Jombola ialah sukan raket yang melakurkan beberapa ciri sukan raket yang lain. Sukan ini mirip dengan permainan pickleball dari Amerika Syarikat. Ia ditubuhkan oleh Sukdev Singh dari Malaysia. Beliau membuat sukan ini pada tahun 2006.
Sejarah
Sukdev Singh ialah seorang guru besar di Sekolah Antarabangsa Sri Dasmesh, Taman Bukit Pantai, Kuala Lumpur, Malaysia. Semasa itu beliau memperhatikan anak-anak muda yang sering bermain papan selaju, badminton dan sukan lain. Beberapa dari mereka ada yang muridnya. Beliau kemudian berfikir untuk membina sebuah permainan raket yang mudah difahami dan boleh dimainkan di mana-mana tempat.
Raket jombola dibuat dari bahan kayu, isi bola dari buih dan padang dengan saiz sama seperti padang badminton. Tetapan daripada sukan ini ialah setiap pemain harus bersaing lebih cepat untuk mendapat 15 poin pada satu round.[1][2] Tinggi jala sekitar 1.32 meter.[1]
Sukan ini membesar cepat di beberapa negeri dan daerah. Jombola International Sdn Bhd mendapat lesen dari kerajaan pada 2010 sebagai organisasi yang membina dan mengawasi sukan Jombola.[3][4] Ia mulai diperkenalkan ke negeri Selangor pada 2014.[5] Kementerian Pendidikan Malaysia memasukan sukan ini ke dalam senarai program 1Student1Sport program pada 2017.[6] Kejohanan Terbuka Jombola pertama rasmi berlaku pada November 2017.[7]
Jombola diperkenalkan ke negeri Sabah pada 2020[8] dan negeri Sarawak pada 2022.[9]
Sukdev memiliki keinginan besar agar Jombola dimainkan pada perlawanan Sukan SEA. Beliau juga menyampaikan bahawa mahu melihat Jombola untuk ditampilkan pada temasya demonstrasi Olimpik pada 2028 and 2032.[10]
Rujukan
- ^ a b Chong, Sulyn (17 November 2018). "Jombola, a new sport to rival badminton?". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 June 2022. Dicapai pada 1 June 2022.
- ^ "Jombola Sport". Jombola International. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 January 2020. Dicapai pada 1 June 2022.
- ^ "About - Jombola". Jombola International. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 May 2021. Dicapai pada 1 June 2022.
- ^ "The Company profile report for JOMBOLA INTERNATIONAL SDN. BHD. (201001038311 (922235-M))". Experian. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 June 2022. Dicapai pada 1 June 2022.
- ^ "Selangor education department course". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 June 2021. Dicapai pada 4 June 2022.
- ^ Michael, Stuart. "Jombola craze catching on". The Star(Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 August 2017. Dicapai pada 4 June 2022.
- ^ Lee, CY (21 November 2017). "Thrilling end to jombola tourney". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2020. Dicapai pada 4 June 2022.
- ^ Oh, GL (14 May 2020). "Sabah set to become hub for new sport Jombola". Daily Express (Sabah). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 June 2022. Dicapai pada 4 June 2022.
- ^ Rogers, Magdalene (14 May 2022). "Jombola, a sport for all walks of life". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 June 2022. Dicapai pada 4 June 2022.
- ^ Lee, CY (13 September 2016). "Jombola gaining popularity". Sikhnet. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2020. Dicapai pada 4 June 2022.