norway. Pada Disember 2019, syarikat ini telah hadir di lebih dari 100 negara di seluruh dunia, dengan lebih dari 10.000 pekerja, 63 syarikat di 45 negara, dan 37 kemudahan pengeluaran di 21 negara.[1]
Produknya termasuk Marine Coating, Protective Coating, Powder Coating dan Decorative Paints.
Organisasi
Kumpulan Jotun Group mempunyai empat bahagian, dengan ibu pejabatnya terletak di Sandefjord,[2] Norway.
Jotun dan mercu tanda terkenal
Jotun telah digunakan untuk beberapa mercu tanda terkenal, termasuk:
- Menara Eiffel[3][4]
- Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur
- Burj Khalifa di Dubai
- Burj Al Arab di Dubai
- Kingdom Center di Riyadh
- West Tower di Guangzhou
- Menara Canton di Guangzhou
- Menara Esentai di Almaty
- Stesen keretapi Southern Cross di Melbourne
- Menara TV Guangzhou di Guangzhou
- MS Oasis of the Seas
- Terminal Haji di Arab Saudi
- Marina Bay Sands di Singapura
- Biomuseo di Panama City
- New Clark City Athletics Stadium di Capas, Filipina[5]
Rujukan
- ^ "Jotun History". 21 Februari 2020.
- ^ Brønnøysund Register Centre. "Company organisation number 923248579" (dalam bahasa Norway).
- ^ http://www.jotun.comwww.jotun.cn/www/com/20020113.nsf?OpenDatabase&db=/www/com/20020116.nsf&v=10F6&e=uk&m=932&c=8BD72FFAB6B4B4E0C1257610003B5DA9 Diarkibkan 2014-06-22 di archive.today
- ^ "Reference projects".
- ^ Jose, MJ. "The Athletics Stadium and Aquatics Centre Rise in New Clark City". Philippine Tattler. Dicapai pada 15 November 2019.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Jotun (syarikat) |