Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya akhirnya dibentuk setelah dipersetujui oleh kerajaan pada 2011.
Mesyuarat pemilihan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.Turut hadir ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin; Datuk S Subramaniam; Tan Sri Ong Ka Ting; Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.
Jika syor-syor tidak dapat dilaksanakan pada PRU13, ia akan dilaksanakan dalam pilihan raya seterusnya.Hak memanggil pilihan raya adalah kuasa mutlak Perdana Menteri yang menjadi amalan di mana-mana negara pengamal demokrasi dan tidak patut dipersoalkan.[1]
Senarai anggota jawatankuasa
Wakil BN terdiri daripada :
- Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili (wakil Sabah dan Kadazan)- Pengerusi jawatankuasa
- Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) - (wakil Sarawak dan Iban)
- Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN-Kangar)
- Tan Sri Dr. Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) (wakil MCA dan Cina)
- P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) -(wakil MIC dan India) [2]
Wakil PR terdiri daripada :
- Azmin Ali (PKR-Gombak)
- Dr. Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai)
- Loke Siew Fook (DAP-Rasah)
Wakil bebas ialah Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju).[3]
Laporan
Pada 3 April 2012, Jawatankuasa ini membentangkan laporannya, memberikan 22 syor yang boleh dilaksanakan baga menambahbaik proses pilihan raya di Malaysia.