Jeneral Angkatan Darat General of the Army | ||
| ||
Negara | Amerika Syarikat | |
Cabang perkhidmatan | Tentera Darat A.S. | |
Singkatan | GA | |
Kumpulan pangkat | Pegawai jeneral | |
Pangkat | Lima bintang | |
Diperkenalkan | 25 Julai 1866 | |
Kod NATO |
OF-10 | |
Pangkat tinggi seterusnya | General of the Armies | |
Pangkat rendah seterusnya | Jeneral | |
Persamaan pangkat tentera laut | Laksamana Armada (US Navy) | |
Persamaan pangkat tentera udara | Jeneral Angkatan Udara (US Air Force) |
Jeneral Angkatan Darat atau Jeneral Besar (General of the Army singkatan GA) ialah jeneral lima bintang dan merupakan pangkat kedua paling tinggi dalam Tentera Darat Amerika Syarikat. Pangkat Jeneral Angkatan Darat berada diatas Jeneral dan setaraf dengan Laksamana Armada dan Jeneral Angkatan Udara.[1] Tidak terdapat pangkat setaraf lima bintang dalam perkhidmatan beruniform persekutuan yang lain (Kor Marin, Pengawal Pantai, Kor Bertauliah Perkhidmatan Kesihatan Awam Amerika Syarikat, Kor Bertauliah Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan). Sering dipanggil "jeneral lima bintang", pangkat Jeneral Angkatan Darat telah dikhaskan untuk kegunaan masa perang dan kini tidak aktif dalam tentera AS. Insignia Jeneral Angkatan Darat mengandungi lima bintang berukuran 3/8 inci dalam susunan segilima , dengan setiap bucu bersentuhan. Insignia ini dipasangkan dengan Lambang Jata emas berenamel Amerika Syarikat pada papan bahu kot khidmat. Lencana logam lima bintang berwarna perak akan dipakai pada kolar dan pada topi garison (jenis lipat). Epaulet lembut bahu dengan lima bintang berukuran 7/16 inci dalam benang perak dan Lambang Jata Amerika Syarikat berbenang emas pada kain hijau dipakai dengan baju kemeja dan baju sejuk.
Pangkat "Jeneral Angkatan Darat" mempunyai dua penjelmaan. Pangkat ini telah diperkenalkan pada tahun 1866, setahun selepas Perang Saudara Amerika. Ia telah dikhaskan untuk pegawai kanan tunggal Tentera Darat A.S., yang merupakan pangkat empat bintang, dan telah disandang oleh tiga orang yang berlainan dari tahun 1866 hingga 1888. Pangkat ini dihidupkan kembali sebagai pangkat moden lima bintang semasa Perang Dunia II, dan boleh dianugerahkan pada lebih orang pegawai bertugas dalam satu-satu masa. Ia disandang oleh lima orang yang berlainan dari tahun 1944 hingga 1981. Satu pangkat khas dikenali General of the Armies, iaitu pangkat yang lebih atas dari General of the Army, wujud tetapi hanya dikurniakan sebanyak dua kali sahaja dalam sejarah Amerika Syarikat, pangkat empat bintang dengan bintang emas unik (bukan perak) kepada John J. Pershing, dan secara anumerta kepada George Washington, oleh pengisytiharan 177 tahun selepas kematiannya, dengan tanpa lencana bintang khas yang ditetapkan.[2][3]
Era pasca–Perang Saudara Amerika
Pada 25 Julai 1866, Kongres AS menzahirkan pangkat "General of the Army of the United States" untuk Jeneral Ulysses S. Grant. Gajinya adalah "400 dolar sebulan, serta elaun minyak dan tempat tinggal", kecuali "apabila markasnya di Washington, harus pada kadar 300 dolar sebulan."[4] (Gaji bulanannya disatukan dan elaun 700 dolar pada 1866 ialah menyamai $12,000 pada 2018). Apabila dilantik General of the Army, Grant memakai lencana pangkat empat bintang dan butang kot disusun dalam tiga kumpulan empat butang.
Tidak seperti pangkat Perang Dunia II dengan gelaran yang serupa, pangkat General of the Army tahun 1866 adalah empat bintang. Pangkat ini memegang hak dan kuasa mengikut cadangan 1799 bagi pangkat "General of the Armies", walaupun Grant tidak pernah dipanggil dengan gelaran itu.
Berbeza dengan pangkat moden Jeneral empat bintang, hanya seorang pegawai pada satu-satu masa boleh memegang pangkat General of the Army pada tahun 1866–1888. Selama beberapa bulan pada tahun 1885, semasa beliau sedang uzur, Grant telah mendapat penghargaan khas dan pangkatnya telah dikembalikan oleh undang-undang Kongres.
Selepas Grant menjadi presiden A.S., beliau telah digantikan sebagai General of the Army oleh William T. Sherman, berkuatkuasa 4 Mac 1869. Pada tahun 1872, Sherman mengarahkan insignia tersebut ditukar ke dua bintang, dengan lambang jata Amerika Syarikat di tengah-tengah.[2]
Dengan satu Akta Kongres pada 1 Jun 1888, gred ini telah dikurniakan pada Philip Sheridan, yang ketika itu sedang tenat. Pangkat General of the Army tidak lagi wujud dengan kematian Sheridan pada 5 Ogos 1888.[2]
Era Perang Dunia II dan Perang Korea
Apabila keperluan logistik dan kepimpinan tentera dalam Perang Dunia II meningkat selepas pendaratan Normandy pada Jun 1944, pihak kerajaan Amerika mencipta satu versi baru General of the Army. Pangkat lima bintang dan kuasa General of the Army yang setaraf Fleet Admiral tentera laut telah dizahirkan oleh satu Akta Kongres buat kadar sementara apabila Undang-Undang Awam 78-482 diluluskan pada 14 Disember 1944,[5] yang hanya menyediakan 75% gaji dan elaun untuk gred mereka yang telah bersara.[6] Pangkat ini adalah sementara, tertakluk pada pengembalian pangkat kekal enam bulan selepas berakhirnya perang. Pangkat sementara itu kemudiannya diisytiharkan tetap pada 23 Mac 1946 oleh Undang-Undang Awam 79-333, yang juga memberi gaji dan elaun penuh untuk gred mereka yang telah bersara.[7][8] Ia dicipta untuk memberikan panglima paling kanan Amerika persamaan pangkat dengan rakan British mereka yang memegang pangkat Fil Marsyal dan Laksamana Armada. Pangkat General of the Army yang kedua ini tidak sama dengan era versi pasca-Perang Saudara kerana peranannya dan berbintang lima.
Insignia bagi pangkat General of the Army 1944 mengandungi lima bintang dalam susunan segilima, dengan setiap bucu bersentuhan. Lima pegawai yang pernah memegang pangkat versi General of the Army 1944 dan tarikh setiap pelantikan adalah seperti berikut:
• | George Marshall | 16 Disember 1944 |
• | Douglas MacArthur | 18 Disember 1944 |
• | Dwight D. Eisenhower | 20 Disember 1944 |
• | Henry H. Arnold | 21 Disember 1944 |
• | Omar Bradley | 22 September 1950 |
Tempoh pertama empat pelantikan ini disejajarkan dengan lantikan pertama tiga Laksamana Armada lima bintang adalah seperti berikut:
• | William D. Leahy | 15 Disember 1944 |
• | Ernest King | 17 Disember 1944 |
• | Chester Nimitz | 19 Disember 1944 |
Ini adalah untuk mewujudkan turutan senioriti dikalangan jeneral dan kesetaraan antara perkhidmatan. Lantikan terakhir pangkat lima bintang tentera laut ialah William Halsey pada 11 Disember 1945.
Walaupun secara singkat dipertimbangkan,[9] pihak Tentera Darat A.S. tidak memperkenalkan pangkat Field Marshal. Di Amerika Syarikat, istilah "Marshal" secara tradisinya digunakan untuk pegawai penguatkuasa undang-undang awam, khususnya Marshal AS, serta bekas ketua polis negeri dan tempatan. Di samping itu, pemberian pangkat nama "marshal" akan menyebabkan George Marshall ditakrifkan sebagai "Field Marshal Marshall", yang dianggap kurang elok.[9][10][11][12]
Eisenhower melepaskan tauliah tenteranya pada 31 Mei 1952 untuk bertanding jawatan presiden AS. Selepas Eisenhower terpilih dan berkhidmat selama dua penggal, Presiden John F. Kennedy menandatangani Undang-Undang Awam 87-3 pada 22 Mac 1961,[13] yang meluluskan pelantikan semula Eisenhower "ke tugas aktif Tentera Darat Tetap mengikut gred lamanya, iaitu General of the Army dengan tarikh pangkat lama mengikut gred tersebut".[14][15] Pangkat itu pada hari ini diperingati pada papan tanda yang tertera Sistem Lebuhraya Antara Negeri sebagai sebahagian daripada Lebuhraya Antara Negeri Eisenhower, yang memaparkan lima bintang perak dengan latar belakang warna biru muda.[16][17]
Arnold, seorang jeneral dalam Tentera Darat, adalah Panglima Angkatan Udara Tentera Darat (USAAF) semasa beliau dinaikkan pangkat General of the Army. Selepas Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) menjadi perkhidmatan yang berasingan pada 18 September 1947, pangkat Arnold turut dibawa ke Tentera Udara, sama seperti semua anggota USAAF, peralatan, dan lain-lain juga dibawa. Arnold merupakan yang pertama dan, setakat ini, satu-satunya Jeneral Angkatan Udara. Beliau juga merupakan satu-satunya orang yang pernah memegang pangkat lima bintang dalam dua cabang perkhidmatan Angkatan Tentera AS.[18]
Pegawai-pegawai yang memegang pangkat General of the Army ini kekal menjadi pegawai Tentera Darat Amerika Syarikat seumur hidup, dengan gaji tahunan $20,000 dan elaun, bersamaan dengan $285,000 pada 2018. Mereka berhak mendapat sebuah pejabat yang diselenggara oleh pihak Tentera Darat berserta dengan seorang juruiring (berpangkat Kolonel), seorang setiausaha, dan seorang pembantu peribadi.[19]
Penggunaan moden
Tiada pegawai yang pernah dilantik ke pangkat Jeneral Angkatan Darat sejak Omar Bradley.[20] Pangkat Jeneral Angkatan Darat masih dipelihara sebagai pangkat tentera A.S., dan sekali lagi boleh dikurniakan, terutamanya semasa perang besar, bergantung pada kelulusan Senat Amerika Syarikat. Dasar ketenteraan Amerika Syarikat sejak penciptaan bintang kelima dalam Perang Dunia II boleh dikurniakan hanya apabila panglima tentera A.S. mesti setaraf atau berpangkat lebih tinggi daripada panglima tentera negara lain yang berada dibawah kawalannya.[21] Namun, Presiden, dengan kelulusan dari Senat, boleh mengurniakan bintang kelima pada bila-bila masa yang dianggap wajar.[22][23]
Walaupun Pengerusi Ketua-Ketua Turus Bersama (CJCS) yang pertama, Omar Bradley, akhirnya dikurniakan bintang kelima, kenaikkan pangkat tersebut tidak datang dengan jawatan itu; kenaikkan Bradley adalah langkah politik supaya beliau tidak direndahkan oleh orang bawahannya, Douglas MacArthur.[24][25]
Pada hujung tahun 1990an, terdapat cadangan dalam kalangan ahli akademik Jabatan Pertahanan untuk memberikan pangkat lima bintang pada jawatan Pengerusi Ketua-Ketua Turus Bersama.[26][27][28]
Selepas berakhirnya Perang Teluk, tetapi sebelum tempoh memegang jawatan sebagai Setiausaha Negara, terdapat cakap-cakap untuk memberi bintang kelima kepada Jeneral Colin Powell, yang telah berkhidmat sebagai CJCS semasa konflik itu. Walaupun menghadapi tekanan awam dan Kongres untuk berbuat demikian,[22][29] kakitangan pasukan peralihan presiden Clinton menentangnya atas alasan politik, takut kerana pengaruh bintang kelima akan membantu Powell jika beliau mahu bertanding jawatan presiden.[23][30][31] Satu usaha juga dibuat untuk menaikkan pangkat Jeneral Norman Schwarzkopf Jr. ke Jeneral Tentera Darat, namun ia tidak dilaksanakan.[32]
Seawal tahun 2000an, beberapa pengulas mencadangkan pemimpin tentera dalam Perang Global terhadap Pengganas dinaikkan ke pangkat lima bintang.[33] Pada Januari 2011, para pengasas kelompok sokongan politik Vets for Freedom menerbitkan satu siaran editor dalam Wall Street Journal menyeru Jeneral David Petraeus agar dikurniakan bintang kelima sebagai mengiktiraf kerja dan kepentingan misinya.[34] Sebelum itu, pada Julai 2010, D.B. Grady menulis satu artikel dalam The Atlantic menyokong kenaikkan pangkat yang sama.[35]
General of the Armies
Pangkat General of the Armies adalah lebih kanan daripada General of the Army, dan pangkat ini telah diberikan kepada dua orang pegawai sahaja dalam sejarah A.S. Pada tahun 1919, John J. Pershing telah dinaikkan pangkat ke General of the Armies kerana khidmat baktinya dalam Perang Dunia I. Pada tahun 1976, George Washington secara anumerta dinaikkan ke pangkat ini kerana khidmat baktinya sebagai Panglima Tentera Darat Amerika Syarikat yang pertama.[2][3] Pada tahun 1903, tarikh diundurkan ke 1899, George Dewey telah dinaikkan pangkat ke Admiral of the Navy, iaitu pangkat yang setaraf dengan General of the Armies.
Apabila pangkat lima bintang General of the Army diperkenalkan, diputuskan bahawa Jeneral Pershing, yang masih lagi hidup, akan menjadi pangkat tertinggi dari semua General of the Army yang baru dilantik. Setiausaha Perang Henry L. Stimson telah ditanya samada Pershing merupakan jeneral lima bintang (pada masa itu pangkat tertinggi adalah jeneral empat bintang). Stimson menyatakan:
Terdapat niat Tentera Darat untuk menjadikan gred General of the Armies senior kepada General of the Army. Saya telah menasihati Kongres bahawa Jabatan Perang telah menyetujui tindakan yang dicadangkan itu.
Seksyen 7 Undang-Undang Awam 78-482 berbunyi: "Nothing in this Act shall affect the provisions of the Act of September 3, 1919 (41 Stat. 283: 10 U.S.C. 671a), or any other law relating to the office of General of the Armies of the United States."[6]
George Washington telah dinaikkan pangkat ke General of the Armies selepas kematian pada 15 Mac 1978 oleh Setiausaha Tentera Darat Clifford Alexander. Berhubung dengan sambutan perayaan ulang tahun ke-200 Amerika, Kongres meluluskan undang-undang pada 19 Januari 1976 menggesa kenaikkan pangkat Washington dan Presiden Gerald Ford mengesahkannya pada Oktober 1976, tetapi para sejarawan mendapati bahawa tindakan Kongres dan Presiden tidak mencukupi, meminta pihak Tentera Darat harus mengeluarkan arahan untuk merasmikan kenaikkan ini. Mengikut Undang-Undang Awam 94-479, General of the Armies of the United States di zahirkan sebagai "pangkat dan keutamaan atas semua gred lain Tentera, dahulu atau sekarang", dengan jelas menjadikannya gred tertinggi dari General of the Army.[3] Oleh itu, Washington akan terus menjadi jeneral Amerika Syarikat yang paling kanan. Semasa hayatnya, Washington telah dilantik sebagai jeneral dalam Tentera Darat Kontinental sewaktu Perang Revolusi, dan sebagai leftenan jeneral tiga bintang dalam Tentera Darat Tetap semasa Perang Quasi dengan Perancis.
Pangkat setaraf
Pangkat Jeneral Angkatan Darat bersamaan dengan pangkat Jeneral Angkatan Udara USAF dan pangkat Laksamana Armada USN.[1]Perkhidmatan beruniform Amerika Syarikat yang lain seperti Kor Marin AS, Pengawal Pantai AS, Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) dan Kor Perkhidmatan Kesihatan Awam (PHSCC) tidak mempunyai pangkat yang setara.
Dalam angkatan tentera asing, pangkat setaraf biasanya adalah Marsyal atau Fil Marsyal. Dalam Tentera Darat British, Fil Marsyal adalah pangkat pegawai jeneral yang paling tinggi, tetapi ia kini hanyalah pangkat istiadat. Rusia pula menggunakan pangkat Marsyal Persekutuan Rusia.
Lihat juga
- Senioriti ketenteraan Amerika Syarikat
- Pegawai jeneral di Amerika Syarikat
- Lencana pangkat pegawai Tentera Darat Amerika Syarikat
- Senarai perbandingan pangkat tentera
- Senarai Fil Marsyal
- Pangkat enam bintang
- Pemerintah Bersekutu Tertinggi
Rujukan
- ^ a b "Army Regutation 600-20, see table 1-2 on page 5" (PDF). Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ a b c d "U.S. Army Five Star Generals – Frequently Asked Questions". history.army.mil. U.S. Army Center of Military History. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-31. Dicapai pada 19 October 2015.
- ^ a b c "Public Law 94-479" (PDF). gpo.gov. United States Government Printing Office. Dicapai pada 19 October 2015.
- ^ Ulysses S. Grant, General of the Army, General Orders No. 52, http://www.ulyssessgrant.org/p/general-of-army.html
- ^ "Public Law 482". Dicapai pada 2008-04-29.
- ^ a b "Public Law 78-482" (PDF). legisworks.org. Legis Works. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-11-20. Dicapai pada 19 October 2015.
- ^ "Public Law 333, 79th Congress". Naval Historical Center. April 11, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-13. Dicapai pada 2007-10-22. The retirement provisions were also applied to the World War II Commandant of the Marine Corps and the Commandant of the Coast Guard, both of whom held four-star rank.
- ^ "Public Law 79-333" (PDF). legisworks.org. Legis Works. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-11-21. Dicapai pada 19 October 2015.
- ^ a b Leonard Mosley, Marshall, hero for our times (1982), 270, available at Google Books
- ^ Sydney Louis Mayer, The biography of General of the Army, Douglas MacArthur (1984), 70, available at Google Books
- ^ Eric Larrabee, Commander in chief: Franklin Delano Roosevelt, his lieutenants, and their war (2004), 200, available at Google Books
- ^ Stuart H. Loory, Defeated; inside America's military machine (1973), 78, available at Google Books
- ^ "John F. Kennedy: Letter to President Eisenhower Upon Signing Bill Restoring His Military Rank". www.presidency.ucsb.edu.
- ^ "Public Law 87-3" (PDF). gpo.gov. United States Government Printing Office. Dicapai pada 19 October 2015.
- ^ Jean Edward Smith (2012). Eisenhower in War and Peace. Random House. m/s. 761–2. ISBN 978-1-4000-6693-3.
- ^ "Eisenhower Military Ranks". Eisenhower Presidential Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-12. Dicapai pada 2007-10-22.
- ^ "Eisenhower Resigned as General". Eisenhower Presidential Center. Diarkibkan daripada yang asal pada June 12, 2007. Dicapai pada 2007-10-22.
- ^ "CMH". www.history.army.mil. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-25. Dicapai pada 2019-10-01.
- ^ James 1985, m/s. 661–662.
- ^ Uldrich, Jack (2005). Soldier, statesman, peacemaker: leadership lessons from George C. Marshall. m/s. 151. ISBN 978-0-8144-0857-5. Dicapai pada February 21, 2011.
- ^ Taylor, E. Kelly (2009). America's Army and the Language of Grunts: Understanding the Army Lingo Legacy. AuthorHouse. m/s. 283. ISBN 978-1-4389-6250-4. Dicapai pada February 25, 2011.
The rank was created during World War II because of the enormity of the war, and the fact that several American commanders found themselves in the awkward position of commanding Allied officers of higher rank
- ^ a b "U.S. Sen. Kasten Pushing Effort To Award Powell With Historic Fifth Star". Jet. 79 (23). March 1991. ISSN 0021-5996. Dicapai pada February 21, 2011.
...there is a movement afoot in the U.S. Senate to award an historic fifth star to the nation's first Black Joint Chiefs of Staff Chairman Gen. Colin L. Powell for his military proficiency.
- ^ a b Stephanopoulos, George (1999). All Too Human: A Political Education. Thorndike Press. m/s. 330–331. ISBN 978-0-7862-2016-8. Dicapai pada February 21, 2011.
Mack asked me to secretly research the procedure for awarding a fifth star to a general. [...] If Powell did challenge Clinton, the fifth star would forestall criticism of the general's military record.
- ^ Abrams, Jim (March 22, 1991). "Higher rank not in the stars for nation's top generals". Associated Press.
Bradley received his fifth star in 1950 when he became chairman of the Joint Chiefs of Staff so he would not be outranked by MacArthur.
- ^ Tillman, Barrett (2004). Brassey's D-Day encyclopedia: the Normandy invasion A-Z. Brassey's. m/s. 48. ISBN 978-1-57488-760-0. Dicapai pada February 22, 2011.
MacArthur, having been army chief of staff before World War II, was senior to everyone on the Joint Chiefs, and some observers felt that Bradley was given his fifth star in order to deal with the vainglorious field commander on an equal footing.
- ^ "Organizing for National Security: The Role of the Joint Chiefs of Staff". Institute for Foreign Analysis. January 1986. m/s. 11. https://books.google.com/books?ei=dlFjTeSbOYK8lQfVh7SvDA&ct=result&id=HgoJAQAAMAAJ&dq=Chairman+of+the+Joint+Chiefs+of+Staff+five-star+rank&q=%22five+star%22#search_anchor. Diperolehi February 21, 2011. "There was some discussion of the proposal to grant the Chairman of the Joint Chiefs five-star rank, as a symbol of his status as the most senior officer in the armed forces."
- ^ Jones, Logan (February 2000). "Toward the Valued Idea of Jointness: The Need for Unity of Command in U.S. Armed Forces". Naval War College: 2. ADA378445. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-10-11. Dicapai pada February 21, 2011. Rumusan ringkasan.
Promoting the Chairman to the five-star rank and ceding to him operational and administrative control of all U.S. Armed Forces would enable him to provide a unifying vision...
Cite journal requires|journal=
(bantuan) - ^ Owsley, Robert Clark (June 1997). "Goldwater-Nichols Almost Got It Right: A Fifth Star for the Chairman". Naval War College: 14. ADA328220. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-10-11. Dicapai pada February 21, 2011. Rumusan ringkasan.
...Chairman's title be changed to Commander of the Armed Forces and commensurate with the title and authority he be assigned the grade of five stars.
Cite journal requires|journal=
(bantuan) - ^ Italia, Bob (1991). Armed Forces: War in the Gulf. Abdo & Daughters. m/s. 44–46. ISBN 978-1-56239-026-6. Dicapai pada February 21, 2011.
Others want to make him a five-star general. [...] Congress is talking about giving him a fifth silver star, which is very rare.
- ^ Hamilton, Nigel (2007). Bill Clinton: Mastering the Presidency. PublicAffairs. m/s. 190, 399. ISBN 978-1-58648-516-0. Dicapai pada February 21, 2011.
Moreover, for the very reason he admired Colin Powell as the most distinguished living black American, Clinton also feared the general as a potential rival. [...] Bill Clinton had denied Powell his rightful fifth star...
- ^ Halberstam, David (2001). War in a Time of Peace: Bush, Clinton, and the Generals. Scribner. m/s. 190. ISBN 978-0-7432-0212-1. Dicapai pada February 22, 2011.
They checked it out and found that the last general to get a fifth star was Omar Bradley forty-three years earlier. Powell, they decided, was not Bradley. Besides, as George Stephanopoulos noted, if they gave him one more star, it might help him one day politically.
- ^ Evans, David (28 March 1991). "No More Stars,Sir WAR IN THE GULF". Baltimore Sun. Dicapai pada 6 September 2014.
Dazzled by America's blitzkrieg victory over Iraq, Sen. Bob Kasten, R-Wis., has put forth a resolution that the architects of this triumph, Gens. Colin L. Powell and H. Norman Schwarzkopf, be promoted to five-star rank.
"S.J.RES.85". Congress.gov. Library of Congress. 5 March 1991. Dicapai pada 23 August 2016.
"H.R.1052". Congress.gov. Library of Congress. 28 February 1991. Dicapai pada 23 August 2016.
Brown, Warren; Wagner, Heather Lehr (1 January 2009). Colin Powell: Soldier and Statesman. Infobase Publishing. m/s. 78. ISBN 9781438100753. Dicapai pada 6 September 2014.The speedy, complete, and relatively bloodless victory for the allies-less than 200 Americans were killed in the Persian Gulf War-turned Powell, Schwarzkopf, and the rest of the U.S. military into national heroes. Congressmen proposed to promote the two men to rank of General of the Army, which would make them the first generals to wear five stars since Omar N. Bradley was accorded that honor in 1950.
- ^ Stringer, Kevin D. (2007). "A Supreme Commander for the War on Terror" (PDF). JFQ. National Defense University Press (44): 23. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada February 22, 2011. Dicapai pada February 21, 2011.
The development of a four- or even five- star commander with staff to run the war on terror...
Unknown parameter|laysource=
ignored (bantuan) - ^ Hegseth, Pete; Wade Zirkle (January 13, 2011). "A Fifth Star for David Petraeus". Wall Street Journal. News Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada February 22, 2011. Dicapai pada February 22, 2011.
- ^ D.B. Grady (7 July 2010). "Give Petraeus 5 Stars". The Atlantic. Dicapai pada 27 August 2012.
Pautan luar
United States commissioned officer and officer candidate ranks
| ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pay grade / Branch of service | Officer candidate |
O-1 | O-2 | O-3 | O-4 | O-5 | O-6 | O-7 | O-8 | O-9 | O-10 | O-10 (WAR TIME) |
Special grade | |
Approximate insignia[1][2] | [2] | |||||||||||||
Air Force | Cadet / OT | 2d Lt | 1st Lt | Capt | Maj | Lt Col | Col | Brig Gen | Maj Gen | Lt Gen | Gen | GAF[3] | [5] | |
Army | CDT / OC | 2LT | 1LT | CPT | MAJ | LTC | COL | BG | MG | LTG | GEN | GA[3] | GAS[3] | |
Marine Corps | Midn / Cand | 2ndLt | 1stLt | Capt | Maj | LtCol | Col | BGen | MajGen | LtGen | Gen | [5] | [5] | |
Navy | MIDN / OC | ENS | LTJG | LT | LCDR | CDR | CAPT | RDML | RADM | VADM | ADM | FADM[3] | AN[3] | |
Coast Guard | CDT / OC | ENS | LTJG | LT | LCDR | CDR | CAPT | RDML | RADM | VADM | ADM | [5] | [5] | |
Public Health Service | [4] | ENS | LTJG | LT | LCDR | CDR | CAPT | RADM | RADM | VADM | ADM | [5] | [5] | |
National Oceanic and Atmospheric Administration |
[4] | ENS | LTJG | LT | LCDR | CDR | CAPT | RDML | RADM | VADM |
[4] | [5] | [5] | |
[2]Unofficial 1945 proposal for General of the Armies insignia; John J. Pershing's GAS insignia: ; George Dewey's AN insignia: [3] Grade is inactive; requires Congressional approval for re-activation [4] Grade is authorized by the U.S. Code for use but has not been created [5] Grade has never been created or authorized |
United States warrant officer ranks
| |||||
---|---|---|---|---|---|
W-1 | W-2 | W-3 | W-4 | W-5 | |
Tentera Udara | WO1[1] | CWO2[1] | CWO3[1] | CWO4[1] | CWO5[1] |
Tentera Darat | WO1 | CW2 | CW3 | CW4 | CW5 |
Kor Marin | WO1 | CWO2 | CWO3 | CWO4 | CWO5 |
Tentera Laut | WO1[1] | CWO2 | CWO3 | CWO4 | CWO5 |
Coast Guard | WO1[1] | CWO2 | CWO3 | CWO4 | [2] |
Public Health Service | [2] | [2] | [2] | [2] | [3] |
National Oceanic and Atmospheric Administration |
[3] | [3] | [3] | [3] | [3] |
[2] Grade is authorized for use by U.S. Code but has not been created [3] Grade never created or authorized |