Udang kering adalah udang kecil-kecil yang sudah dikeringkan. Udang kering merupakan sejenis ramuan masakan penting di Asia termasuk Malaysia dan Indonesia, terutamanya bagi penduduk Melayu. Ia merupakan sejenis bahan perasa dan turut direkodkan kegunaannya oleh William Marsden pada 1812. [1]
Kebiasaannya ia dikelaskan mngikut gred; gred A digunakan dalam masakan seperti nasi goreng, manakala udang gred B diproses semula untuk dijadikan belacan atau cencaluk.
Udang kering bagaimanapun mempunyai bau yang kuat dan tidak digemari oleh sesetengah orang.