Jailer 2 | |
---|---|
Pengarah | Nelson Dilipkumar |
Penulis | Nelson Dilipkumar |
Dihasilkan oleh | Kalanithi Maran |
Dibintangi | Rajinikanth Yogi Babu |
Muzik oleh | Anirudh Ravichander |
Syarikat penerbitan | |
Negara | India |
Bahasa | Tamil |
Jailer 2(Tamil: ஜெயிலர் 2) ialah sebuah filem komedi aksi bahasa Tamil akan datang. Filem ini akan diarahkan oleh Nelson Dilipkumar dan diterbitkan oleh Kalanithi Maran dari Sun Pictures. Filem ini merupakan sekual bagi filem Jailer. Rajinikanth akan memainkan semula wataknya sebagai "Tiger" Muthuve Pandian[1][2]
Filem terdahulu Jailer, kerjasama pertama Nelson dengan Rajinikanth, telah ditayangkan di pawagam pada 10 Ogos 2023. Filem ini, dengan penampilan khas yang tidak dapat dilupakan daripada Shivarajkumar dan Mohanlal, menjadi filem Tamil dengan kutipan tertinggi sepanjang tahun bagi tahun 2023.
Pelancaran dan pemasaran
Para pembuat filem secara rasmi mengumumkan sekuel dengan sebuah video sempena perayaan Pongal (14 Januari 2025, Selasa)[3]. Dalam video tersebut, Nelson dan penggubah muzik Anirudh Ravichander dilihat bersantai di Goa, sementara buletin berita menyebut tentang taufan yang sedang bergerak pantas menuju ke Chennai.
Dengan gaya jenaka khasnya, Nelson bercakap tentang bagaimana sejak pelancaran filem terakhirnya, lima taufan telah berlalu dan Donald Trump telah menjadi presiden AS. Ketika mereka berdua cuba mendapatkan idea kukuh untuk filem seterusnya, mereka terkejut melihat sekumpulan lelaki diserang dengan kejam oleh seorang lelaki misteri.
Rujukan
- ^ https://liveindia.tv/entertainment/jailer-2-megastar-rajinikanth-back-to-entertain-audience/
- ^ https://www.onmanorama.com/entertainment/entertainment-news/2025/01/15/rajinikanth-muthuvel-pandian-jailer-2-fun-packed-announcement-teaser.html
- ^ https://www.livemint.com/news/trends/jailer-2-teaser-public-review-viewers-hail-rajinikanths-swag-in-special-promo-call-it-good-news-11736909906315.html