Jodoh Itu Milik Kita adalah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Jamal Khan, dibintangi Tiz Zaqyah, Farid Kamil, Syazwan Zulkifli dan Nabila Huda. Siri drama ini mula disiarkan di Astro Mustika HD bermula 19 Ogos 2013 bagi menggantikan drama Dahlia. [1]
| Jodoh Itu Milik Kita | |
|---|---|
| Genre | Drama Cinta Konflik Keluarga |
Berdasarkan daripada | Jodoh Itu Milik Kita karya Sara Aisha |
| Pencipta | Sara Aisha |
| Pengarah | Jamal Khan |
Dibintangi oleh | Tiz Zaqyah Farid Kamil Syazwan Zulkifli Nabila Huda |
| Lagu pembukaan | "Takkan Terpisah" oleh Black |
| Lagu penutup | "Takkan Terpisah" oleh Black |
| Negara asal | |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 40 |
| Penerbitan | |
| Penerbit | Ziela Jalil |
| Tempoh siaran | 25-30 minit |
Syarikat penerbitan | Pena Creative Picture Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro Mustika HD |
| Siaran asal | 19 Ogos 2013 – 18 November 2013 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Dahlia |
| Diikuti oleh | Bukan Kerana Aku Tak Cinta |
Sinopsis
Mengisahkan perkenalan Dahlia Darius dan Puan Marina membawa kepada ikatan pertunangan dengan anak Puan Marina, Syafiq. Walaupun tidak bercinta, Dahlia setuju atas rasa hormat apatah lagi bila mengetahui Puan Marina menghidap kanser perut. Pada hari pernikahan, Syafiq melarikan diri kerana tidak dapat menerima jodoh pilihan keluarga.Dalam kekusutan, Aariz Danial yang baru balik dari Australia terpaksa menggantikan adiknya. Aariz dan Dahlia bermula sebagai kawan walaupun telah berkahwin. Tanpa disedari cinta telah berputik. Syafiq pula ke New Zealand mencari cinta hatinya Alya. Bagaimana pun, Syafiq pulang ke Malaysia tanpa rasa bersalah. Apabila melihat kemesraan Dahlia dan Aariz, Shafiq cuba memusnahkan kebahagiaan abangnya. Kenapa Syafiq terlalu mendendami abangnya?
Pelakon
Pelakon utama
- Tiz Zaqyah sebagai Dahlia Darius
- Farid Kamil sebagai Aariz Danial
- Syazwan Zulkifli sebagai Syafiq
- Nabila Huda sebagai Alya
Pelakon pembantu
- Ziela Jalil sebagai Puan Marina
- Haeriyanto Hassan sebagai Tuan Haikal
- Mat Over sebagai Encik Darius
- Rosnah Johari sebagai Puan Inas
- Keith Foo sebagai Joshua
- Zul Ariffin sebagai Redza
- Lana Nordin sebagai Yuni
- Aishah Ilias sebagai Teja
- Zain Saidin sebagai Jarrad
Rujukan
- ^ Drama Jodoh Itu Milik Kita mCentralMY.com. Dicapai pada 30 Mac 2023.








