Jenis | Negeri |
---|---|
Ditubuhkan pada | 1811 |
Presiden | Prof. Geir Ellingsrud |
Staf akademik | 4,600 (2007) |
Pelajar | 32,000 (2007) |
Lokasi | , |
Kampus | Urban |
Penggabungan | EUA |
Laman sesawang | http://www.uio.no |
Universiti Oslo (bahasa Norway: Universitetet i Oslo, bahasa Latin: Universitas Osloensis), terletak di Oslo. Universiti ini merupakan yang terbesar, paling berprestij, dan paling tua di Norway. Universiti ini didirikan pada tahun 1811 sebagai Universitas Regia Fredericiana (Universiti Raja Frederik, bahasa Norway: Kgl. Frederiks Universitet), universiti ini dimodelisasi setelah Universiti Berlin dan awalnya dinamakan sempena Raja Frederik. Sekarang, universiti ini memiliki 32,000 mahasiswa dan staf sekitar 4600 fakulti.
Universiti ini memiliki fakulti seperti teologi, undang-undang, perubatan, antropologi, matematik dan sains, pergigian dan pendidikan. Fakulti undang-undang masih terletak di kampus lama, berhampiran Teater Kebangsaan, Istana Kerajaan, dan parlimen, sedangkan sebahagian besar fakulti lain ada di bangunan kampus moden bernama Blindern. Rektor (2006-2009) universiti kini adalah Geir Ellingsrud. Sebelumnya (2002-2005), kedudukan ini dijawat oleh Arild Underdal, profesor ilmu politik.
Pemenang Nobel
5 mahasiswa di Universiti Oslo telah dianugerahkan Hadiah Nobel:
- Fridtjof Nansen - 1922 - Keamanan
- Ragnar Anton Kittil Frisch - 1969 - Ekonomi
- Odd Hassel - 1969 - Kimia
- Ivar Giæver - 1973 - Fizik
- Trygve Magnus Haavelmo - 1989 - Ekonomi
Pautan luar
- Laman rasmi Universiti Oslo
- (Inggeris)Laman rasmi