Jemput-jemput udang | |
---|---|
Nama alternatif | Jejemput udang Cucur udang Cekodok udang |
Tempat asal | Malaysia |
Suhu penghidangan | Panas atau Sejuk |
Bahan utama | Udang Tepung gandum |
144 kcal (603 kJ) | |
sunting · sunting di Wikidata |
Jemput-jemput udang atau juga dikenali sebagai cucur udang, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak masak. Jemput-jemput udang mendapat nama kerana bahan perisa tambahan yang dicampurkan bersama tepung gandum tersebut iaitu udang kering atau segar. Ia turut dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiznya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.
Cucur udang sering dimakan dengan kuah lada, kuah kacang atau dimasak bersama rojak, mi goreng mamak atau pasembur.
Galeri
-
Cucur udang yang sedap dihidangkan semasa panas sebagai hidangan petang
-
Cucur udang biasanya dicicah dengan sos cili untuk dimakan.
Pautan luar
- (Melayu) Resipi di Kuali. Diarkibkan 2007-10-14 di Wayback Machine
- (Melayu) Resipi jemput udang geragau.