| Jaman Tori | |
|---|---|
| Genre | Drama, Fantasi, Komedi |
| Ditulis oleh | Zati Hanani Zulkifli Ayun Kamal Nanie Shari Abu Hassan Ahmad |
| Pengarah | Opie Zami |
Dibintangi oleh | Sobri Anuar Faizal Hussein Bohari Ibrahim Imuda |
| Negara asal | |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Sobri Anuar |
| Penerbit | Sobri Anuar Bersekutu Dato' Adam Ilyas |
| Penyunting | Mohamed Sufiandin Wahid |
| Sinematografi | Shahrul Nazrul Ramli |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Awesome TV |
Jaman Tori Pengembaraan Si Kelembai atau ditulis sebagai Jaman Tori merupakan siri drama fantasi kanak-kanak yang ditayangkan di Awesome TV.
Sinopsis
Sang Kelembai dibicarakan atas kesalahannya yang telah menyalahgunakan kuasa. Akibatnya dia dihukum dengan diturunkan kebumi untuk memperbaiki kesalahannya.
Episod
| Episod | Tajuk | Sinopsis |
|---|---|---|
| 1 | "Kembara Bermula" | Sang Kelembai telah membuat perjanjian dengan Raja Sulaiman untuk membetulkan semula semua kesalahan lampaunya di atas muka bumi yang telah banyak menyumpah makhluk menjadi batu. Jika tidak dia akan menjadi batu. |
| 2 | "Tuah & Jebat" | Sang Kelembai melihat Hang Tuah dan Hang Jebat sedang bergaduh tentang Keris Taming Sari. Dia merasakan dia perlu membantu Hang Tuah untuk mendapatkan kembali Keris Taming Sari dan memulihkan hubungan mereka. |
| 3 | "Bawang Merah" | Bawang Merah kesunyian setelah Bawang Putih berkahwin. Merah menghadapi masalah dimana Merah masih tidak tahu membuat kerja-kerja rumah kerana dahulu sering bergantung harap pada Putih. |
| 4 | "Batu Belah Batu Bertangkup" | Mak Pekan membawa diri ke Batu Belah Batu Bertangkup kerana kecewa dengan Pekan yang memakan telur tembakulnya. Sang Kelembai yang mengetahui hal itu cuba membaikkan hubungan Pekan dan ibunya. |
| 5 | "Puteri Gunung Ledang" | Sebuah kampung menjadi huru-hara disebabkan titah Sultan yang ingin berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang. Sang Kelembai yang risau dengan keadaan tersebut tampil untuk membantu. |
| 6 | "Raja Bersiong" | Raja Bersiong lari dari istana kerana diburu oleh rakyatnya. Pertemuan dengan Sang Kelembai membuatkan Raja Bersiong bertemu jalan untuk memperbaiki kesilapan dan mengatasi kelemahannya. |
| 7 | "Dayang Senandung" | Dayang Senandung dihalau dari istana kerana dibenci oleh bonda dan rakyatnya disebabkan paras rupanya yang tidak cantik. Pertemuan dengan Sang Kelembai membuatkan Dayang Senandung sedar akan kelebihan yang dia miliki. |
| 8 | "Pak Pandir & Mak Andir" | Pak Pandir sering dimarahi oleh isterinya, Mak Andir kerana sifatnya yang lurus bendul dan sering ditipu. Atas rasa simpati terhadap Pak Pandir, Sang Kelembai membantu memperbaiki hubungan Pak Pandir dan Mak Andir yang sering dingin. |
Pelakon
Pelakon utama
- Sobri Anuar sebagai Sang Kelembai
- Faizal Hussein sebagai Raja Sulaiman
- Bohari Ibrahim sebagai Pendakwaraya
- Imuda sebagai Peguamcara
Pelakon pembantu
- Ucop Cecupak sebagai Hang Tuah
- Tasha Shilla sebagai Bawang Merah
- Filzah Azmi sebagai Mak Pekan
- Wan Raja sebagai Bendahara
- Sathiya sebagai Raja Bersiong
- Noralbaniah sebagai Bonda Permaisuri
- Nazeera Sardi sebagai Dayang Senandung
- Roy Azman sebagai Pak Pandir
- Alynn Techen sebagai Mak Andir








