Jalur merupakan pecahan spektrum frekuensi komunikasi radio yang digunakan atau ditetapkan untuk kegunaan saluran komunikasi tertentu.
Contoh
- Jalur penyiaran AM (530–1610 kHz [atau hingga 1710 kHz di jalur AM tambahan di benua Amerika)
- Pelbagai Jalur gelombang pendek (5.9–26.1 MHz)
- Jalur antara penduduk (26.965–27.405 MHz)
- Saluran televisyen 2–6 (54–88 MHz di benua Amerika)
- Jalur penyiaran FM (88–108 MHz; 76–90 MHz di Jepun)
- Jalur udara (108–137 MHz) untuk suar VOR, ILS dan kawalan lalulintas udara
- VHF marin (156-174 MHz)
- Saluran televisyen 7–13 (174–216 MHz di benua Amerika)
- Jalur L (1,452–1,492 MHz) untuk siaran radio digital (DAB) di luar Amerika Syarikat
- Jalur radio amatur sepanjang frekuensi berbeza
- Jalur kegunaan tentera:
- Jalur K (20–40 GHz), dibahagikan kepada:
- Suar radionavigasi, seperti LORAN dan GPS
- Jalur V (50–75 GHz)
- Pelbagai jalur radio amatur
Setiap jalur ini mempunyai pelan jalur asas yang menentukan kegunaan dan kongsiannya untuk mengelakkan gangguan serta menetapkan protokol demi keserasian pemancar dan penerima.
Lazimnya, jalur-jalur disempadankan mengikut panjang gelombang 10n meter, atau frekuensi 3&kali;10n hertz. Contohnya, 30 MHz atau 10 m memisahkan gelombang pendek (lebih rendah, lebih panjang) dari VHF (lebih tinggi, lebih pendek). Inilah bahagian-bahagian spektrum radio, bukan peruntukan frekuensinya.