Jai Courtney | |
---|---|
Kelahiran | Jai Stephen Courtney 15 Mac 1986 |
Pusat pendidikan | Cherrybrook Technology High School, Western Australian Academy of Performing Arts |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2005–kini |
Jai Stephen Courtney (/dʒaɪ/;[1] lahir 15 Mac 1986)[2][3] merupakan seorang pelakon dari Australia.[1] Beliau memulakan kerjaya dalam bidang lakonan menerusi watak kecil dalam filem dan siri televisyen sebelum mendapat tawaran sebagai Charlie dalam filem aksi Jack Reacher (2012). Beliau kemudiannya muncul dalam A Good Day to Die Hard (2013) dan I, Frankenstein (2014).
Courtney turut mendapat peranan sebagai Varro dalam siri televisyen Spartacus: Blood and Sand (2010). Selain itu, beliau turut memegang watak sebagai Eric dalam filem cereka sains, Divergent (2014), dan Insurgent (2015). Beliau turut memegang watak sebagai Kyle Reese dalam Terminator Genisys dan Captain Boomerang pada tahun 2016 menerusi filem Suicide Squad.
Kehidupan awal
Courtney dilahirkan di Sydney, New South Wales, dan membesar di Cherrybrook, pinggir bandar Sydney. Bapa beliau, Chris, bekerja di syarikat elektrik milik negara, manakala ibunya, Karen, merupakan seorang guru di Galston Public School, di mana Courtney dan kakaknya turut belajar. Beliau kemudiannya ke Cherrybrook Technology High School dan Western Australian Academy of Performing Arts yang menamatkan belajar pada tahun 2008.[4][2][5]
Kerjaya
Courtney mendapat tawaran pertama menerusi filem pendek kontroversi, Boys Grammar pada tahun 2005 yang turut dibintangi oleh Daniel Feuerriegel dan Adam J. Yeend. Pada tahun 2008, Courtney mendapat tawaran bagi sebuah siri di Australia, Packed to the Rafters, sebelum muncul dalam All Saints, To Hell & Bourke dan beberapa buah filem pendek yang lain. Pada tahun 2010, beliau memegang watak Varro dalam Spartacus: Blood and Sand untuk 10 buah episod, sebelum membintangi Jack Reacher pada tahun 2012 disamping Tom Cruise dan dalam A Good Day to Die Hard bersama Bruce Willis.[6][7][8]
Pada tahun 2014, beliau muncul dalam filem I, Frankenstein sebagai Gideon dan Felony sebagai Jim Melic.[9] Courtney kemudiannya muncul dalam Divergent (2014) dan Unbroken serta The Water Diviner sebagai Lt. Col. Hughes.[10] Beliau muncul semula sebagai Eris dalam sekuel The Divergent Series: Insurgent (2015), yang memulakan penggambaran pada Mei 2014 dan ditayangkan pada 20 Mac 2015.[11]
Courtney muncul sebagai Kyle Reese, dalam filem cereka sains, Terminator Genisys.[12] Pengambaran filem Terminator Genisys bermula pada April/Mei 2014,[13] dan telah ditayangkan pada 1 Julai 2015.[14] Courtney telah bekerja untuk Terminator dan Insurgent dalam waktu yang sama.[15]
Courtney turut menjadi suara latar Pinch Hitter untuk lagu "All of a Sudden" dari album pertama, When Friends Die in Accidents.[16]
Pada Mac 2015, Courtney menandatangan untuk memegang watak sebagai Captain Boomerang dalam filem DC Comics, Suicide Squad, disamping Will Smith, Jared Leto dan Margot Robbie. Pengambaran bermula pada April 2015 sebelum ditayangkan pada Ogos 2016.[17]
Kehidupan peribadi
Sehingga November 2012, Courtney telah menetap di Los Angeles, California. Beliau menjalinkan hubungan dengan Mecki Dent.[18]
Filemografi
Filem
Tahun | Judul | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2009 | Stone Bros. | Eric | |
2012 | Jack Reacher | Charlie | |
2013 | A Good Day to Die Hard | John "Jack" McClane, Jr. | |
2014 | I, Frankenstein | Gideon | |
2014 | Divergent | Eric Coulter | |
2014 | Felony | Jim Melic | Tercalon – Australian Film Critics Association Award untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Tercalon – Film Critics Circle of Australia Award untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik |
2014 | Unbroken | Hugh "Cup" Cuppernell | |
2014 | The Water Diviner | Lt. Col. Cyril Hughes | |
2015 | The Divergent Series: Insurgent | Eric Coulter | |
2015 | Terminator Genisys | Kyle Reese | |
2015 | Man Down | Devin Roberts | |
2016 | Suicide Squad | George "Digger" Harkness / Captain Boomerang | |
2016 | The Exception | Capt. Stefan Brandt |
Televisyen
Tahun | Judul | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2008 | All Saints | Harry Avent | 2 episod |
2008–09 | Packed to the Rafters | Damian | 2 episod |
2010 | Spartacus: Blood and Sand | Varro | 8 episod |
2017 | Wet Hot American Summer: Ten Years Later | Garth MacArthur |
Teater
Tahun | Judul | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2017 | Macbeth | Macbeth | Melbourne Theatre Company |
Rujukan
- ^ a b Corinne Heller (4 December 2014). "Jai Courtney, Terminator Genisys Star: 5 Things to Know About the Australian Hottie". E!. Dicapai pada 2 April 2015.
- ^ a b Blumer, Clare (23 April 2012). "Die Hard Jai". The Global Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-05. Dicapai pada 26 September 2015.
- ^ Roach, Vicky (3 December 2012). "Jai Courtney's not just a face in the crowd". News.com.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-03. Dicapai pada 26 September 2015.
- ^ Edwards, Matt (24 February 2012). "WAAPA graduate Jai Courtney cast opposite Bruce Willis". Aussie Theatre. Dicapai pada 13 June 2017.
- ^ Naglazas, Mark (21 March 2013). "WAAPA graduate has roles to die for". The West Australian. Dicapai pada 29 March 2013.
- ^ Eisenberg, Eric (29 September 2011). "Spartacus Star Jai Courtney Joins Tom Cruise In One Shot". CinemaBlend.com.
- ^ Gilchrist, Todd; McClintock, Pamela (22 February 2012). "'A Good Day to Die Hard:' Jai Courtney Cast as Bruce Willis' Son". The Hollywood Reporter.
- ^ White, James (22 February 2012). "Jai Courtney Will Die Hard". Empire.
- ^ "Jai Courtney Joins Joel Edgerton In Aussie Thriller 'Felony'". Deadline Hollywood. 15 October 2012.
- ^ Fleming, Mike (24 October 2013). "Jai Courtney Tapped For Angelina Jolie's 'Unbroken', Russell Crowe's 'Water Diviner'". deadline.com. Dicapai pada 19 January 2014.
- ^ Tracy Brown (19 March 2015). "'Insurgent': Jai Courtney talks Eric's journey, 'Terminator'". Los Angeles Times. Dicapai pada 2 April 2015.
- ^ Kroll, Justin (19 February 2014). "Jai Courtney to Play Kyle Reese in 'Terminator' Reboot (EXCLUSIVE)". Variety. Dicapai pada 19 February 2014.
- ^ Rose, Tiffany (March 2014). "Jai Courtney and Miles Teller Talk 'Divergent', 'Terminator' and 'Fantastic Four'". Screen Rant.
- ^ Sacks, Ethan (19 February 2014). "Jai Courtney cast in 'Terminator: Genisys'". New York Daily News.
- ^ Kroll, Justin (27 March 2014). "Jai Courtney Officially Signs on to 'Terminator'". Variety.
- ^ "Track by Track: Pinch Hitter : Mess+Noise". Mess+Noise. 17 November 2014. Dicapai pada 3 December 2014.
- ^ Brent Lang (17 March 2015). "Jai Courtney Says 'Suicide Squad' Will Be 'Huge'". Variety. Dicapai pada 2 April 2015.
- ^ "Jai Courtney, who plays Captain Boomerang, with his girlfriend Mecki Dent | Suicide Squad London premiere in pictures: join Margot Robbie, Cara Delevingne & a very green Jared Leto on the red carpet - Film". Telegraph.co.uk. 2016-08-03. Dicapai pada 2016-08-22.
Pautan
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Jai Courtney |