Senarai Opera Giuseppe Verdi |
---|
Oberto, Conte di San Bonifacio (1839) |
Macbeth ialah opera empat babak penggubah Giuseppe Verdi ditulis untuk libreto Itali oleh Francesco Maria Piave dan ditambah oleh Andrea Maffei, berdasarkan lakonan pementasan karya Shakespeare yang juga berjudul “Macbeth”.
Giuseppe Verdi memulakan penulisan muzik untuk opera Macbeth pada 1846-47. Teks libretis Piave ditulis berdasarkan teks terjemahan Carlo Rusconi yang diterbitkan di Turin pada 1838. Verdi tidak mendapat kerja asal Shakespeare sehingga persembahan pertama di Teatro della Pergola di Florence pada Mac 14, 1847.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]20 tahun selepas penulisan opera ini, Verdi diminta untuk menambahkan muzik tambahan untuk persembahan di Théâtre Lyrique di Paris. Permintaan ini memberi beliau peluang untuk merombak keseluruhan opera “Macbeth”. Versi ubah suai “Macbeth” dipersembahkan buat pertama kali pada April 21, 1865 dan versi ubah suai ini kekal sebagai pilihan persembahan opera masa kini.
Versi ubah suai lebih banyak mengikuti cerita asal Shakespeare, namun beliau membuat sedikit perubahan yang lebih menarik. Cerita asal hanya mempuyai 3 ahli sihir wanita, Verdi menukarkan bahagian itu dengan menambah sekumpulan besar ahli sihir wanita dalam bentuk kumpulan koir menyanyi beramai-ramai dalam 3 bahagian harmoni.
Peranan
[sunting | sunting sumber]Peranan | Jenis suara | Tayangan pembukaan 14 Mac 1847[1] (Konduktor: - ) |
Versi Semakan Tayangan pembukaan[2] 19 April 1865 (Konduktor: - ) |
---|---|---|---|
Macbeth | bariton | Felice Varesi | M. Ismael |
Lady Macbeth | soprano | Marianna Barbieri-Nini | Mme Rey-Balla |
Banquo | bes | Nicola Benedetti | M. Bilis Petit |
Macduff | tenor | Angelo Brunacci | M. Montjauze |
Wanita sedang menulis | mezzo-soprano | Faustina Piombanti | Mme Mairot |
Malcom | tenor | Francesco Rossi | M. Huet |
Doktor | bes | Giuseppe Romanelli | M. Guyot |
Orang gaji Macbeth | bes | ||
Penyampai pesanan | bes | ||
Pembunuh upahan | bes | Giuseppe Bertini | M. Caillot |
Tiga roh | 2 soprano dan 1 bes | ||
Duncano (Duncan), Raja Scotland | tidak menyanyi | ||
Fleanzio (Fleance) | tidak menyanyi | ||
Ahli-ahli sihir, penyampai pesanan, orang – orang bangsawan, pelayan-pelayan, pelarian – penyanyi koir |
Aria-aria terkenal
[sunting | sunting sumber]- "Vieni t'affretta" (Marilah segera!) - Lady Macbeth dalam Babak I, Adegan II
- "Or tutti, sorgete" - Lady Macbeth dalam Babak I, Adegan II
- "La luce langue" (Cahaya berlalu pergi) - Lady Macbeth dalam Babak II, Adegan I
- "O voluttà del soglio" - Lady Macbeth dalam Babak II, Adegan I
- "Come dal ciel precipita" - Banquo dalam Babak II, Adegan II
- "Si colmi il calice di vino" - Lady Macbeth dalam Babak II, Adegan III
- "Fuggi regal fantasima" - Macbeth dalam Babak III
- "O lieto augurio" - Macbeth dalam Babak III
- "Ah, la paterna mano" - Macduff dalam Babak IV, Adegan 1
- "Una macchia è qui tuttora!" - Lady Macbeth dalam Babak IV, Adegan II
- "Pietà, rispetto, amore" - Macbeth dalam Babak IV, Adegan III
Buku rujukan
[sunting | sunting sumber]- The Opera Goer's Complete Guide oleh Leo Melitz, versi 1921