Rencana ini perlu dikembangkan untuk memenuhi kriteria sebagai rencana Wikipedia. Bantulah untuk mengembangkan rencana ini. Jika tidak dikembangkan, rencana ini akan dihapus. |
Jambatan Millau (Bahasa Perancis: Viaduc de Millau) adalah sebuah jambatan jalan bersanggahkan kabel yang menyeberangi lembah Sungai Tarn, Millau yang terletak di selatan Perancis. Projek pembinaan jambatan ini dirancang bina (direka) oleh seorang juruteknik jambatan Perancis Michel Virlogeux dengan kerjasama bersama arkitek Britain, Lord Foster, Millau merupakan jambatan "vehicular" tertinggi di dunia, dengan puncak menaranya yang berketinggian 341 meter (1.118 kaki); tinggi sedikit dari Menara Eiffel dan hanya 40 m (132 kaki) lebih pendek dari Bangunan Empire State. Millau telah dibuka secara rasmi pada tanggal 14 Disember 2004 dan dibuka untuk lalu lintas pada 16 Disember 2004.
Sejarah
Sebelum jambatan ini dibina, pengguna yang menggunakan jalan daripada Sepanyol ke Paris terpaksa mengharungi kesesakan trafik di kawasan Lembah Tarn berdekatan bandar Millau yang sering berlaku terutamanya pada cuti musim panas. Disebabkan perkara ini, rancangan untuk membina jambatan dimulakan.[1]
Rujukan
- ^ "http://news.bbc.co.uk/2/shared/spl/hi/pop_ups/03/europe_the_millau_bridge/html/2.stm">The Millau Bridge, BBC