Jeneral General | ||
| ||
Negara | Amerika Syarikat | |
Cabang perkhidmatan | Tentera Darat Kor Marin Tentera Udara Tentera Angkasa | |
Singkatan | GEN (Army) Gen (Marine Corps, Air Force, Space Force) | |
Kumpulan pangkat | Pegawai jeneral | |
Pangkat | Empat bintang | |
Kod NATO |
OF-9 | |
Pangkat tinggi seterusnya | Jeneral Angkatan Darat Jeneral Angkatan Udara | |
Pangkat rendah seterusnya | Leftenan Jeneral | |
Persamaan pangkat |
| |
Di dalam angkatan bersenjata Amerika Syarikat, seorang Jeneral ialah pegawai gred jeneral paling kanan; ia adalah pangkat (atau eselon) pegawai bertauliah tertinggi yang boleh dicapai dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, melainkan Tentera Laut dan Pengawal Pantai, yang mempunyai pangkat setara iaitu laksamana. Insignia rasmi "jeneral" berbentuk empat bintang (biasanya berwarna perak dan disusun sebaris).
Pangkat Jeneral berada di atas Leftenan Jeneral tiga bintang dan dibawah pangkat lima bintang khas masa perang iaitu Jeneral Angkatan Darat dan Jeneral Angkatan Udara. Kor Marin dan Tentera Angkasa tidak mempunyai gred yang lebih tinggi dari general. Gred gaji jeneral ialah O-10. Ia setaraf dengan laksamana dalam perkhidmatan beruniform Amerika Syarikat lain yang menggunakan pangkat tentera laut. Perkataan Jeneral disingkatkan ke GEN dalam Tentera Darat dan Gen dalam Kor Marin, Tentera Udara, dan Tentera Angkasa.
Memandangkan pangkat Jeneral Angkatan Darat dan Jeneral Angkatan Udara dikhaskan untuk kegunaan masa perang sahaja, pangkat Jeneral merupakan pegawai jeneral tertinggi pada masa aman.
Panggilan
Secara formal, istilah "General" selalu digunakan apabila merujuk kepada jeneral empat bintang. Bagaimanapun, beberapa istilah berbeza mungkin merujuk kepada mereka secara tidak formal, memandangkan jeneral berpangkat lebih rendah juga boleh dirujuk sebagai "General".
Had statutori
Bendera Jeneral A.S.
-
Bendera jeneral Tentera Udara Amerika Syarikat.
-
Bendera jeneral Kor Marin Amerika Syarikat.
-
Bendera pangkat jeneral dalam Tentera Darat Amerika Syarikat. Bendera jeneral Jabatan Perubatan Tentera Darat mempunyai latar belakang merah manggis; bendera paderi tentera (jeneral) mempunyai latar belakang ungu.
-
Bendera jeneral Tentera Angkasa Amerika Syarikat
Kanun Amerika Syarikat mengehadkan sejumlah pegawai jeneral (disebut pegawai berbendera dalam Tentera Laut dan Pengawal Pantai) yang mungkin bertugas aktif pada bila-bila masa. Sejumlah pegawai jeneral bertugas aktif dihadkan kepada 231 orang bagi Tentera Darat, 62 orang bagi Kor Marin, 198 orang bagi Tentera Udara, dan 162 orang bagi Tentera Laut.[1] Tidak lebih daripada 25% pegawai jeneral atau pegawai berbendera yang bertugas aktif mempunyai lebih daripada dua bintang,[2] dan statut menetapkan sejumlah pegawai empat bintang dibenarkan dalam setiap cabang perkhidmatan.[2] Ia menetapkan 7 jeneral Tentera Darat, 2 jeneral Marin, 8 jeneral Tentera Udara, 2 jeneral Tentera Angkasa, 6 laksamana Tentera Laut, dan 2 laksamana Pengawal Pantai.[2]Templat:Fv
Beberapa slot ini dikhaskan oleh statut. Sebagai contoh, dua anggota pangkat tertinggi setiap cabang perkhidmatan (panglima dan timbalan panglima perkhidmatan) ditetapkan sebagai jeneral. Bagi Ketua Turus Tentera Darat dan Naib Ketua Turus adalah jeneral; bagi Kor Marin, Komandan dan Asistan Komandan adalah jeneral; bagi Tentera Udara, Ketua Turus dan Naib Ketua Turus adalah jeneral; dan bagi Tentera Angkasa, Ketua Operasi Angkasa, dan Naib Ketua Operasi Angkasa adalah jeneral. Di samping itu, bagi Pengawal Kebangsaan, Ketua Biro Pengawal Kebangsaan[3] ialah seorang jeneral dibawah tugas aktif dalam Tentera Darat atau Tentera Udara.
Terdapat beberapa pengecualian kepada had ini yang membenarkan lebih daripada yang diperuntukkan dalam statut:[4]
- Seorang pegawai berkhidmat sebagai Pengerusi atau Naib Pengerusi Ketua Turus Bersama;
- seorang pegawai berkhidmat sebagai Ketua Biro Pengawal Kebangsaan hanya dikira daripada had empat bintang perkhidmatan mereka;
- panglima Markas Medan Bersepadu;[5]
- panglima Angkatan Bersenjata Amerika di Korea;[5]
- pegawai berkhidmat dalam jawatan perisikan tertentu seperti Pengarah Agensi Perisikan Pusat;[6]
- pegawai berkhidmat dalam slot empat bintang ditambah oleh Presiden kepada satu perkhidmatan yang diimbangkan dengan mengeluarkan bilangan setara dari perkhidmatan lain.[2]
Akhir sekali, semua had statutori boleh diketepikan mengikut budi bicara Presiden semasa perang atau semasa darurat.[7]
Lihat juga
- Staf tentera
- Lencana pangkat pegawai Tentera Darat AS
- Lencana pangkat pegawai Kor Marin
- Lencana pangkat pegawai Tentera Udara AS
Rujukan
- ^ a b c d 10 USC 525. Distribution of commissioned officers on active duty in general officer and flag officer grades.
- ^ 10 USC 10502 Chief of the National Guard Bureau: appointment; adviser on National Guard matters; grade; succession.
- ^ 10 U.S. Code § 526. Authorized strength: general and flag officers on active duty
- ^ a b 10 USC 604 Senior joint officer positions: recommendations to the Secretary of Defense
- ^ 10 USC 528 Officers serving in certain intelligence positions: military status; exclusion from distribution and strength limitations; pay and allowances
- ^ 10 USC 527 Authority to suspend sections 523, 525, and 526
United States commissioned officer and officer candidate ranks
| ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pay grade / Branch of service | Officer candidate |
O-1 | O-2 | O-3 | O-4 | O-5 | O-6 | O-7 | O-8 | O-9 | O-10 | O-10 (WAR TIME) |
Special grade | |
Approximate insignia[1][2] | [2] | |||||||||||||
Air Force | Cadet / OT | 2d Lt | 1st Lt | Capt | Maj | Lt Col | Col | Brig Gen | Maj Gen | Lt Gen | Gen | GAF[3] | [5] | |
Army | CDT / OC | 2LT | 1LT | CPT | MAJ | LTC | COL | BG | MG | LTG | GEN | GA[3] | GAS[3] | |
Marine Corps | Midn / Cand | 2ndLt | 1stLt | Capt | Maj | LtCol | Col | BGen | MajGen | LtGen | Gen | [5] | [5] | |
Navy | MIDN / OC | ENS | LTJG | LT | LCDR | CDR | CAPT | RDML | RADM | VADM | ADM | FADM[3] | AN[3] | |
Coast Guard | CDT / OC | ENS | LTJG | LT | LCDR | CDR | CAPT | RDML | RADM | VADM | ADM | [5] | [5] | |
Public Health Service | [4] | ENS | LTJG | LT | LCDR | CDR | CAPT | RADM | RADM | VADM | ADM | [5] | [5] | |
National Oceanic and Atmospheric Administration |
[4] | ENS | LTJG | LT | LCDR | CDR | CAPT | RDML | RADM | VADM |
[4] | [5] | [5] | |
[2]Unofficial 1945 proposal for General of the Armies insignia; John J. Pershing's GAS insignia: ; George Dewey's AN insignia: [3] Grade is inactive; requires Congressional approval for re-activation [4] Grade is authorized by the U.S. Code for use but has not been created [5] Grade has never been created or authorized |
United States warrant officer ranks
| |||||
---|---|---|---|---|---|
W-1 | W-2 | W-3 | W-4 | W-5 | |
Tentera Udara | WO1[1] | CWO2[1] | CWO3[1] | CWO4[1] | CWO5[1] |
Tentera Darat | WO1 | CW2 | CW3 | CW4 | CW5 |
Kor Marin | WO1 | CWO2 | CWO3 | CWO4 | CWO5 |
Tentera Laut | WO1[1] | CWO2 | CWO3 | CWO4 | CWO5 |
Coast Guard | WO1[1] | CWO2 | CWO3 | CWO4 | [2] |
Public Health Service | [2] | [2] | [2] | [2] | [3] |
National Oceanic and Atmospheric Administration |
[3] | [3] | [3] | [3] | [3] |
[2] Grade is authorized for use by U.S. Code but has not been created [3] Grade never created or authorized |